kelanatinta
Suddenly, Tears fall without I notice it
 
I tried to swab, wipe it away many times
 
Though I can erase, though I can forget
 
Without You, no matter how much I think, the tears…

I repeat it in my heart, repeat it on my lips
 
I recall You many times, 

Afraid that I would lose You..
 
Though I can erase, though I can forget
 
Without You, no matter how much I think, I’m fear..

 

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
I try to feel you at the tip of my fingers
But I forget. I always forget that I can’t touch you.
Do you know?
Because you live in the one room of my heart,
No one else will do.

Even the memories are lost,
even the warmth is gone… now.

I’m a scarecrow standing on one foot
I’m a sad scarecrow,
my heart aching without you.
In the harsh wind, I keep swaying
Even if my body scatters apart
If you’d come to me some day
I want to embrace you with my arms wide open.
I’ll wait for U.

Even when I try to send your voice away,
It lingers in my ears.
It keeps lingering and I think of it again,
So that the time you were here can’t flow away,
I block the way.

As if a nail has pierced me,
as if my breath has stopped, here…
Words I couldn’t say then, words
I’m saying now, though it may be too late
I love you,  My Love

I’m a sunflower that only looks toward one place
Without you,
I’m an ash-covered child with nowhere to go
In the harsh wind, I keep swaying
Even if my body scatters apart
If you’d come to me some day
I want to embrace you with my arms wide open...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum...
Post kali ini..Anna nak kenalkan "Peneman Baru"..
siapa ya? hehe..Mia dan Mickey..
kucing Anna yang dah besar..
pengganti Boboy..bagi readers yang tak kenal Boboy..
boleh baca post BOBOY yang lepas disini..

Ini namanya Mia..adik Boboy..^_^
comel macam Boboy kan..?? heheh..
umurnya baru nak masuk 4 bulan..
comel dan cute kan..?
tengok Mia..mesti teringat Boboy..
rindu pada Boboy..
(moga aman Boboy disana)





seterusnya..Mickey..^_^
manja dan sangat manja..
sangat aktif bergurau dengan Mia..
Mia kucing baru..umurnya..
sebaya dengan Mia..
Mickey suka bermain..
tak mahu duduk diam..geram..








Labels: 3 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta


SELAMAT hari guru! Ya, dalam kita mengejar cita dan impian, jangan sekali dilupa jasa dan pengorbanan insan-insan di balik kejayaan kita. Insan yang tidak pernah mengharap balasan, wang, atau segala pun melainkan kejayaan kita. Itulah seorang manusia yang dipanggil guru.
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

p/s: Anna sukacita untuk dedikasikan post ini kepada semua guru di Malaysia secara amnya..secara khususnya kepada semua guru dan pensyarah di Taski Fatimah Az-Zahra, S.R.K Mejar jeneral Dato' Iberahim, SK Wira Jaya, SK Bandar Mentakab, SBP Intergrasi Temerloh dan MUCH..dan secara lagi khusus kepada kedua ibu bapa Anna...^_^...khutbi...adik-adik...sahabat-sahabat sekalian..SELAMAT HARI GURU dari Anna..(^_^)
Labels: 2 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum semua readers a.k.a sahabat Annabadi..
Apa khabar semuanya? apa khabar Iman?
Hari ini Anna nak kongsi satu pengalaman..
pengalaman yang Anna rasakan mencuit hati..^_^
****************************************
baru-baru ni Anna ke IJN teman mak Anna..
sedang duduk menunggu di ruang menunggu 
yang sangat aman..
sambil membaca surat khabar Metro..
membaca berita-berita terkini dunia..
tiba-tiba...ada dua orang adik berdiri depan ana..
berdiri terpaku dihadapan ana..
melihat ana..^_^(terkejut kot..nampak mata saja)

"mama...nak bola tu..nak bola tu..!"
itulah yang anak kecil yang comel berkata
rupa-rupanya ada bola di bawah kerusi yang ana duduk
nak mereka ambil, tapi tak berani
di sebalik niqab itu..
Anna tersenyum melihat telatah dua beradik..
sangat comel ^_^
"mama..nak bola kat akak ninja tu"
akak ninja?? tersenyum kelakar Anna mendengarnya..
akak ninja..first time Anna dengar...
geli hati ana sebentar..hehe
Anna terus ambil bola dan hulurkan pada mereka..
keduanya melihat pada ibu mereka yang 
senyum melihat Anna
dan beri isyarat pada keduanya 
untuk ambil sendiri bola pada Anna..

