kelanatinta

Adakah jatuh talak jika seseorang itu melafazkan talak dalam keadaan marah dan tanpa niat?


MAZUAN

ALAK bermaksud ‘melepaskan dan meninggal�kan’. Talak mengikut syarak adalah melepaskan ikatan perkahwinan dan membu�barkan hubungan antara suami isteri (Sabiq, II: 155).


Umumnya, talak jatuh walaupun dalam keadaan marah yang biasa atau tanpa niat sekiranya ucapan talak dilafazkan secara jelas (sarih).

Talak jatuh apabila dibuat oleh suami yang berakal, baligh dan atas pilihan sendiri.

Jika suami gila, tidak sampai umur baligh atau dipaksa, talak tidak jatuh. Mengenai talak dalam keadaan marah, ada pendapat menyatakan dalam keadaan marah teramat sangat sehingga suami seolah-olah hilang akal, talak tidak jatuh.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Tiada talak dan merdeka (hamba) ketika tertutup akal (ighlaq).” Bagaimanapun, apabila lafaz talak dikeluarkan hendaklah dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk pengesahan.

lagi disini

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

SAYA mempunyai masalah perhubungan yang kian renggang dengan teman lelaki saya. Kami berhasrat untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana sudah terlanjur beberapa kali sebelum ini.

Perhubungan kami renggang disebabkan masing-masing tinggal di negeri berlainan. Barangkali di tempat kerjanya terdapat lebih ramai wanita yang cantik dan semakin tidak mempedulikan saya.

Sekarang saya rasa bersalah akibat terhimpit dengan dosa lalu. Apakah yang boleh saya lakukan Dr?
RASIDAH

TERDAPAT banyak kes keterlanjuran berlaku disebabkan masing-masing tidak dapat menjaga maruah diri dan hanya mengikut hawa nafsu.

Cara yang perlu anda lakukan sekarang ialah segera bertaubat kepada Allah di atas keterlanjuran yang dilakukan dahulu.

Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Dekatkan diri pada Allah dan jangan sekali-kali terus menjadi mangsa lelaki yang jahat.

Mereka hanya mementing�kan nafsu semata-mata dan melakukan segala perbuatan tanpa panduan agama.

Seorang lelaki perlu ingat tanggungjawab kerana mereka adalah pemimpin wanita dan bukannya mengambil kesempatan terhadap sifat lemah lembut wanita.

Dalam usia yang masih muda anda perlu sentiasa menjaga harga diri, batasan aurat dan pergaulan. Jadikanlah keluarga sebagai sumber rujukan sebelum menerima mana-mana lelaki sebagai teman.

Ini dapat mengelak daripada terlanjur dalam lembah maksiat dan fitnah. Tiada jalan keluar selain mempraktikkan ajaran Islam.

lagi disini

Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dar

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html
goo.gl
Egypt: Protests Enter Sixth Day Amid Jail Breaks; PM: We're Watching Egypt Closely; Thousands of Egypt's Inmates Escape; US Embassy tells Americans to weigh leaving Egypt; Thousands of inmates escape
kelanatinta

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa

Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya...ooo...

Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta pada Tuhan Yang Esa

Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagi...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah..
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

“Ukhti, wajahmu pucat sekali.” Ucap seorang sahabat suatu kali. Dan lagi, badanku panas, katanya. Oya? Aih, sudah berhari-hari seperti ini. Namun, diri ini terus saja mengingkari jika aku memang ‘sedang tidak sehat’. Sudah berapa bulan aku tidak menyambangi tempat praktek dokter ya? Tak tahu lah. Yang jelas, aku malas jika harus berjumpa stetoskop, diukur tensinya, apalagi disodori segepok pil aneka warna untuk ditelan sebanyak tiga kali dalam seharinya. Lebih baik aku memejamkan mata, melayangkan imajinasi ke tempat yang dipenuhi dengan bunga sakura (walah!), tertidur dengan sendirinya (setelah sebelumnya berucap doa), dan ketika terbangun aku mendapati diriku sudah sehat seperti sedia kala. Namun, ternyata… tidak seperti yang aku mau. Justru… badanku semakin remuk-redam keesokan harinya. Lemas, seperti orang kehilangan berliter darah. Makan tak nafsu, tidur tak nyenyak, belajar tak bergairah. Ditambah, sakit perut yang terus menggejala, lambung yang tidak beres… Oh, ada apa denganku, ya Rabb?

