Mutiara Kata Pujangga
Kata-kata Pujangga:”Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik
untuk bertindak.”
Kata seorang sahabat: “Kita bermula sebagai seorang yang baru.”
Kata-kata Pujangga: “Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.”
Kata-kata Pujangga: “Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku
hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.”
Kata-kata Pujangga: “Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi
dengan cemerlang.” 
Kata-kata Pujangga: “Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-
mata, kadang-kala kejian juga.”
Kata-kata Pujangga: “Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita
dapat.”
Kata-kata Pujangga: “Sesuatu yang benar itu apabila dikehendaki batil, maka batillah
jadinya.” 
Kata-kata Pujangga: “Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan
basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak.” 


Untukmu puteri ADAM...Ingatlah! Umur dakwah dan tarbiyah seusia DUNIA, JIHAD itu pahit, yang manis itu SYURGA!Kau bukan puteri dongengan, tetapi...kau serikandi ummah sejagat yang menjadi rebutan. Senyum seorang mujahidah adalah kerana terluka, menangisnya hanya kerana TAKUTKAN ALLAH..Moga istiqamah wa istimrar setiap usia dan ketika...

Ya Allah, tika Kau hadiahkan aku sahabat, Kau jadikanlah hatiku bersyukur atas kurniaan-Mu.
Kau jadikanlah hatinya berlapang dada menerima kehadiranku, jadikanlah sahabatku ini sebagai teman seperjuangan, saling membantu memikul beban dakwah agama-Mu, Kau jadikanlah hubungan ini disemai atas redha-Mu, teguhnya atas cinta-Mu, dilindungi dari maksiat dan hal-hal yang melalaikan dari mengingati-Mu..

Untukmu aku berkorban, demimu aku berikan seluruh hidupku.
Segalanya...Hanya kerana aku ingin bersama-Mu...Terkadang aku merasa hilang arah, dek kerana segala keperitan dan penuh penipuan...Sekarang, apa yang ku inginkan..Hanyalah bersama dengan-Mu...Ya Rasulullah...Insan terpilih...Kaulah kekasih..Doaku...Agar aku dapat bertemu denganMu...Ya Allah..tabahkan hatiku untuk menempuh jalan dakwah kekasihmu...

Janganlah berputus asa apabila menghadapi kesusahan..kerana titisan hujan yang pernah juga berasal dari awan yang gelap...


"Bila hati diserah kepada Allah, tiada resah, tiada gelisah, bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah, hilang rasa gundah, hidup rasa indah..Jadikan Allah sebagai pergantungan setipa saat, agar DIA sentiasa melindungi kita" 

"Seangkuh dan sehebat mana pun kita, kain sejadah jua dahi kita sujud. Secantik dan seindah
mana pun rupa kita, kain putih jua membaluti tubuh kita. Sebanyak mana pun
harta kita, kita tidak dapat membawanya jua bila kita pergi menghadap ILAHI.
Segagah mana pun kita, berjalan atau berlari, kita akan tetap diusung jua. 
Sebanayak mana pun teman-teman kita, namun kita akan pergi keseorangan
jua suatu hari nanti."

"Zikir ialah syurga Allah di dunia. Siapa yang tidak masuk ke dalamnya maka dia tidak akan
pernah masuk ke syurga akhirat. Zikir dapat damai jiwa seseorang dari
rintangan dan cubaan. Dari susahnya kehidupan di dunia menuju kelapangan dan 
ketenangan. (Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya, Aku ingat pula 
kepadamu, dan bersyukur kepadaKu, dan janganlah kamu ingkari nikmatKu.) Al-Baqarah:152
Jangan hairan dengan tenang dan tenteram jiwa yang ada pada orang
yang selalu berzikir."

"Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu
dia berkenalan sebelum bertemu, bila bertemu
terus berkenalan...dua hati yang tidak 
mengingati Allah itu tidak akan berkenal sebelum
bertemu, bila bertemu, dia hanya berjumpa
bukan berkenalan.."

   "Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut,
paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam beragama,
paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut
terhadap saudaranya. Hati seorang mukmin itu suci
bersih, pada hati itu terdapat pelita yang bercahaya"
-Ali bin Abi Talib r.a-

"Hidup remaja memang terlalu mencabar. Dugaan cinta akan datang silih berganti. Sebab itu kita hajat pada tarbiyyah agar kita tak hanyut nanti"

"Carilah teman, apabila dilihat wajahnya, teringay akan Allah. Mendengar
perbualannya, iman kita bertambah dan bila mendampinginya, kita tenang..
itulah TEMAN SEJATI.."

"Alihkan matamu ke laut, airnya cantik membiru dan penuh dengan 
ketenangan...tetapi hanya Allah yang tahu rahsia di dalamnya...begitulah dengan dengan
kehidupan manusia, riang ketawa...tetapi hanya Allah yang tahu rahsia
kehidupannya..jika kau rasa kecewa, maka pandanglah ke langit, kau akan sedar
bahawa ALLAH sentiasa bersamamu..."

"Dalam kita mengharungi kehidupan, terkadang hati diuji dengan pelbagai
ujian yang kadang-kadang melalaikan hingga kita terduduk dan menangis,
peritnya terasa..tapi ketahuilah dan renungilah ke dalam diri kerana
mungkin airmata tika itu hadir kerana DIA mahu kita menjahit kembali
sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari
keikhlasan.."

"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan, supaya timbul rasa kesabaran
dan kesyukuran, setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu 
pasti ada ganjaran, jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang
boleh beri halangan, namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita,
pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman.."

"Wanita acuan al-Quran, basah lidahnya mengingati Tuhan. Tunduk pandangannya
penuh kesederhanaan. Wanita acuan al-Quran, lembut tuturnya
dalam ketaqwaan, Quran sunnah jadi panduan, akhlak nabi jadi ikutan.
Wanita acuan al-Quran, hidup matinya kerana Tuhan, jadi teladan sepanjang zaman, 
jadi teman di perjalanan.."

  
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...