kelanatinta
Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah bagian dari sketsa hidup di dunia. Tetesan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, hingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan karena kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, hingga tanpa sadar telah menjadi bagian hidup yang tak terpisahkan. Sebuah fitrah pula bahwa setiap wanita ingin menjadi seorang istri dan ibu yang baik ketimbang menjalani hidup dalam kesendirian. Dengan sentuhan kasih sayang
dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang sholeh dan sholehah.

Duhai...

Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila ia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam hingga memenuhi setiap sudut rumah tangganya.


Allah Subhanahu wa Ta'ala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui hingga keta'atan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fii sabilillah. Kerananya, yakinkah batin itu tiada gurisan saat melihat pernikahan wanita lain di bawah umurnya? Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri hingga ia menemukan kekasih hati? Dap
atkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan? Atau, tidakkah kita melihat kilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak kita?

Letih...

Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu adakah belahan jiwa yang menunggu di sana.


Duhai ukhti solehah...
Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, karena masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama ia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sebagai lajang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi surga, berkereta kencana untuk membawamu ke istananya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrub-lah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, karena Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski ia tidak menyadarinya.


Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam karena tak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah karena air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu, hingga seti
ap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Karena sejak ruh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.


Sabarlah ukhti solehah...

Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bi
ntang gemintang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai bagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahasia di balik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga, kelak akan engkau rasakan tak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.


Semoga.


WaLlahua'lam bi shawab.


Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

1-أن الطفولة بستان أخضر يداعب خرير مائه بذور المحبة والبراءة والحنان.

semasa kanak-kanak adalah ibarat taman hijau yang tumbuh darinya ratusan benih kecintaan, kemurnian jiwa dan belaian kasih sayang.

2-أن أجمل مافي القلوب صفائها ونقاءها في التعامل مع الآخرين.

Seindah-indah jiwa adalah jiwa yang berurusan sesama insan dengan penuh kesucian dan keikhlasan.

3-أن الصداقة الحقيقية تكمن في مشاعر ظاهرة تلامس وتصافح نياط القلب.

Persahabatan sebenar adalah menyempurnakan kelakuan zahir, menyentuh dan bersalaman serta bercakap dengan hati.

4-أن الدموع لاتنسي الآلام.

Sesungguhnya airmata tidak boleh melupakan atau menghapuskan kepedihan.

5-أن الوردة لابد أن تذبل وأن البسمة لابد أن تبقى على الوجوه.

Bunga mesti tumbuh dan mengembang serta senyuman mesti kekal diwajah.

6-ان أصعب مافيها الفراق ولحظات الوداع تتجلى فيها الذكريات وتنبثق مشاعر مكنونة تتوارى بين الدمعات ولكنه فراق دنيا فحسب.

Kepedihan adalah disaat perpisahan yang banyak tersirat peristiwa dan kenangan tetapi perpisahan di dunia hanya sementara.

7-أن الابتسامة والتفاؤل جواز سفر تعبر بها الى قلوب الآخرين.

Senyuman dan pandangan positif adalah ( pasport) memberi kebahgiaan kepada orang lain.

8-أن اللذة الحقيقية والسعادة القلبية انما توجد في طاعة الله ومرضاته.

Kebahgiaan hati hakiki hanyalah berhasil dengan ketaatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

9-أن الفراق في هذه الحياة سنة ماضية سواء فارق الانسان من يحب أو من يبغض فان أجمل مايترك خلفه الذكرى الطيبة والكلمة الصادقة والسيرة العطرة.

Perpisahan dalam kehidupan adalah lumrah kehidupan samada dengan orang yang dikasihinya atau dengan orang yang kita benci, tetapi kenangan yang paling indah adalah kenangan manis, kata-kata yang membentuk kebenaran dan perjalanan hidup yang dipenuhi dengan keindahan.

10-أن الموت لايعرف صغيرا ولا كبيرا ولاغنيا ولافقيرا فليعد كل منا زاده وراحلته فان العمر قصير والزاد قليل والسفر طويل.

Kematian tidak mengenali kecil atau dewasa, kaya atau fakir, maka bersedialah dengan sebaik-baik persediaan. Sesungguhnya umur itu pendek, pertambahan umur pun hanya sedikit sahaja sedangkan perjalanan yang akan kita lalui terlalu panjang.

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
خمس دقائق قراءة قرآن (قال صلى الله عليه وسلم: (اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه ) رواه مسلم.)

