kelanatinta



Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3.

Kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah : -Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara. -Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah. -Di baca ketika hendak menaiki kenderaan. -Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insyaAllah si pesakit akan sembuh.
Ayat ini mengandungi seribu faedah jika diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak tiga kali, insyaAllah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan Allah akan menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung daripada segala bala di darat dan di laut.
Jika mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh negara, beramal lah selalu dengan ayat ini selepas solat lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah SWT.
Jika masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakal kepada Allah, baca ayat ini sesudah solat lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.
[http://alivewire.wordpress.com]
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal..

-M.O-
 Credit to: 

Lelaki Soleh Idaman Wanita Solehah


kelanatinta
Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa
Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu
Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu
Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi
 
Labels: , 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerka
Bukan alasan untuk kau memendam duka

Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Perginya dirimu dicengkam derita

Namun kupercaya suatu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu mengharungi hidup ini

Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan darinya

Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu

Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu
 
 

Labels: , 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...