Kini, hanya bisa berbaring, menatap langit-langit kamar. Lantas, bayangan-banyangan itu berkecamuk, tergambar, bergonta-ganti seumpama slide yang diputar...

*

Usiaku merangkak menuju 20. Sudah bukan remaja lagi, tentunya. Dalam rentang waktu sepanjang itu, apa yang sudah aku lakukan? Apa yang sudah aku lakukan untuk orangtuaku? Untuk saudara-saudaraku? (kontribusi untuk saudara-saudara di tanah jihad Palestina… Ah, terbersit di pikiran saja aku tidak pernah. Betapa naïf…) Untuk teman-temanku? Untuk agamaku? Bahkan, untuk diriku sendiri? Apa saja yang sudah aku lakukan? Sudahkan aku memenuhi sabda Rasulullah tercinta, ‘manusia yang baik adalah yang memberi manfaat bagi manusia yang lain’? Oh, sungguh patutlah aku dianggap tidak bersyukur jika aku tidak memenuhinya. Bahkan, hamba-hamba-Mu yang cacat itu tekun berkarya dengan keterbatasan mereka. Mengapa aku yang dikaruniai kesempurnaan jiwa dan raga hanya berdiam saja?

Ya Rabb, sungguh sedikit amalku…

Ya Rabb, sungguh banyak dosaku…

Seperti apa kelak wajah ini di hadapan-Mu, ya Rabbi? Betapa malu hamba menghadap-Mu dengan amal yang sedikit ini…

Ah, hamba memang kepunyaan-Mu, ya Rabb. Engkau boleh mengambilku sesuka-Mu, kapan pun Engkau mau. Dengan cara apa pun itu…

Namun, sisi hatiku yang lain berontak. Janganlah Kau ambil nyawaku dulu, ya Rabb. Aku masih memiliki kedua orangtua yang aku harus berbakti kepadanya. Terlebih ummi, yang di telapak kakinya Kau janjikan surga. Jangan Kau ambil nyawaku dulu, ya Rabb. Aku masih belum menyempurnakan separuh din-Mu. Biarkan aku berbakti kepada imamku kelak, kunci surgaku yang kedua. Izinkan aku melahirkan anak-anak calon shalih dan shalihah, calon mujahid dan mujahidah, calon hafidz dan hafidzah. Sebagai ladang amal buatku jika kelak aku tiada.

*

Bibirnya tergetar, namun dipaksanya, meski terbata berkata-kata. Airmata merembes perlahan, kerudungnya basah. Aku tak kuasa lagi menatapnya. Hanya menunduk dalam, lantas ikutan-ikutan meneteskan airmata. Sahabatku tak kuasa lagi membacakan kisah itu, terlebih aku. Hening. Kami sesenggukan di atas lantai keramik yang dingin, suatu pagi di pojokan masjid kampus yang asri.

“Airmata ini tak sebanding dengan airmatanya untuk kita, ukhti…” ucapnya kemudian.

Di penghujung nafas terakhirnya, ia masih sempat menunjukkan cintanya, memanggil-manggil kita, umatnya. “Ya Allah, sungguh dahsyat maut ini. Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan kepada umatku.” Kemudian, ia berbisik kepada Ali dan berpesan, “Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antara kamu.”

“Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seribu tebasan pedang adalah lebih ringan daripada kematian di atas tempat tidur.” (HR Ali Bin Abi Thalib).

Insan terkasih itu merasakan sakit yang maha-dahsyat, bagaimanakah dengan hamba yang hanya manusia biasa?

Lihatlah, hamba sungguh manusia biasa. Hamba masih terbata mengeja ayat-ayat-Mu. Masih tertatih merangkak menuju cahaya-Mu. Masih berusaha memahami kalam cinta-Mu. Masih…

Kemudian, sketsa itu seolah ada di kedua lensaku…

Aku berada di tengah-tengah kerumun orang. Mereka bersimbah airmata. Doa-doa dilantunkan, yaasiiin dibacakan. Tak ada lagi jilbab putih yang anggun membingkai auratku. Yang ada justru… kafan putih menyelimuti tubuh yang sudah terbujur kaku. Kemudian, aku diangkat menuju suatu tempat. Di dalam lobang itulah aku diletakkan. Tubuhku dimiringkan, adzan dikumandangkan. Setelah itu, tanah-tanah itu mulai menimbunku. Hingga… permukaan tak terlihat lagi. Aku mendengar bunyi sandal mereka menjauh, semakin jauh. Aku ditinggal sendiri di sini. Dilupakan perlahan-lahan. Semuanya hilang tak berbekas. Tiada lagi alasan untuk berbangga hati atas prestasi, piagam, tropi, atau medali… Siapakah yang akan menemaniku nanti? Seseorang yang datang dengan wajah berseri-seri, ataukah… wajah buruk-beraroma busuk?

