kelanatinta
Assalamualaikum semua readers a.k.a sahabat Annabadi..
Apa khabar semuanya? apa khabar Iman?
Hari ini Anna nak kongsi satu pengalaman..
pengalaman yang Anna rasakan mencuit hati..^_^
****************************************
baru-baru ni Anna ke IJN teman mak Anna..
sedang duduk menunggu di ruang menunggu 
yang sangat aman..
sambil membaca surat khabar Metro..
membaca berita-berita terkini dunia..
tiba-tiba...ada dua orang adik berdiri depan ana..
berdiri terpaku dihadapan ana..
melihat ana..^_^(terkejut kot..nampak mata saja)

"mama...nak bola tu..nak bola tu..!"
itulah yang anak kecil yang comel berkata
rupa-rupanya ada bola di bawah kerusi yang ana duduk
nak mereka ambil, tapi tak berani
di sebalik niqab itu..
Anna tersenyum melihat telatah dua beradik..
sangat comel ^_^
"mama..nak bola kat akak ninja tu"
akak ninja?? tersenyum kelakar Anna mendengarnya..
akak ninja..first time Anna dengar...
geli hati ana sebentar..hehe
Anna terus ambil bola dan hulurkan pada mereka..
keduanya melihat pada ibu mereka yang 
senyum melihat Anna
dan beri isyarat pada keduanya 
untuk ambil sendiri bola pada Anna..

 

"akak..nak bola tu..boleh?"
tanya mereka pada Anna..
Anna tersenyum mengiyakan pertanyaan mereka 
sambil enyum dibalik niqab..(mata sepet)
terus mereka ambil bola yang Anna hulurkan..
sangat comel dan sopan ^_^
"terima kasih kakak!" sambil salam dan cium tangan Anna
satu contoh yang sangat baik..
menggambarka pendidikan ibunya sangat bagus..
Alhamdulillah...^_^
mendidik anak-anak dari kecil memang bagus..
(semoga bila anak sendiri nanti dapat lakukan hal yang sama)

sabda Nabi bahawa orang yang paling penting dalam 
mencorakkan dan membentuk seorang manusia ialah 
IBU dan BAPA. Anak-anak biasanya merupakan 'bayangan' 
kedua ibu bapanya. Bagaimana ibabapanya, begitulah 
anak-anaknya. Ini kerana, anak-anak tak pernah 
gagal meniru perlakuan (ibubapa), meskipun 
mereka gagal mengikut suruhan.

*****************************************
itulah kisah yang mencuit hati Anna..
mencuit hati dan ada pengajaran darinya..
semoga kita ambil hikmah dari kisah 
yang tak seberapa ini..
insyaAllah..
tak boleh dilupakan panggilan..
akak ninja!! ^_^
mungkin macam ninja sebab nampak mata saja..
heheh..kelakar pun ada..
tak kisah apa pun gelaran..
yang penting Allah suka..^_^
pedulikan kata orang lain...(^_^)v


Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...