kelanatinta
Assalamualaikum w.b.t
Salam mahabbah buat semua readers...=)

Apa khabar semuanya? Apa khabar IMAN?

Moga yang terbaik sentiasa untuk kita semua dan dipermudahkan segala urusan kita hari-hari..insyaAllah...=)


Kita bicara tentang post kali ni..."KENALKAH?!"


Biasa kita mendengar 'ta'aruf' a.k.a berkenalan...dll Satu perkataan yang bagi Anna sangat subjektif sebenarnya.. "Tak kenal maka tak cinta" iya ka? =)
Bagi Anna, sebulan kita kenal dengan seseorang, kadang kala kita dah kenal siapa dirinya yang sebenar...bertahun kita mengenalinya dan dekat dengan seseorang belum tentu kita akan mengenalinya...benar? setuju?

Untuk kenal seseorang memerlukan masa, kesabaran..kan? Bagi Anna, dalam masa untuk kenal dengan seseorang, gunakan sebaiknya untuk melihatnya dari pelbagai aspek: cara pemikiran, tindakan, hati budi, percakapan dan sebagainya (bergantung juga pada yang mahu mengenali itu)


Apakah yang penting dalam mengenal seseorang?

Bagi Anna..ILMU...kenapa? kerana dengan ILMU, seseorang akan bijak untuk berkata (berfikir sebelum berkata)..Anna pernah mendengar seseorang berkata (Anna tak ingat siapa yang mengatakannya): ILMU itu menjafi kayu ukur dalm mengenal seseorang, tak kira yang dikenali atau orang yang mahu mengenal itu sendiri..(bukannya kalau tak berilmu itu, kita pandang rendah pada mereka)..remember! DONT JUDGE BOOK BY ITS COVER...


Kerana bagi Anna..ILMU itu yang akan memacu diri seseorang..ILMU akan menjadikan seseorang bijak untuk berfikir secara rasional dalam mengahdapi pelbagai siruasi dan keadaan yang melibatkan hati dan perasaan sepanjang tempoh berkenalan..betul? Setuju? (pasti ada banyak pendapat yang lain =)...


Cabaran...

Anna merasakan, perkenalan itu satu perkara yang MENCABAR..tambahan pula kita mahu mengenali seseorang yang menjadi 'partner' for the rest of our life...CABARAN itu teruji pada KESABARAN dan KEBIJAKSANAAN..=) [pendapat Anna saja]


Bukan semua orang membenarkan diri mereka dikenali dengan mudah..ya kan? Setiap orang pasti berwaspada untuk menunjukkan identiti yang sebenar kan? (Anna rasa minoriti saja)
mahu menyingkap pemilik personaliti..hmm..mencabar perkara tu..bukan mudah untuk kita 'membaca' seseorang...melainkan kita mahir dalam bidang ini (Anna tak pasti apa bidangnya)...

Good process of LEARNING...

Tetapi..walaupun mencabar..ada perkara terbaik yang kita dapat dalam 'perkenalan'..PELAJARAN a.k.a LESSON..yang akan membentuk diri kita secara tak langsung dalam memahami seseorang...kita akan belajar banyak perkara dan melihat banyak hal..bagaimana mengawal perasaan..menjaga perasaan..cara berfikir..percakapan..dan sebagainya...(^_^) cuba fikirkan semula.....


Jangan kenal hanya yang 'jauh' saja...(^_*)

Yang paling penting..KENALKAH kita dengan keluarga kita sendiri?! mak, ayah, abang, kakak, adik? Seterusnya...baru fikirkan..kenalkah kita 'orang jauh' itu....(*_*)
Mungkin bagi kita hal ini adalah REMEH..tapi ketahuilah...sebenarnya sangat PENTING a.k.a VERY IMPORTANT! kerana mereka adalah penyeri hidup kita...

Hmm..Anna sendiri belajar dan masih belajar untuk mengenal seseorang dan orang-orang (bukan orang-orang kat sawah tu ye) yang lain..walaupun secara UMUM boleh dikatakan sudah kenal..itu belum cukup bagi Anna...belum cukup..Allah, hanya padaMU ku sandarkan segalanya..

...SELAMAT BERKENALAN DARI ANNA...
Labels: edit post
Reactions: 
1 Response
  1. tajnur Says:

    Assalamualaikum
    Ada pepatah arab mengatakan,`Cinta sesuatu membutakan pandangan'Bila kita mengenali sesuatu tanpa ilmu, kita mudah taksub dan susah utk cari jalan keluar bila pandangan sudah kabur. Dalam sesi mengenali sesuatu yg baru, kita perlu lapang dada dan ambil masa dgn sabar (QS 6:125 Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayat petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam.
    Allah SWT menyuruh kita kenal mengenali antara satu sama lain atas dasar rahmatNya bermaksud ada hubungan dgn Islam. (QS 4:1 Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan [mempergunakan] nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain [2], dan [peliharalah] hubungan silaturahim.
    Bukan sesiapa saja main `tangkap muat` asalkan kasihan, simpati, menjadi mangsa dsbnya walhal mrk itu tidak hirau akan perintah Allah SWT. Wallahualam.


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...