Tidak! Tidak, ya Allah…

Aku takut, ya Rabb. Jika menjelang ajalku, aku tak lagi memegang teguh iman Islam dalam jiwaku. Aku meragu, ya Rabb. Jika bibir ini sulit berucap syahadat di penghujung nafas terakhirku. Aku berharap, Ya Rabb. Engkau akan mengundangku dengan kalimat mesra-Mu, “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke dalam surga-Ku.”

Kau hadirkan aku ke dunia dalam keadaan fitrah, maka aku meminta kematian yang suci pula, ya Rabb. Ingin aku menghadap-Mu ketika kening ini menyentuh sajadah, dengan air wudhu yang masih menetes. Bercampur dengan airmataku. Airmata rindu perjumpaan dengan-Mu…

Senyuman tersungging di bibirku

Wangi kesturi menguar dariku

Engkau dalam pikiranku

Quran di lidahku

As-sunnah di hatiku

Sejuta malaikat menyambut

Al-jannah terbuka untukku

Jadikan aku satu

Dari para bidadari syurga-Mu

Aih, indahnya kematian itu…

Maka ya Allah, jadikanlah cintaku kepada-Mu sebagai satu-satunya cinta yang mengantarku menutup mata. Maka ya Allah, jadikanlah rinduku kepada Rasul-Mu sebagai satu-satunya rindu yang bergelora dalam jiwa hingga diputuskan nyawa. Maka ya Allah, dengan penuh damba dan cinta, kabulkanlah...

Entah besok, lusa, minggu depan, tahun depan, atau nanti.. setelah ini. Ia ada di depanku. Menghadang. Satu depa, satu jengkal, atau sepersekian millimeter dariku. Ia ada. Mengintai. Maka, bersiaplah! Bersiagalah!

Ketika kurasakan ia semakin dekat… MAUT!

Biarkan aku mengadu, wahai Rabb-ku

Meski kelu bibirku

Telah payah hamba

Menjejak di gersang dunia

Menapak jalan semu dan fana

Beribu juta laksa coba mendera

Entah… telah lelah langkah

Kucoba meghapus sisa putus asa itu

Berseru:

“Mengapa perjuangan itu pahit?”

“Karena… surga itu manis.”

Aku:

Setitik yang kecil

Sedzarrah yang kerdil

Mengaduh dalam semesta keluh

Berharap menemukan cinta-Mu

Di labirin sunyi kalbuku

Terprasasti

Di sini aku masih mendaki

Mendaki rinduku

Mendaki cintaku

Ke haribaan-Mu

lagi disini...

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Buku adalah suatu benda yang dapat memberikan pengetahuan yang
belum pernah kita ketahui. Dengan membacanya seseorang dapat
merasakan sesuatu yang tertuang dalam setiap goresan tintanya.
Buku juga disebut sebagai guru yang tak pernah marah, tetapi
apabila tidak betul – betul menghormatinya, buku tidak akan
memberikan pengetahuannya kepada setiap pembacanya...setuju??

Tak jarang buku juga menjadi jawaban dari masalah yang sedang
di hadapi. Secara tak langsung buku menuntun hidup kita kearah
yang lebih baik dengan menjadi temannya yang tengah dalam kesepian.
Teman susah maupun senang yang tak pernah meninggalkan sahabatnya...

BUKU...itu kunci kehidupan Anna dalam melihat kehidupan..
memahami segalanya..kerana dalam BUKU ada ilmu yang berguna...
sungguh...BUKU adalah KEHIDUPAN Anna..
tiada BUKU kehidupan terasa KOSONG dan SEPI..
ANNA
BUKU

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Ku biarkan rinduku bermukim...

Tidakku biarkan lagi resahku bermusim...
Ku biarkan ingatanku meruntun...
Tidakku biarkan lagi pengharapanku beralun...

Biarkan rinduku seringkali menggamit...
Ingatanku padamu akan tergaris...
Bila resahku mendesah...
Jawapanmu tidak lagi keluh kesah...

Cinta yang bertandang jua impian yang mendatang...
Keraguanku takkan lagi menjadi penghalang...
Untuk seketika ku simpan rinduku disudut kalbu...