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
 Assaalamualaikum w.b.t
Apa khabar readers a.k.a sahabat semua??
semoga sentiasa sihat dan ceria
disamping orang tersayang ya...^_^
baru-baru ni pergi IJN teman mak Anna..
ada appoinment dengan pakar disana...
sambil dating dengan mak..berdua..seronok..
rindu terubat juga dengan mak..alhamdulillah...

bersama mama...

 tahap kesihatan jantung yang tak berapa bagus...
membimbangkan hati seorng anak..
perlu operation dengan segera...
tetapi along akan cuba agar mak tak perlu operation..
semua penyakit itu kan ada ubatnya...
insyaAllah..usaha dan ikhtiar itu perlu..
Labels: 2 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil-Mu
Karna setiap jiwa t'lah bersumpah
Setia hanyalah kepada-Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati 'kan memuja hanya pada-Nya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu... rindu... rindu qalbu
Memanggil-manggil nama-Mu
Seperti terbang di langit-Mu
Tenggelam di lautan cinta-Mu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Labels: , 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

pernah dengar orang yang berhenti dari guru atau pensyarah uni kerana nak memberikan sepenuh masa untuk direct selling atau apa juga perniagaan?? tentu pernah kan?

ada orang mengutuk, mencemuh dan merasai pelik??

tentu tidak kan? kerana tentu orang tidak merasai apa-apa keganjilan kerana kedua-duanya adalah kerja dan kedua-duanya mendapat duit. sudah tentu orang juga merasai keberanian langkah yang diambil oleh si dia. mesti kita memikirkan bahawa kerja barunya tentu lebih banyak gaji, banyak untung dan lebih lumayan !

tetapi adakah menjadi satu keganjilan jika seseorang dari kita berhenti dari satu kerja kepada kerja yang lain hanya kerana ia lebih bermanfaat untuk dakwah.?? jika gaji dan pendapatan baru jauh lebih rendah, nescaya ramai termasuk dari kita sendiri akan merasai pelik… ! ini tidak lagi emak ayah dan kawan-kawan lain yang tidak memahami erti nilai dan weigh dakwah dalam hidup kita.

ramai dari kita tidak sanggup melakukannya. bahkan ramai dari kita sendiri tidak mahu memikirkan. kita tidak seberani dia yang berhenti kerja hanya untuk MLM dan menjual pasar malam atau membuka kelas tusyen. bukankah dakwah lebih menuntut dari kita lebih dari ketinggian gaji dan perolehan bulanan pendapatan?? pendapatan juga penting untuk dakwah.. tetapi kedudukan dan cara kerja kita banyak mempengaruhi dakwah dan tarbiyyah dan sumbangan kita.

Apa yang mampu berikan jika sekiranya seluruh harian kita sepanjang tahun dari jam 7 hingga 9 malam untuk kilang dan pejabat? kemudian kita di tekan, menhasilkan tension yang akan di bawa ke rumah dan ke tempat prog? kemudian waktu saki baki kita kemudiannya hanya dapat di berikan kepada dakwah dan tarbiyyah dalam keadaan mengantuk dan penat? apakah kita tidak berfikir jika kita berada dalam contoh keadaan demikian untuk mengubah kerja dan professionb kita di tempat tersebut.??

