kelanatinta

Masa terus berlalu…

Kehidupan mujahid dan mujahidah berterusan seperti biasa. Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri, aktiviti sendiri, dengan kuliah, urusan dakwah dan pelbagai hal, layaknya seorang hamba yang menjalankan tugasan sebagai seorang khalifah…

Mujahid: ‘Salam ukhti, kaifa hal? Camana dengan studymu? Semuanya berjalan lancar?’

Mujahidah: ‘Salam..alhamdulillah bikhoir. Study ana semuanya berjalan lancar dengan izin Allah, alhamdulillah’

Mujahid: ‘Ana mahu bertanyakan suatu hal denganmu?’

Mujahidah: ‘Ya, silakan’

Mujahid: ‘Apa ada yang mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘Blom ada..limaza?’

Mujahid: ‘Bagaimana jika ada yang mahu mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘Jika itu yang baik untuk ana, insyaAllah…’

Mujahidah terusan berfikir,tak pernah terlintas di hatinya akan disunting begitu awal. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selain hal yang satu ini. Harapan ibu ayah, adik-adik semuanya menggunung di bahunya. Mujahidah tidak pernah menafikan rasa hati untuk sampai ke waktu ini. Tetapi baginya waktu ini terlalu awal, terlalu awal untuk semua ini. Bahkan bagi dia yang tak pernah fikirkan secara khusus akan hal ni.

Mujahidah: ‘Asif jiddan..ana mengerti kan maksudmu…’

‘Tetapi, ketahuilah, ana tak merasakan semua ini akan berlalu sepantas ini…masih banyak

yang ana perlu laksanakan’

Mujahid: ‘Berapa lama masa yang anti perlukan?’

Mujahidah: ‘Allah..sungguh ana juga tak pasti berapa lama’

Mujahid: ‘Jika ana sanggup menunggu?’

Mujahidah: ‘Mantapkah keputusanmu? Ini bukan hal yang main-main?’

Mujahid: ‘Ana mantap dengan keputusan ana’

Mujahidah: ‘Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini…insyaAllah’

Hati berganti hari..masing-masing menumpukan pada kehidupan masing-masing. Hal yang selainnya, diserahkan pada Allah..hanya ketentuan Allah diakui pasti…sampai di satu masa lain..

Mujahid: ‘Dah ada yang mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘Blom’

Mujahid: ‘Alhamdulillah..barakallahufik’

Mujahidah mengakui sudah ada rasa yang belum pernah dia rasakan dalam hatinya kini. Apa itu? Cinta? Sayang? Entahla..Mujahidah hanya berusaha untuk memelihara apa yang dirasa agar diterima pada yang layak saja. Pada Rabb juga selalu dia pinta agar rasa yang dipelihara ini akhirnya akan jadi kenyataan dan bertemu dengan redha-Nya. Mijahidah hayan mengharapkan redha kedua ibu bapanya yang pasti nantinya redha Allah juga akan bertamu.

Namun memang benar kata orang..disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Itulah yang dikatakan sebagai lumrah dunia, yang bersilih ganti dalam kehidupan manusia. Tiada siapa yang dapat menduga apa yang akan jadi pada masa akan datang.

Mujahid: ‘Salam alaik..’

Mujahidah: ‘Salam..’

Mujahid: ‘Ana dah ada orang’

Membaca mesej itu, membuatkan Mujahidah terkesima seketika, diamati mesej itu lama-lama…

Mujahidah: ‘Semoga berbahagia dirimu dengan zaujahmu’

Tak tahu apa yang dirasakan kini, harapannya hancur? Sedih? Mujahidah tak tahu apa yang mahu difikirkan…

Mujahid: ‘Sudikah anti menjadi zaujah ana yang ke 2?’

Mujahidah: ‘Mungkin ini takdirNya..kasihi dan cintailah zaujahmu sebaiknya’

Mujahid: ‘Maafkan ana. Ini kehendak mak ayah ana. Ana tak boleh nak tolak. Ana nak jumpa anti. Kita

boleh bincang untuk grab kembali hati ibu ayah ana. Kemudian kita nikah. Ana tak boleh

lupakan anti’

Buat kedua kalinya, Mujahidah berfikir….semua ini sudah ketentuanNya. Dan Mujahidah yakin pasti Dia ada rencanaNya tersendiri. Mujahidah pasrah…

Mujahidah: ‘Ana yakin pasti ada hikmahnya’

‘Bersyukurlah kerana dia adalah pilihan mak ayah mu, itu bukti mereka juga sangat

mencintainya dan mengasihinya’

‘Ana yakin anta juga akan bahagia bersamanya’

‘Bagi ana tak ada apa yang diharapkan melainkan redha dari mak ayah’

‘Dan anta dan zaujah sudah memiliki redha itu..barakallahu fikuma’

‘Ana doakan semoga kalian bahagia sehingga ke akhirnya..insyaAllah’

‘Ana rela melepaskanmu demiNya wa syukran ‘ala kullu halen’

Mujahid: ‘Baiklah kalau begitu katamu. Ana harap tiada apa2 lagi mesej waima kata-kata daripada anti.

Ana tak mahu lagi ada perasaan pada anti.

‘Salam…’

Mujahidah menangis kesedihan dan kegembiraan. Kesedihan? Kegembiraan? Hanya Mujahidah dan Ilahi yang mengetahuinya. Tiada satupun diantara sahabatnya yang mengetahui ceritanya ini. Dipendam jauh ke dalam hati yang paling kecil. Satu pengkisahan kehidupan yang kini akan jadi sejarah dalam hidup Mujahidah. Mujahidah menyedari, dia adalah hamba yang dhaif, segala ketentuan dari-Nya diterima dengan redha. Mujahidah membiarkan masa yang menyembuhkan segala rasanya. Dia akan terus memburu kasih Ilahi, cinta Ilahi yang tak pernah berpenghujung….

Wahai diri, engkau tahu sebenarnya..

Engkau hanyalah hamba paling dhaif..

Engkau hamba pada Tuan segala tuan..

Sewajarnya sifat hamba itu mentaati..

Menurut tanpa titah tanpa betah tiada bantah..

***TAMAT***

Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...