kelanatinta
Alhamdulillah..baru-baru ni..Anna ziarah ke rumah pakcik Anna di Subang..
Tok Wan pun ada disana kerana Tok Wan rindu pada cucunya..
cucunya Nur Damia Asyikin binti Anuar..a.k.a my little cousin..=)
Damia..sepupu Anna yang paling muda..baru 3 bulan..Alhamdulillah..=)

Damia ketika berumur sehari..comel..=)

Damia dah berumur 3 bulan..bulat matanya..=)
dah pandai mengagah..ketawa..=)

Nur Damia Asyikin binti Anuar..sayang Damia..=)

Damia tidur setelah kepenatan bermain dengan kami semua..=)
tidur pun comel kan? subhanallah...

Damia..semoga dah besar nanti..menjadi seorang Muslimah yang Mukminah..
menjadi penerus kegemilangan Ummah..insyaAllah...

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Haa..ni namanya Boboy..kucing kesayangan Anna..comel kan? sangat comel... lama sangat tak jumpa Boboy..tak sabar nak balik kampung jumpa Boboy..sangat manja..sangat nakal..sangat active..sangat ISTIMEWA..that my Boboy!! =)

Boboy pun pandai posing..manja..=)

best snap..comelnye..=)

Boboy rest..lepas makan..pandainye..=)

Boboy tidor..kekenyangan dan kepenatan..=)
ISTIMEWA..lihat pada kaki dan tangannya..berbeza dari kucing lain...
Ada banyak jari..Allahuakbar..Kuasa Allah sangat besar...=)
Labels: 3 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Alhamdulillah...akhirnya abang dan akak nih..selamat melangsungkan pertunangan pada 26 Dis 2010..dengar kabar..semuanya berjalan dengan lancar..alhamdulillah...syukur =)
Anna tak dapat nak hadir ke majlis mereka..atas sebab rasa terkilan nih..
Anna jadikan post ni khas untuk mereka...

menyarung cincin..

k.dayah bersama dengan hantarannya..meriah..=)

...Abang Mazshurraiezal dan Kak Hidayah...

Khas untuk kalian: akak dan abang..Anna mohon maaf tak dapat hadir ke majlis nih..
insyAllah..kawen nanti Anna datang ya..jangan lupa jemput ya..=)
Anna doakan semoga terus diberkati Allah dan melangkah lagi setapak dalam perhubungan ni..

..SELAMAT BERTUNANG..

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum w.b.t
Lama tak citer pasal diri..haa..jadi lani Anna nak post untuk mereka yang terlibat..hhehhe
Baru-baru ni..jumpa dengan adik kesayangan AZEEQ ILYANNA a.k.a YANA with my sister and my khutbi and the important person..ABAH..Alhamdulillah..banyak perkara yang dikongsikan..walaupun masa agak singkat..tapi tetap bersyukur boleh spend time with them happily...=)

Adik...da nak habis cuti semesternya next week..dan dah nak balik ke UITM Sri Iskandar smbung belajar...Good Luck for you my dear..teruskan perjuanganmu sampai berjaya ya..=) I'll always pray for you my dear..just do your best in whatever you do...and remember, maintain your CGPA!! =)

adik
Khutbi...datang dari jauh..untuk selesaikan urusannya di KL...alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu dan join sekali dalam pertemuan keluarga ni..=) Story many things and share many things..Syukran jazilan for your time..honestly, i'm really appreciate that time..=) and thanks for lovely 'boxes'...=)

Abah..walaupun duk satu KL..tapi susah nak jumpa nih..buzy selalu..=) Alhamdulillah, dapat juga jumpa abah..lepaskan rindu..sekejap pun tak apa..janji dapat jumpa..sayang abah sokmo =)