KEMUDIAN KITA MENGELUH KERANA DAKWAH TIDAK MEMPUNYAI RAMAI PENGIKUT DAN ANAK-ANAK TARBIYYAH TIDAK MENDAPAT TARBIYYAH SEPATUTNYA DAN TIDAK ‘MENJADI’.

dakwah memerlukan dari kita diri dan harta. diri ertinya masa, tenaga, fikiran, perasaan, peluh, darah dan juga nyawa. dakwah juga meminta dari kita wang yang kita dapat dari hasil kerja seharian kita. kedua-duanya di minta oleh dakwah. jika kita hanya memberikan wang dan harta, dakwah mengatakan : kami tidak ada orang yang akan menggerakkan aku. duit tidak menggerakkan aku. manusia yang menggerakkan aku dengan bantuan duit. tapi duit tidak dapat menggerakkan dakwah tanpa diri….

Kita menunggu orang yang akan sanggup mengorbankan, menentukan dan menundukkan professionnya untuk kebaikan dakwah… KERANA DULUNYA KITA MENGATAKAN ‘ KAMI BELAJAR UNTUK DAKWAH’ !

kelanatinta

Hari ini ialah Hari Ibu....
Tanpa kita sedari, kita telah melupai mereka yang telah banyak berkorban untuk kita. Perit lelah mereka mengandungkan kita 9 bulan tidak langsung mereka ungkit, sekalipun kita banyak merungut bila mana mereka meminta bantuan daripada kita. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka untuk melahirkan kita ke dunia ini, tapi pernahkan kita ucapkan terima kasih? Inilah golongan insan yang bergelar ibu yang kadang-kadang kita ketepikan, kita lupa jasa dan pengorbanan mereka...

Anna nak ucapkan...SELAMAT HARI IBU kepada mama..
dan juga buat semua ibu di luar sana...
Seronok dapat jumpa mama 2 hari nih..

Mama...You are the only MOM I ever had in this world..^_^
Along sayang mama ~_^
segala jasa mama tak dapat along nak balas...
semoga kehidupanmu terus dirahmatiNYA...
amin...^__^


kelanatinta
Assalamualaikum w.b.t
Anna rasa dah lama tak menulis..
kenapa ya..? mencari..?? mungkin...^_^

hmm..baru-baru ni Anna ada lihat korean drama..
bg Anna best..jadi Anna mahu kongsi dengan semua..
banyak mesej yg disampaikan dlm cerita nih..
perhubungan 2 alam yang tak pernah..
atau sukar bagi kita untuk fikirkan dan percaya..

video

Anna kongsi sedikit sinopsisnya..
Seorang wanita muda bernama Ji Hyun sedang menikmati
kebahagiaan
mutlak kerana ia akan berkahwin dengan tunangannya,
tapi
hidup yang sempurna adalah hancur dalam sebuah
kemalangan
kereta yang meninggalkannya dalam keadaan koma.
Dia
diberi peluang kedua hidup , tetapi ia datang dengan syarat:
dia harus mencari tiga orang di luar
keluarganya
yang akan menangis air mata yang
tulus
untuknya. Untuk melakukan ini, dia meminjam tubuh Yi Kyung,
seorang pegawai sambilan di sebuah kedai.


tonton 49 Days disini...



OST yang best bagi Anna..^_^



Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu

anhuma dari Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا

حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit,

atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri

yang melukainya melainkan Allah akan menghapus

kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”

(HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan

sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya

dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya".

(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Walaupun demikian, apabila seorang mukmin ditimpa suatu

penyakit tidaklah biar tanpa usaha (ikhtiar) untuk berubat.

Rasulullah SAW bersabda :

"Allah tidak menurunkan penyakit melainkan

pasti menurunkan Ubatnya". (HR. Bukhari no. 5678).

Perlu diketahui bahawa sesungguhnya Allah swt menyediakan

ubat bagi setiap sakit yang datang. Dan haram bagi kita untuk

berubat dengan cara yang salah, menggunakan bahan yang

haram tanpa benar-benar mudarat, perubatan yang

mensyirikkan Allah dan seumpamanya.

Jadi, ditimpa sakit itu adalah sesuatu yang

menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa,

natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan =)

p/s: Ya khutbi..semoga lekas sembuh ya..ketahuilah itulah kifarah buat kita hambaNYA, sebagai tanda kasihNya dia pada kita..syafakallah..T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...