kelanatinta
Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,...
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan apapun,
biar orang kenal, dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian daripada iman...


CaNTik WaNitA kERaNa KeJeRNiHaN WaJaH,
MaNiS WaNitA kERaNa sENyuMaN yANg iNdaH,
AyU WaNitA kERaNa keSeDeRHaNaaN LaHiRiaH,
HeBaT WaNitA kERaNa KeiMaNaN kePaDa ALLAH!See More
sesuatu yang berharga pasti disimpan, ditutup dan tak didedahkan kpd org ramai...cuba bandingkan kaca dan berlian..mana yang lebih dijaga?? yang tertutup tu la yang mahal... album ni ditujukan pada diriku sendiri..moga menjadi wanita solehah itu sentiasa menjadi impian aku...walaupun diriku serba kekurangan dan banyak silap dan salahnya.. improve diri menjadi lebih baik adalah wajib bg insan merasakan dirinya adalah hamba...
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...