Akak..Anna tinggal sekali dengan kakak..jadi..kakak lah yang akan menjadi peneman dan pendamping setia Anna jika Anna keluar kemana-mana (kecuali keluar pergi kerja..tapi balik tetap sama-sama)...=) Anna tak boleh keluar seorang diri...sebab, memang Anna tak boleh nak jalan seorang...thanks kakakku sayang..=)
Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Bila diri mencari diri...
Semuanya akan menjadi pincang pada permulaan langkah..
apabila dah ditemukan ARAH..
Sepertinya mahu hilang ARAH itu..
kembali mengelirukan diri..
ARAH itu kini memenjarakan DIRI..
Denagn terus membawa DIRI ke arah yang tak pasti..
Akhirnya DIRI menunggu dan berhenti di persimpangan...
Menanti jawapan yang tak kunjung datang..
Menanti bahagia dan petunjuk yang dirasakan menjauh, agar menjenguk
kembali kepada DIRI dan menyapa...

Ya Allah...
Tiada lain yang akan DIRI lakukan...
Pengabdian diri yang berterusan kepada-Mu itu kebahagiaan DIRI...
Kerana hanya Engkau yang tahu..
Kemana ARAH itu hilang dan mengapa ia semakin jauh dari DIRI..
Bahkan Engkau juga Yang Maha Mengetahui...
Mengapa DIRI akan terus menunggu sehingga ke akhir nafasnya..
Kerana itu adalah janji DIRI kepada ARAH yang akan bergerak seiring..
Melainkan ARAH itu terus menghilang dan menjauh dari DIRI...

Ya Allah...
Dari mula DIRI menemui ARAH itu..
DIRI telah menyatakan harapan untuk memilih ARAH yang SATU kerana kepercayaannya kepada ARAH itu yang akan membawa DIRI keluar menuju JALAN PULANG yang ABADI..
Bertemu KEKASIH HAKIKI yang sentiasa dirindui di ALAM ABADI...

Jadikanlah DIRI terus setia menanti kehadiran ARAH itu lagi...
Berikan kekuatan pada DIRI agar terus menunggu hingga ARAH yang SATU kembali menjenguk dengan jawapan yang pasti...

Kehilangan ARAH menjadikan DIRI...
Seakan goyah dalam meneruskan MATLAMAT hidup yang penuh dengan harapan...
Kehilangan ARAH bisa meragut kedamaian yang dirasakan dan diganti dengan resah dan kebimbangan yang berpanjangan...

Ya Allah...
DIRI memohon agar jangan Engkau hilangkan dan jangan Engkau jauhkan DIRI dari ARAHnya..
Kerana hanya Engkau Maha Kurnia segalanya...Allahu Rabb...
Labels: 4 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum w.b.t
Salam mahabbah buat semua readers...=)

Apa khabar semuanya? Apa khabar IMAN?

Moga yang terbaik sentiasa untuk kita semua dan dipermudahkan segala urusan kita hari-hari..insyaAllah...=)


Kita bicara tentang post kali ni..."KENALKAH?!"


Biasa kita mendengar 'ta'aruf' a.k.a berkenalan...dll Satu perkataan yang bagi Anna sangat subjektif sebenarnya.. "Tak kenal maka tak cinta" iya ka? =)
Bagi Anna, sebulan kita kenal dengan seseorang, kadang kala kita dah kenal siapa dirinya yang sebenar...bertahun kita mengenalinya dan dekat dengan seseorang belum tentu kita akan mengenalinya...benar? setuju?

Untuk kenal seseorang memerlukan masa, kesabaran..kan? Bagi Anna, dalam masa untuk kenal dengan seseorang, gunakan sebaiknya untuk melihatnya dari pelbagai aspek: cara pemikiran, tindakan, hati budi, percakapan dan sebagainya (bergantung juga pada yang mahu mengenali itu)


Apakah yang penting dalam mengenal seseorang?

Bagi Anna..ILMU...kenapa? kerana dengan ILMU, seseorang akan bijak untuk berkata (berfikir sebelum berkata)..Anna pernah mendengar seseorang berkata (Anna tak ingat siapa yang mengatakannya): ILMU itu menjafi kayu ukur dalm mengenal seseorang, tak kira yang dikenali atau orang yang mahu mengenal itu sendiri..(bukannya kalau tak berilmu itu, kita pandang rendah pada mereka)..remember! DONT JUDGE BOOK BY ITS COVER...