Untuk sementara ku pendam cintaku disegenap sukma...
Cintaku satu perasaan yang tidak dapat dipelajari tetapi dialami...
Cintaku ini hanyalah secebis dari erti kehidupan...
Uniknya cinta kerana ia menjelmakan kasih sayang yang teragung dan suci...

Ku percaya manusia membina sahsiah diri di muka bumi...
Bermodalkan kasih sayang dan cinta...
Walau air mataku mengalir tidak henti...
Sederas air sungai tika musim tengkujuh...

Namun ku yakin, perlahan-lahan duka dan sedih itukan berlalu pergi...
Hatiku bak pohon semalu disentuh terus menguncup layu...
Hatiku jua bagai kaca bila diketuk retaknya ke seluruh sudut...

Janji dan azamku….
Kanku perbataskan perbuatanku...
Kanku singkatkan perbualanku...
Kanku sukat gerak dan gayaku...
Kanku pelihara kesucian dan maruah diriku...
Tidakkanku terlalu murah senyumanku dengan mana-mana lelaki ajnabi...

Kernaku tahu juaku mengerti...
Wanita solehah itu dipandang dari peribadinya...
Dilihat dari akhlaknya...
Ditinjau dari lemah-lembutnya...
Ditafsirkan dari susunan kata-katanya...
Kegagahan wanita berdiri di atas teguh imannya...
Dari sini wanita jua diriku diketahui segalanya...

Pandanglah kataku...
Renunglah dengan mata hatimu setulusnya...
Selamilah dasar hatiku berbisiklah pada dirimu...
Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan...
Tinggalkan kata-kataku yang menyimpang dari landasan kebenaran...

Seperti katamu yang kusemat dihatiku...
Hati ini milik-Nya...
Cinta ini kerana-Nya...
Hidup ini semestinya untuk-Nya...

Pandangan mata selalu menipu...
Pandangan akal selalu tersalah...
Pandangan nafsu selalu melulu...
dan pandangan hatilah yang hakiki...

Ketika iman sudah menghias hati...
dan kemanisannya mula dikecapi...
Semua ujian tidak akan menggugat diri...
Kesuyian…kesedihan dan kekecewaan akan berganti...
dengan keyakinan dan kesyukuran...

Jika tidakku perhati hikmahnya dengan mata hati...
Jika tidakku zuhud dalam pencarian cintaku...
Jika tidakku teguh mengukir senyum buat pengubat kerunsingan...
Jika tidakku seikhlas jiwa semurni sanubari memohon keampunan-Nya...
Jika tidakku titiskan air mata keinsafan...
Jika tidakku renung dan resapkan keyakinanku pada-Nya...
Jika tidakku pasrah dengan ketentuan-Nya...

Mana mungkin ku dambakan kasih-Nya dalam iman…?

Bagaimana pula bolehku harap redha dari-Nya…?

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Jemputan Ke DISKUSI WANITA, JANUARI 2011 :'MEMBENTUK GENERASI MUSLIM - DIMANA PERANAN MUSLIMAH?'
Tarikh: 30 JANUARI 2011 (AHAD)
Masa: 9.00 pagi - 12.30 tghr
Tempat: Khilafah Centre, 47-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi
Tel/Fax: 03-8922 3149
Muslimah (sahaja) Dijemput Hadir
Masuk adalah percuma

Klik Khilafah untuk maklumat lanjut...

kelanatinta

سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

MencintaiMu semampuku...........


Rabbii,Aku tak sanggup mencintaiMu seperti Abu bakar,yang menyedekahkan seluruh hartanya dan hanyameninggalkan Engkau dan RasulMu bagi diri dan keluarga.Atau layaknya Umar yang menyerahkan separuh harta demi jihad.Atau Utsman yang menyerahkan 1000 ekor kuda untuk syiarkan dienMu.


Izinkan aku mencintaiMu, melalui seratus-dua ratus perak yang terulur pada tangan-tangan kecil diperempatan jalan,pada wanita-wanita tua yang menadahkan tangan di pojok-pojok jembatan.Pada makanan-makanan sederhana yang terkirim ke handai taulan.


Ilaahi, aku tak sanggup mencintaiMu dengan khusyuknya shalat salah seorang sahabat NabiMu hingga tiada terasa anak panah musuh terhunjam di kakinya.Karena itu Ya Allah, perkenankanlah aku tertatih menggapai cintaMu,dalam shalat yang coba kudirikan terbata-bata,meski ingatan kadang melayang ke berbagai permasalahan dunia.


