kelanatinta

Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Kasih dan cintaku padamu bukanlah semata-mata siapa dirimu..tetapi semuanya kerana Allah..tetapi cukupkah aku mengatakan bahawa aku mencintaimu? Aku sayang padamu? Ketahuilah wahai mujahidku..segala rasa yang ada kini adalah rasa yang dikurniakan DIA pada kita..maka berbahagialah dengan itu..namun ISLAM itu menjanjikan yang INDAH pada yang MEMELIHARANYA


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

CINTA+SAYANG+RINDU+KASIH++++++ hanya akan ku lafazkan, apabila bersama yang HALAL bagiku…kerana apa? Kerana bagiku KEMANISANNYA akan lebih terbalas dan akan BERGANDA kebaikannya nanti..mengapa aku tak ucapkannya padamu? Kerana aku mengimpikan KEMANISAN itu..aku impikan itu…dan ketahuilah, aku menghargai segala-galanya dengan rasa yang tak terluah…DIA juga Maha Mengetahui segalanya dalam hatiku…


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Doaku tak pernah putus dalam memohon kepadaNYA agar terus ditetapkan dirimu untukku..agar terus ditetapkan hatimu bagiku..dan ketahuilah aku mengetahui, dirimu juga mengimpikan hal yang sama…maka kita mempunyai impian yang sama..BERSATU MENUJU CINTANYAMENUJU REDHANYA…dan aku akan menunggu dengan setia mujahidku menjemputku untuk terus pacu HATI dan JIWA MENUJU CINTA ILAHI YANG ABADI


Ketahulah dirimu yang menjadi mujahidku…

Fasa demi fasa, tahap demi tahap, peringkat demi peringkat akan dilalui…kerana kita mengetahui, perjalanan itu jauh..dan BEKALAN itu perlu untuk kita mengharunginya…maka katika inilah UJIAN dan DUGAAN akan menerpa..maka, BERSABARLAH..bersabarlah..bersabarlah…itu yang selalu dikatakanNYA dalam Kalam yang Agung…dan itu juga dirimu selalu berkata padaku dan peringatanku pada diriku dan dirimu…


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Bagai ombak menghempas pantai, semuanya ada hikmah disebaliknya..semoga kita tidak terleka..Kelekaan membawa kerugian, ketakwaan paling utama..Moga taubat ku diterima, dibawah keredhaan Mu Ilahi..Dunia tidak laksana embun yang dingin, tidak sedingin sang bayu pagi..Dilanda gelisah tiada pedoman, mencari jalan Ilahi..

Angin bertiup membawa berita duka, menyentuh rasa hati naluri berdebar..Mengenang diri tiada pedoman, memohon keampunan..Lantaran sepi di jiwa ini, dilindungi gelisah tanpa iman Ilahi
Dunia sepi bagai tiada penghuni, kosong hati ini terpancar duka..


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Makin kita mendekati-Nya, makin kita diuji, makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, kerana segala yang dipinta tidak akan datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi oleh-Nya kerana Allah tak memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia memberi apa yang kita perlu…


Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…

Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian..Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…Ku bangga andai dikau syahid di medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan…Kerana jangan lupa..Muliamu bukan pada pangkat dan harta, paras rupa atau popularity…Tapi kerna KETAQWAAN DAN KEPATUHAN kepada Allah..Kerana Islam yang dikau junjung tinggi…

Bersambung…..

Labels: edit post
Reactions: 
2 Responses
  1. Vendetta Says:

    Dalam diam ku bisikkan doa kepada Pemilik Cinta iaitu Allah..
    Bahawasanya tiada yang lain yang lebih utama berbandingNya..
    Dalam diam ku bisikkan doa kepada Insan yg membenarkan tentang cinta..
    Bahawasanya engkaulah pemilik cinta hatiku yang tiada sia-sia..
    Lidah ku mengalun lembut bahasa-bahasa madah yang indah buat dirinya..
    Kerna itu sahaja yang mampu ku lakukan sebagai janji setia..
    Kerna manusia itu ada fitrahnya..
    Yang didengar adalah mata..
    Yang dilihat adalah telinga..
    Yang terlintas itu hatinya..
    Dalam kalam-kalam yang ditulisku untukmu sebagai penama..
    Dalam kata-kata ku sampaikan rasa..
    Walaupun tidak ku tahu dari mana datangnya kudrat dan usaha..
    Namun ku sedar ku dipacu oleh Ihklas dan jujur pada mu wahai pemilik cinta..
    Sedarlah wahai insan yang menerima rasa..
    Diriku terkurung, terpasung di dalam penjara..
    Penjara yang ku rasa bahagia dalam derita..
    Tangan ku tidak dapat menggapai walaupun bayangmu sehasta..
    Suara ku tergelam timbul dalam kesibukan urusan dunia..
    Namun ku usaha dan terus berusaha..
    Kerna ku sedar jika tidak ku lakukan apa-apa..
    Dirimu pasti boleh goyah jua..
    Namun bukanlah kerna ku tidak percaya..
    Cuma berwaspada kerna bimbang langkahku akan pincang semula..


  2. annabadi Says:

    Allah..
    Alhamdulillah..
    Subhanallah..
    Allahuakbar..

    Telah sampai semuanya apa yang mahu disampaikan padaku..

    Cinta itu di dalam hati...bagaikan kita punyai sebuah rumah...Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...Ada yang baik dan ada yang buruk.Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu..

    Wahai tetamuku..
    Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

    Wahai tetamuku..
    Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

    Wahai tetamuku..
    Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...Dan mengukuhkan tulangku...Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...Tutur bicara mulutku...

    Pada Yang Esa ku adukan segala…
    Merintih, merayu, mengharap belas ehsanNya.
    Agar ditunjukkan jalan kebenaran dan keselamatan.
    Agar dugaan ini berjaya diharungi.
    Kerana menjadi mukmin bertaqwa itu matlamat hidupku,
    Menempa Syurga abadi itu cita-citaku.
    Berikanlah aku petunjuk Ya Hadi,
    Agar jalanku terang disuluh cahaya melalui lorong berliku ini.
    Peliharalah daku Ya Muhaimin,
    Agar langkahku terhindar dari dosa dan noda...
    Allahu Rabb..


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...