kelanatinta

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu…… Jika Engkau mentaqdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong.


Doa dan harapan bersulam indah alunan suara,
melagukan bait-bait ayat-ayat cinta dari Kekasih yang dipuja,
hati basah dengan rindu dan juga cinta,
semoga mampu untuk berjumpa di alam sana.
Andai mungkin hati ingin mengungkap kata rindu,
ia belum cukup terzahir dengan kalimah-kalimah biasa.
Pada Allah, Sang Pencipta rasa cinta,
sampaikan salamku buat habibati tercinta..

Amin...


Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...