Robbii, aku tak dapat beribadah ala para sufi dan rahib,yang membaktikan seluruh malamnya untuk bercinta denganMu.Maka izinkanlah aku untuk mencintaimu dalam satu-dua rekaat lailku.Dalam satu dua sunnah nafilahMu. Dalam desah napas kepasrahan tidurku.


Yaa, Maha Rahman,Aku tak sanggup mencintaiMu bagai para al hafidz dan hafidzah,yang menuntaskan kalamMu dalam satu putaran malam.Perkenankanlah aku mencintaiMu, melalui selembar dua lembar tilawahharianku. Lewat lantunan seayat dua ayat hafalanku.


Yaa RahiimAku tak sanggup mencintaiMu semisal Sumayyah,yang mempersembahkan jiwa demi tegaknya DienMu. Seandai para syuhada, yang menjual dirinya dalam jihadnya bagiMu. Maka perkenankanlah aku mencintaiMu dengan mempersembahkan sedikit bakti dan pengorbanan untuk dakwahMu.


Maka izinkanlah aku mencintaiMu dengan sedikit pengajaran bagi tumbuhnya generasi baru.


Allahu Kariim, aku tak sanggup mencintaiMu di atas segalanya,bagai Ibrahim yang rela tinggalkan putra dan zaujahnya,dan patuh mengorbankan pemuda biji matanya.Maka izinkanlah aku mencintaiMu di dalam segalanya.Izinkan aku mencintaiMu dengan mencintai keluargaku,dengan mencintai sahabat-sahabatku, dengan mencintai manusia dan alamsemesta. Allaahu Rahmaanurrahiim, Ilaahi Rabbii



Perkenankanlah aku mencintaiMu semampuku.Agar cinta itu mengalun dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku.



♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
...♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥
───────────────█─█──────
──────████──█──█─█──────
──────█──█──█──█─█──────
──────████──█──█─█──────
─────────███████─█──────
♥✿✿•*¨`*•.♥ •✿.¸.✿•´♥ .•*¨`*•✿✿ ♥
♥ ✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ ♥
. . ♥ ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ ♥ . .
♥…….…………...♥ •.¸.•´♥………….………♥

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Perkahwinan Atau Baitul Muslim (BM) merupakan satu urusan besar.

Saya katakan, ianya URUSAN AMAT BESAR.

Saya tanya pada kamu, susah tak nak bina individu muslim?

Susahkan....?

Apatah lagi sebuah baitul dakwah (rumah dakwah). Ianya bukan sekadar sebuah akad nikah. Ianya adalah satu wasilah untuk urusan lebih besar dari itu. maka bersedialah dan berfikirlah sewajarnya akan hal ini. Berbicara tentang perkara ini amat berbeza sekali fenomenanya dikalangan ikhwah dan akhawat sendiri.

Berbual dengan suami saya sendiri mengenalkan saya akan kepelbagaian sikap-sikap ikhwah (rakan-rakan seperjuangan) mahupun saya sendiri mengenali banyak kisah-kisah akhawat yang ada.

Lain orang, lain ragam dan ceritanya.

Sebelum melangkah, mengambil keputusan dan memasang niat, jadilah perjalanan antum menuju anak tangga seterusnya, perjalanan yang terbaik sekali dari awal, sehinggalah pengakhirnya.

Di situ ada barakah, di situ ada kemanisan, di situ ada sebuah cerita yang layak diabadikan untuk dijadikan contoh buat anak-anak kita nanti. Kisah kita takkan sama dengan kisah ibu bapa kita dahulu.

Dakwah di zaman ini berbeza. Sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya begitu juga.

Sikap ikwah dalam menjaga ikhtilat (perhubungan lelaki dan perempuan) ini berbeza sekali. Ada yang sangat menjaga hingga tak memandang perempuan pun (ehem ehem), sehinggalah yang suka memandang akhawat untuk mencari calon pasangannya. Ada yang mahu menunggu hingga umur 30 tahun, mencukupkan keperluan serba serbi barulah nak dibina mahligai rumah tangga ini. Ada yang sedari belasan tahun sudah decide untuk bertunang demi berumah tangga.

Begitu juga naluri seorang akhawat berbeza sekali. Ada juga yang dah bersedia awal. Ada yang belum lagi. Dan saya nampak indahnya ikhwah akhawat ini kerana mereka tak memilih couple sebagai jalan penyelesaian dalam menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad demi menyelamatkan perasaan mereka.