Kerana bagi Anna..ILMU itu yang akan memacu diri seseorang..ILMU akan menjadikan seseorang bijak untuk berfikir secara rasional dalam mengahdapi pelbagai siruasi dan keadaan yang melibatkan hati dan perasaan sepanjang tempoh berkenalan..betul? Setuju? (pasti ada banyak pendapat yang lain =)...


Cabaran...

Anna merasakan, perkenalan itu satu perkara yang MENCABAR..tambahan pula kita mahu mengenali seseorang yang menjadi 'partner' for the rest of our life...CABARAN itu teruji pada KESABARAN dan KEBIJAKSANAAN..=) [pendapat Anna saja]


Bukan semua orang membenarkan diri mereka dikenali dengan mudah..ya kan? Setiap orang pasti berwaspada untuk menunjukkan identiti yang sebenar kan? (Anna rasa minoriti saja)
mahu menyingkap pemilik personaliti..hmm..mencabar perkara tu..bukan mudah untuk kita 'membaca' seseorang...melainkan kita mahir dalam bidang ini (Anna tak pasti apa bidangnya)...

Good process of LEARNING...

Tetapi..walaupun mencabar..ada perkara terbaik yang kita dapat dalam 'perkenalan'..PELAJARAN a.k.a LESSON..yang akan membentuk diri kita secara tak langsung dalam memahami seseorang...kita akan belajar banyak perkara dan melihat banyak hal..bagaimana mengawal perasaan..menjaga perasaan..cara berfikir..percakapan..dan sebagainya...(^_^) cuba fikirkan semula.....


Jangan kenal hanya yang 'jauh' saja...(^_*)

Yang paling penting..KENALKAH kita dengan keluarga kita sendiri?! mak, ayah, abang, kakak, adik? Seterusnya...baru fikirkan..kenalkah kita 'orang jauh' itu....(*_*)
Mungkin bagi kita hal ini adalah REMEH..tapi ketahuilah...sebenarnya sangat PENTING a.k.a VERY IMPORTANT! kerana mereka adalah penyeri hidup kita...

Hmm..Anna sendiri belajar dan masih belajar untuk mengenal seseorang dan orang-orang (bukan orang-orang kat sawah tu ye) yang lain..walaupun secara UMUM boleh dikatakan sudah kenal..itu belum cukup bagi Anna...belum cukup..Allah, hanya padaMU ku sandarkan segalanya..

...SELAMAT BERKENALAN DARI ANNA...
kelanatinta

Alhamdulillah..ada lagi Majlis Ilmu..jom pergi lagi bagi yang berkesempatan dan ada masa terluang...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)

jom saksikan sedutan pendek seminar yang lalu disini

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Aku mengadu kepadaMu
tentang dosa-dosa yang tidak dapt ku ingkari
Sesungguhnya aku selalu berharap kepada-Mu
wahai Yang Maha Pemberi anugerah
untuk mengampuninya..
Sebelum hisab-Mu kepadaku di padang Mahsyar
Wahai Tuhan tumpuan harapanku pada hari pembalasan
hati yang penuh dengan ketakutan
saat Engkau menyebutkannya
Aku memohon Engkau mengampuninya di padang Mahsyar
sebagaimana Engkau menutupinya ketika di dunia
wahai Tuhan tumpuan harapanku
kerana Engkaulah yang akan menghisabku...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Assalamu'alaikum wbt. para serikandi yg dirahmati ALLAH. insya-ALLAH

Jadilah bunga mawar yg indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yg tetap juga indah tetapi sayang tidak berduri...apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang2nya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya..duri mawar itulah ditasyhbihkan dengan perbatasan AURAT, AKHLAK DAN AL-HAYA’. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap disegenap naluri yg mengundang kekaguman hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir bebrapa kali untuk mendekatinya.