5 Minit membaca Al-Quran akan mendapat Syafaat pada hari Qiamat.

2- خمس دقائق ذكر لله تعالى

(في دقيقه واحدة
تستطيع أن تقرأ “سورة الفاتحة” 5 مرات فتحصل على أكثر من 7000 حسنه.
5 Kali membaca surah Al-Fatihah akan mendapat 7000 kebajikan.
في دقيقه واحدة
تستطيع أن تقرأ “سورة الإخلاص” 15 مره فإنها تعدل قراءة القران 5 مرات.
15 Kali membaca surah Al-Ikhlas ia akan mendapat pahala sebanyak 5 kali mengkhatamkan Al-Quran.
في دقيقه واحدة
تستطيع أن تقول “لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير
Dalam satu minit kamu mampu membaca bacaan di atas.
في دقيقه واحدة
تستطيع إن تقول “سبحان الله وبحمد” 100 مره ومن قال ذلك في يوم غفرت ذنوبه وإن كانت مثل زبد البحر.
Membaca 100 kali kalimah Subhanallah Wabihamdih- mendapat keampunan Allah dari segala dosa.
في دقيقه واحدة
تستطيع إن تقول “لا حوله ولا قوة إلا بالله” أكثر من 40 مرة وهي كنز من كنوز الجنة.
Sesiapa melafazkan 40 kali ” lahaula walaquawata Illa Billah ” akan mendapat perbendaharaan dari Syurga.
في دقيقه واحدة
تستطيع إن تقولسبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماتهأكثر من 10 مرات وهي كلمات تعدل أضعاف مضاعفة من أجور التسبيح والذكر.
Dengan membaca doa di atas ia mendapat pahala berlipat ganda daripada tasbih dan zikir.
في دقيقه واحدة
تستطيع إن “تستغفر الله” أكثر من 100 مره فالاستغفار سبب للمغفرة ودخول الجنة ، للمتاع الحسن ، وزيادة القوه ، ودفع البلاء ، وتيسير الأمور ، ونزول المطر ، والإمداد بالأموال و البنين.
Beristighfar 100 kali akan mendapat: 1-Keampunan dan masuk Syurga. 2-Mendapat harta yang baik. 3-Mendapat kekuatan bertambah. 4- Menolak Bala. 5-Memudah segala Urusan. 6-Menurunkan Hujan. 7-Harta dan anak-pinak bertambah.
في دقيقه واحدة
تستطيع إن “تصلي على النبي” 20 مرة فيصلي عليك الله مقابلها 200مرة.
20 kali kita berselawat kepada Rasulullah kita menpadat doa keselamatan daripada Rasulullah sebanyak 200 kali.
في دقيقه واحدة تستطيع إن تقول سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم50 مرة وهي خفيفة على اللسان ثقيلة في الميزان.
Dalam satu minit kita membaca tahmid di atas kita mendapat timbangan pahala yang berat di akhirat besok.
في دقيقه واحدة
تستطيع إن تقول “لا إله إلا الله” 50 مره وهي أعظم كلمه.
Dalam satu minit kita mampu bertahlil sebanyak 50 kali kalimah yang paling agung..
في دقيقه واحدة
تستطيع إن تقولسبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله اكبر” 25 مرة وهذه الكلمات أحب الكلمات إلى الله سبحانه وتعالى.
Dengan membaca 25 kali tasbih di atas, maka kita telah melafazkan kalimah yang paling Allah sukai.
في دقيقه واحدة
“تستطيع إن ترفع يديك وتدعو بما شئت من جوامع الدعاء”. )
Dalam masa satu minit kita mampu mengangkat tangan dan berdoa segala doa yang kita hajatkan.

Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Salam sejahtera ke atas kalian yang sentiasa mengunjungi blog anna
badi ini...

Annabadi ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka kerana dapati blog ini adalah satu medan yang cukup baik dalam Dakwah dan Tarbiyah ini. Blog memberi ruang kepada Anna untuk berkongsi pelbagai cerita dan pengalaman untuk tatapan umum. Alhamdulillah. Moga kita sama-sama gunakan medium yang Allah berikan ini sebaiknya. Insya-Allah.

Actually I create this
post to wish u all something…


SALAM AIDILFITRI

Annabadi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat:

Keluarga Tercinta

Ayahanda Tercinta.. Ahmad bin Hasan dan Anuar bin Masri

Ibunda Tersayang.. Suraya binti Basir

Adik-beradik yang amat ku kasihi


Along.. Anna sendiri

Angah..Nor Assikin binti Ahmad

Adik.. Mohd Ashraf bin Ahmad

Adik..Azeeq Ilyanna

Adik.. Nur Asfarisha Fariha Ahmad dan Nur Asfarahima Fathirah Ahmad

Semoga kalian dipayungi rahmat ALLAH sentiasa

Saudara Mara Anna, sebalah abah, sebelah ayah dan sebelah mak


Sahabat-sahabat yang Anna sayang
Nurul Alwani, Azwien Nazneen, Khawlah al-Azwar, Erin Syarha, Af Dila, Nur Athirah, Asiah Nur, Norain Jemail, Beddy, Tikah Cute, Mc Jue, Saie, Ida Misran, Khairul Anuar,Rizky, Ikmal, Altaf Darwish, Nadhir, A.Ejai, K.Dayah, K.Ina dan banyak lagi…tak tersebut dah ni

(jangan kecik hati mana2 yang tak disebut ya, tetap saja dalam ingatan..)


Dan umumnya kepada
sahabat Perintis 020six
sahabat MIM

sahabat NURSING Batch 200704/01

sahabat usrah

sahabat blog annabadi

yang amat dirindui dan dicintai sentiasa.

Moga ALLAH menerima amal Anna n amal kamu semua.Maafkan atas apa-apa kesilapan Anna.
Moga iman sentiasa bersama kalian.
Harap-harap ALLAH pertemukan kita dalam Ramadhan yang akan datang.
Ameen. Moga ALLAH sayang kalian dan diri Anna..



Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...