Banyak orang banyak kisahnya. Banyak contoh boleh didapati. Ada yang memberi contoh terbaik. Ada yang amat menjaga segala proses BMnya sehingga semua terkejut saat dia mengumumkan tarikh pernikahannya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan BMnya. Contact tanpa orang tengah dan sebagainya. Antum lihat, dan tanyalah hati antum apa yang terbaik mahu antum ikuti.

Kerana antum akan menjadi contoh pada anak binaan antum dan anak-anak antum sendiri. Jika antum sendiri longgar, maka longgarlah anak binaan antum. Begitu juga anak-anak antum. Namun jika kita benar menjaga langkah-langkah kita semenjak awal, hingga akhirnya, itu akan menjadi contoh pada anak binaan kita.

Bukan itu sahaja, bagaimana penjagaan hati anda dengan Allah? Takkah anda malu cintamu pada Allah telah tercemar? Sebab ada juga yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari, bercinta tanpa sah. Ini adalah suatu virus yang akan melemahkan jiwa seorang akhi dan juga ukhti.

Melamar secara direct

Ada juga akhwat yang melamar ikhwah secara direct. Walaupun paling ramainya adalah ikhwah sendiri. Ada yang secara sms mahupun email. Saya tersenyum terkadang menerima berita ini. Dan terkadang saya berfikir, takkan naqib ikhwah tersebut ataupun ikhwah lain tak memberikan contoh kepada ikhwah tersebut bahawa; sebelum melamar, rujuk dahulu naqibah akhawat tersebut.

Itu lebih gentleman, dan sejahtera untuk hati ikhwah dan akhawat tersebut.

Akhwat rasa sangat offended bila ikhwah melamar tanpa adanya kehadiran orang tengah. Walau beremel, biarlah ada orang tengah. Jika bersms, biarlah ada orang tengah mengetahuinya.

Suka itu penting dalam berbaitul Muslim, walaupun itu bukan satu syarat kerana perasaan itu boleh dibina. Ada yang dah berkenalan terlebih dahulu, ada mengenali lewat program ataupun emel.

Namun untuk memilih calon isteri itu, bukanlah memberi ruang untuk mata kita meliar mencari siapakah calon isteri kita.

Kerana kita berkahwin sendiri untuk menjaga hati kita. Agak ironi dan pelik, jika sebelum kahwin sendiri kita sudah tidak menjaga hati kita dan membenarkan syaitan-syaitan memasuki ruang hati kita.

Kerana itu, walaupun tidaklah semua cerita Baitul Muslim ini indah, namun pada kebanyakannya, jika proses itu dimulakan dengan perbincangan bersama nuqaba, outcomenya pasti indah samada positif mahupun negatif.

Kebanyakan akhwat yang merujuk saya apabila ada ikhwah melamar secara direct, outcomenya pasti sedikit mengecewakan ikhwah tersebut. Samada ditolak bulat-bulat, mahupun akan berlaku masalah di perjalanan.

Indahnya apabila dakwah menjadi sandaran kita.

Ada kata-kata dikalangan ikhwah yang mengatakan bahawa, kalau kahwin dengan akhawat ini, confirm settle agama. So, sekarang kita kena carilah yang comel dan cantik pula.

Saya tergelak juga menerima kenyataan ini, sebab memang sisters sendiri beranggapan begitu. Ada kata-kata mengatakan:

' asalkan ikhwah sudah! tak kisahlah siapa pun dia!!'

Niat untuk kahwin sesama ikhwah akhawat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tapi berkahwin ini melibatkan dua pasangan yang ada hati dan perasaan . Bukan nak kahwin dengan benda. Di situ ada nilai-nilai manusiawi. Manusia ada kelemahan - kelemahannya. Tak semua akhwat sama level dalam tarbiyah dan dakwah. Ada yang tak cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding lain.

Jika kamu letakkan dahulu citarasa diri kamu berbanding dakwah, adakah kamu ini wajar digelar rijal dakwah? Allah akan beri kamu yang terbaik. Jika kamu memilih pasangan kamu kerana Dia.

Sebab itulah nuqaba perlu disantuni dahulu. Ada yang bermasalah dengan nuqaba, maka santunilah orang tengah yang lebih ditsiqahi. Di situ orang tengah akan suba sedaya upaya menjaga ego seorang lelaki mahupun seganya seorang perempuan dalam proses ini. Pengenalan dalam pertunangan berlaku di bwah pandangan mata Allah, bukannya syahwat. Dan insyaallah kamu akan dikurniakan orang yang terbaik buatmu.