Wanita solehah itu tidak memandang dan dipandang,
Ia "menyembunyikan" dirinya dari menjadi tatapan sang ajnabi
tiada dia berurusan dng para ajnabi kecuali
kepada perkara yang menjadi keperluan
atas dasar dakwah dan perjuangan.
gurau senda dengan para ajnabi ditinggalkan jauh sekali,
dia lebih rela dianggap manusia sombong oleh para ajnabi
namun bermusuh dan bersifat kasar dgn para ajnabi bukan akhlaknya.

Bila pandangan dan pertolongannya diperlukan
ia tampil menghulurkan bantuan,
namun dalam suasana yang sangat terhijab dan jauh dari fitnah
Jika pernah tersilap langkah maka berundurlah,
moga wanita solehah itu, kita. Wassalam....
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Seminar Terbuka HTM:Siri Jelajah Malaysia 2010-Selangor
Seminar terbuka anjuran bersama Hizbut Tahrir Malaysia dan Khilafah Centre: Kembalikan Khilafah, Selamatkan Dunia
Tarikh: Ahad, 19 Disember 2010 Masa: 8:30 pagi - 1:00 petang Tempat: Dewan Sri Cempaka, Kompleks PKNS, Bandar Baru Bangi, Selangor

Ahli Panel:
1. Ust. Abdul Hakim Othman (Presiden HTM)
2. Ust. Umar Husein (Timb. Presiden HTM)

Masuk adalah percuma. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

selanjutnya disini



Labels: 3 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Selamat Tahun Baru 1432Hijrah.
Semoga tahun baru ni...
diperkuatkan lagi azam dan tekad...
untuk terus beribadah kepada Allah Yang Maha Esa.
Semoga segala amalan yang dibuat pada tahun lalu...
diterima oleh Allah sebagai persiapan...
untuk menghadapiNya di akhirat nanti.

Doa Akhir Tahun --> Dibaca selepas Solat Asar di petang hari akhir Zulhijjah.

Doa Awal Tahun --> Dibaca selepas Solat Maghrib pada malam/hari pertama Muharram.


.....SALAM MUHARRAM.....
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku..

Janganlah kau merasa lemah..jangan kau gelisah dengan kekuranganmu (walaupun bagiku tiada yang kurang)..


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku..

Lemahmu itu boleh membunuhku dalam diam..melunturkan semua semangatku..lemah itu mampu pincangkan diantara ku dengan roh dan jasad(aku pasti kau mengerti maksudnya ya mujahid)..


Ketahuilah mujahid..

Tiada lain yang ku damba, hanya seseorang yang akan terus menjadi IMAM ku sehingga ke akhirnya..IMAM yang akan sentiasa ada harapanku padanya..


Ketahuilah mujahid..

Segala yang ku harapkan padamu..telah dirimu ketahui segalanya..maka ketahuilah, tiada kata yang layak untukku sampaikan padamu..keikhalsanmu itu kunciku..kejujuranmu itu amanahku..kebaikanmu itu kebahagiaanku..kecintaanmu itu nyawaku..keTAQWAanmu itu cintaku..


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku..

Manusia tidak bisa melawan dinding-dinding takdir Allah .Namun boleh saja manusia berkehendak dan siapapun saja boleh namun yang maha berkehendak hanya Allah . Ketahuilah Saudaraku perubahan hidup ini dan alam semua atas kehendak Allah ,kerana semua ada di genggamanNya..


Ketahuilah mujahid..

Abu Hurairah mengatakan,"Hati ibarat panglima & anggota badan ibarat pasukannya.Jika panglima baik,maka pasukannya juga demikian .Begitu pula keadaan sebaliknya jika hati jelek,maka pasukannya juga ikut jelek"(Al Iman,149).

Dan telahku yakin dengan segala kata-katamu padaku..maka tenanglah dirimu menantikannya..kerana aku juga akan tenang dalam menantimu, mujahidku…….

Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...