kelanatinta

SAYA mempunyai masalah perhubungan yang kian renggang dengan teman lelaki saya. Kami berhasrat untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana sudah terlanjur beberapa kali sebelum ini.

Perhubungan kami renggang disebabkan masing-masing tinggal di negeri berlainan. Barangkali di tempat kerjanya terdapat lebih ramai wanita yang cantik dan semakin tidak mempedulikan saya.

Sekarang saya rasa bersalah akibat terhimpit dengan dosa lalu. Apakah yang boleh saya lakukan Dr?
RASIDAH

TERDAPAT banyak kes keterlanjuran berlaku disebabkan masing-masing tidak dapat menjaga maruah diri dan hanya mengikut hawa nafsu.

Cara yang perlu anda lakukan sekarang ialah segera bertaubat kepada Allah di atas keterlanjuran yang dilakukan dahulu.

Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Dekatkan diri pada Allah dan jangan sekali-kali terus menjadi mangsa lelaki yang jahat.

Mereka hanya mementing�kan nafsu semata-mata dan melakukan segala perbuatan tanpa panduan agama.

Seorang lelaki perlu ingat tanggungjawab kerana mereka adalah pemimpin wanita dan bukannya mengambil kesempatan terhadap sifat lemah lembut wanita.

Dalam usia yang masih muda anda perlu sentiasa menjaga harga diri, batasan aurat dan pergaulan. Jadikanlah keluarga sebagai sumber rujukan sebelum menerima mana-mana lelaki sebagai teman.

Ini dapat mengelak daripada terlanjur dalam lembah maksiat dan fitnah. Tiada jalan keluar selain mempraktikkan ajaran Islam.

lagi disini

Labels: edit post
Reactions: 
1 Response
  1. Allahu akhbar...
    Semoga Allah kekalkan kita dalam hidayahNYA..


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...