kelanatinta

Sebut hal C.I.N.T.A......
kebiasaannya kita akan fikirkan CINTA kepada insan..kan?
Itulah kita, CINTA insan dulu yang kita ingat...
C.I.N.T.A kepada DIA yang Satu..kita letakkan no.2..btol?
jadi..terpanggil untuk post kali ni nak ajak untuk kita semua sama MENCINTAI ILAHI...

Macamana ya? Ayuh kita fikirkan bersama...
1) Hayati sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna..pepatah juga ada mengatakan
"Tak Kenal Maka Tak Cinta"...nah, kita manfaatkan segenap pancaindera kita untu kenal
lebih dekat siapa PENCIPTA kita...
Bak kata orang.."dari mata turun ke hati, dari telinga terbit rasa suka"...
2) Dengan lidah kita, alunkan sentiasa zikir sebagai bukti menyatakan rasa cinta
kepada Allah s.w.t...
3) Tubuh kita ikut rukuk dan sujud menyembah Yang Esa...kita
menyembah Tuhan kita yang satu dengan sebenar-benar IKHLAS
kerana KASIH SETIA kepada-NYA...

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya Allah Taala telah berkata:'Sesiapa yang memusuhi waliku maka Aku akan isytiharkan perang baginya, dan perkara yang dapat mendekatkan diri seorang hamba kepada-Ku
adalah apada apa yang Aku sukai terhadap kewajipan-kewajipan
yang telah Aku wajibkan ke atas mereka dan seorang hamba itu tidak akan dapat mendekati-Ku dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya.
Jika Aku sudah mencintai dirinya, maka Akulah pendengarannya
pada apa yang didengarinya dan Akulah penglihatannya
pada apa yang dilihatnya dan Akulah tangannya
pada apa yang dilakukannya dan Akulah kakinya pada setiap
yang dilaluinya. Dan jika dia meminta kepada-Ku,
maka pasti aku akan memberinya dan jika dia minta dilindungi,
maka Aku pasti akan melindunginya."(Riwayat al-Bukhari)


conclusion...
jom kita mulakan langkah untuk buktikan bahawa kita CINTAI DIA..
DIA kita SAYANG dan DIA sentiasa kita PEDULI..
walaupun nanti kita terlantar sakit dan tak mampu melakukan apa-apa...
yakinlah bahawa kita masih ada sekeping hati yang sentiasa segar
membisikkan kalimah CINTA kepada-NYA..Dan DIA Maha Mendengar...
Hatilah yang menjadi bahan bukti bahawa hanya Allah, DIA yang paling kita KASIHI...
Allahu Rabb..


Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...