Saya tak tahu berapa ramai ikhwah yang baca artikel ini, namun ingin saya katakan pada mereka, pinanglah akhawat (rakan perempuan) kerana dakwah.

Jangan kaburinya dengan perasaan suka mahupun cinta pada sebuah keindahan wanita. Maknanya terkadang terkaburnya niat kita itu menjadikan istikharah kita tak menentu, mahupun kita tergopoh gapah dalam bertindak. Bila kita berkahwin kerana Allah, kita akan menjaga setiap langkah-langkah kita dalam berBM ini termasuk tempoh pertunangan itu sendiri yang banyak mengundang fitnah dalam hati ini.

Tempoh pengenalan sebelum berkahwin itu penting untuk melihat keserasian. Namun berkenalan selepas kahwin itulah terlebih indah serta manis. Setiap saat akan ditunggu demi mempelajari sifat baru pasangan kita.

Jagalah gentlemannya anda dengan tidak bertanya direct pada akhwat. Jangan malu untuk meminta bantuan orang tengah. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhwat pun. Jika mereka menolak, keegoan anda tidak terusik dan anda pasti akan dicarikan akhwat lainnya.

Untuk akhwat, keadaan diri kita berbeza. Satu ekstreme, ramai akhwat sudah meniti senja usia, menantikan pinangan ikwah yang mahu meminangnya kerana dakwah. Mungkin umur sudah beranjak, muka sendiri tak berapa comel. Sangat tangkas pula tu dalam dakwah menyebabkan ikhwah sedikit kecut untuk meminang. kita jelas dalam memilih ikhwah sebagai pasangan hidup kita kerana kita mahukan ketenangan hati dan kestabatan di atas jalan dakwah. Namun bagi ikhwah, keadaan mereka berbeza pula.

Jika ada orang soleh meminangmu, jangan menolak dahulu sebelum bersyura dengan orang yang bertanggungjawab ke atasmu (ini jika pinangan itu direct padamu). Walaupun cara itu salah dan tidak menghormati statusmu sebagai akhawat (rakan perempuan), namun di situ ada nilai ukhuwah yang perlu kita santuni pada ikhwah. Ada tarbiyah yang perlu kita ajarkan pada ikhwah dengan cara yang mudah dia terima tanpa merendahkan egonya.

Dahulu pernah ikhwah mengatakan akhwat kita ibarat warden penjara. Mereka tak tahu kita bertindak sedemikian kerana kita amat menjaga hati kita dengan Allah. Kita tahu kelembutan kita mesti mencairkan hati para ikhwah. Kerana itu kita tak mahu menjadi bahan fitnah.

Namun seluruh fikrah ini mengajarkan kita untuk berlemah lembut dengan manusia dan juga sentiasa mengajari manusia yang silap dengan cara yang terbaik. Maka bersyuralah. itu kuncinya.

Dan nak tahu something? Jika antunna sendiri berkenan untuk berkahwin dengan seorang ikhwah, jangan segan untuk bertanya naqibahmu. Itu bukan perigi mencari timba. itu usaha untuk menyelamatkan hatimu. Bila adanya orang tengah, takkan terasa segan dan malu. Orang tengah akan memainkan peranannya, walaupun prosesnya lambat.

Tidak semua yang melalui BM ini perfect.

Sepertimana orang yang kahwin selepas couple pun ada masalahnya, ada yang bercerai even. Begitu juga dengan BM. BM ini wasilah untuk kita dapat redha Allah, tapi kita pasti diuji. Fasa pengenalan pada awalnya sukar bagi dua insan yang langsung tidak pernah bercakap dan bertentang mata pun, namun disebalik itu ada kemanisan yang amat sukar diungkapkan.

Ianya amat manis, subhanalllah.

Tetapkan matlamatmu. Biar jelas. Biar terang.

Itulah dia kerana dakwah dahulu. Kerana Allah dan rasulNya dahulu.

Tak semua ikhwah perfect dan tak semua akhwat perfect. Carilah kesempurnaan itu betul-betul pada dakwah, baru yang lainnya. Allah akan cukupkan keperluanmu akhi wa ukhti, jika kamu memilih Allah sebelum yang lainnya insyaallah.

Jadilah moderate dalam prosesnya..

