kelanatinta

Adakah jatuh talak jika seseorang itu melafazkan talak dalam keadaan marah dan tanpa niat?


MAZUAN

ALAK bermaksud ‘melepaskan dan meninggal�kan’. Talak mengikut syarak adalah melepaskan ikatan perkahwinan dan membu�barkan hubungan antara suami isteri (Sabiq, II: 155).


Umumnya, talak jatuh walaupun dalam keadaan marah yang biasa atau tanpa niat sekiranya ucapan talak dilafazkan secara jelas (sarih).

Talak jatuh apabila dibuat oleh suami yang berakal, baligh dan atas pilihan sendiri.

Jika suami gila, tidak sampai umur baligh atau dipaksa, talak tidak jatuh. Mengenai talak dalam keadaan marah, ada pendapat menyatakan dalam keadaan marah teramat sangat sehingga suami seolah-olah hilang akal, talak tidak jatuh.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Tiada talak dan merdeka (hamba) ketika tertutup akal (ighlaq).” Bagaimanapun, apabila lafaz talak dikeluarkan hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk pengesahan.

lagi disini

Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...