Alhamdulillah, jika proses BM itu dimudahkan Allah. Berimbanglah. Berbincang itu perlu untuk menetapkan perkara-perkara yang penting di dalam kehidupan rumah tangga. tapi di situ jangan terlalu bermudah-mudahan dan menganggap bahawa tunangan kita itu milik kita dan kita boleh menyintai dia sesuka hati kita. Bila Allah sebagai sandaran, segalanya kelihatan dan dirasai rasional.

- Artikel iluvislam.com

Labels: 5 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni ada lagi besday orang yang Anna sayang..
Angah..adik Anna yang manja...
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran yang ke -19 sayang..
this cake is special for you dear...(^_^)



sayang...your present tunggu along balik ya...
along ada special present for you...
nak..?? tunggu.....(^_^)

Ya Allah...
Kau peliharalah dia sebagaimana Engkau memeliharaku..
Rahmatinya selalu dalam setiap langkahnya...
Pimpin dia kejalanMu selalu..
Bahagiakan dia...
Berkati kehidupannya yang berpanjangan...
Sungguh..aku amat menyayanginya...
Ameen...

p/s:Dah besar da..semoga mencapai apa yang selalu diimpikan..
be a Good Muslimah for Ummah..
Happy always n Cantik always...(^_^)v


Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Bismillahirrahmanirrahim...
Post kali ini Anna dedikasikan khas buat sahabatku ALWANI..
Rindu dan kasih padanya..ini khas buatmu sahabatku..


Ya Allah..

Panjangkanlah usianya..
Agar lebih lama dia dapat mentaati-Mu..
Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang..
Moga di akhirat kelak dia mengutip hasilnya..

Ya Allah...
Tambahkanlah amalannya disaat usianya bertambah..
Jadikalah cahaya-Mu yang bersinar menyinari jalannya..
Rehatnya adalah rantaian zikir..
Rantai yang dia kalungkan pada lehernya..
Sebagai tanda cintanya kepada-Mu..

Ya Allah...
Engkau tidak mensia-siakan segala usahanya..
mencari haruman Syurga ciptaan-Mu..
Tempat rehat yang nikmat dan abadi...


Buat sahabatku ..
Smoga panjang umur lagi dirahmati
Semoga dimurahkan rezki lagi diberkati
Smoga hari-hari yang mendatang adalah hari-hari
yang terindah buatmu..insyaAllah...
Semoga tabah mengharungi segala ujian yang Allah berikan...

Aku sentiasa disisimu...
Semoga detik-detik waktu yang berlalu
Adalah kebahagiaan yang tak hilang
Semoga dengan bertambah usiamu
Akan bertambah iman di dadamu

Selamat Hari Lahir..
Jadilah dirimu permata hati jauhari
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi
Kekalkan senja dengan keindahan
Jangan ada hujan membawa ke malam
Jadilah dirimu seorang hamba mengabdi
Bersyukur berzikir basah di bibir
Redha dengan setiap ketentuan takdir
Dan jadilah dirimu sendiri
Berakhlak dengan sunnah nabi

Selamat Hari Lahir..
Ikhlas dari hati seorang teman
Terima kasih atas setiap kebaikan
Jutaan penghargaan atas kebesaran jiwa yang kau hamparkan
Moga Allah memberi ganjaran
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan

Moga ukhwah akan berkekalan
Maafkan diri ini yang serba kekurangan
Yang tak sunyi melakukan kesilapan

Selamat Hari Lahir sahabatku
selamat hari lahir permata hatiku
berbahagialah selalu dalam rahmat Ilahi
di dunia dan di akhirat yang abadi..
Allahumma Ameen..




Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum w.b.t
Anna nak kenalkan ahli keluargaku...
sekia lama baru nak perkenalkan..?
hehehe..semua ini adalah orang yang banyak membentu dalam kehidupanku...
sumber INSPIRASI dalam mengorak langkah...
Alhamdulillah....
Ya Allah..kasihku kepada mereka tak terbagi..
Rahmatilah mereka semuanya dan bahagiakanlah mereka...(^_^)

Abah..Ahmad bin Hassan...sayang abah sokmo...(^_^)

Mak...Suraya binti basir...bonda yang amat ku cintai
sepanjang kehidupan ni..hanya satu! (^_^)


Adik-adik yang amat ku sayangi...susah nak berjumpa..
tapi tak mengurangi sayangku pada mereka..(^_^)
Angah..Nor Assikin binti Ahmad...
Adik..Mohd Ashraf bin Ahmad...
Dah besar adik-adik..moga2 jadi the best among the best!
InsyaAllah...(^_^)
Always Luv u all...
Always in my heart...



Labels: 3 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...