kelanatinta

Jauh sudah tersasar
Jauh ku lihat oh cahaya
Melimpas waktu-waktu hidup yang kian tua
Alunan suara merdu menyapa ruang sepi
Menggegar gelita memanggilku kembali

Tika masanya ku bertemu denganNya
Tiba saatnya ku serahkan segala
Pastinya ku kan terus melangkah
Menuju cintaNya

Putaran waktu tiada menunggu
Takkan ku sia nafas usiaku
Kerna ku tahu agungnya sinar kasihMu

Anna rimas apabla asyik ditanya bila masanya?
diaju soalan yang sama setiap kali bertemu(tak kisah bertemu siapa pun)
ketahuilah wahai yang sering bertanya..
buat masa ni hati ini hanya menagih cinta dari DIA..
Dia keutamaanku..Dia kasihku..Dia cintaku..
Anna bukan tak mahu itu semua..
Ya..bg Anna waktu..Allah Rabb
padaMu juga Anna memohon..
hanya Kau yang mengetahui yang terbaik buat Anna..
jadikanku istiqamah dengn apa yag ku katakan..
jadikanku kuat dijalanku..
Aku hanya mengharap redha dariMu...
Redha dan cinta-Mu..
Sungguh ini Hati Anna yang katakan..
Anna perlukan hanya CINTAMU!!
Allah Rabb..bantuku untuk hadapi semuanya..
segala ujianMu ku terima dengan redha...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Masa terus berlalu…

Kehidupan mujahid dan mujahidah berterusan seperti biasa. Masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri, aktiviti sendiri, dengan kuliah, urusan dakwah dan pelbagai hal, layaknya seorang hamba yang menjalankan tugasan sebagai seorang khalifah…

Mujahid: ‘Salam ukhti, kaifa hal? Camana dengan studymu? Semuanya berjalan lancar?’

Mujahidah: ‘Salam..alhamdulillah bikhoir. Study ana semuanya berjalan lancar dengan izin Allah, alhamdulillah’

Mujahid: ‘Ana mahu bertanyakan suatu hal denganmu?’

Mujahidah: ‘Ya, silakan’

Mujahid: ‘Apa ada yang mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘Blom ada..limaza?’

Mujahid: ‘Bagaimana jika ada yang mahu mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘Jika itu yang baik untuk ana, insyaAllah…’

Mujahidah terusan berfikir,tak pernah terlintas di hatinya akan disunting begitu awal. Banyak lagi perkara yang perlu difikirkan selain hal yang satu ini. Harapan ibu ayah, adik-adik semuanya menggunung di bahunya. Mujahidah tidak pernah menafikan rasa hati untuk sampai ke waktu ini. Tetapi baginya waktu ini terlalu awal, terlalu awal untuk semua ini. Bahkan bagi dia yang tak pernah fikirkan secara khusus akan hal ni.

Mujahidah: ‘Asif jiddan..ana mengerti kan maksudmu…’

‘Tetapi, ketahuilah, ana tak merasakan semua ini akan berlalu sepantas ini…masih banyak

yang ana perlu laksanakan’

Mujahid: ‘Berapa lama masa yang anti perlukan?’

Mujahidah: ‘Allah..sungguh ana juga tak pasti berapa lama’

Mujahid: ‘Jika ana sanggup menunggu?’

Mujahidah: ‘Mantapkah keputusanmu? Ini bukan hal yang main-main?’

Mujahid: ‘Ana mantap dengan keputusan ana’

Mujahidah: ‘Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini…insyaAllah’

Hati berganti hari..masing-masing menumpukan pada kehidupan masing-masing. Hal yang selainnya, diserahkan pada Allah..hanya ketentuan Allah diakui pasti…sampai di satu masa lain..

Mujahid: ‘Dah ada yang mengkhitbahmu?’

Mujahidah: ‘Blom’

Mujahid: ‘Alhamdulillah..barakallahufik’

Mujahidah mengakui sudah ada rasa yang belum pernah dia rasakan dalam hatinya kini. Apa itu? Cinta? Sayang? Entahla..Mujahidah hanya berusaha untuk memelihara apa yang dirasa agar diterima pada yang layak saja. Pada Rabb juga selalu dia pinta agar rasa yang dipelihara ini akhirnya akan jadi kenyataan dan bertemu dengan redha-Nya. Mijahidah hayan mengharapkan redha kedua ibu bapanya yang pasti nantinya redha Allah juga akan bertamu.

Namun memang benar kata orang..disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Itulah yang dikatakan sebagai lumrah dunia, yang bersilih ganti dalam kehidupan manusia. Tiada siapa yang dapat menduga apa yang akan jadi pada masa akan datang.

Mujahid: ‘Salam alaik..’

Mujahidah: ‘Salam..’

Mujahid: ‘Ana dah ada orang’

Membaca mesej itu, membuatkan Mujahidah terkesima seketika, diamati mesej itu lama-lama…

Mujahidah: ‘Semoga berbahagia dirimu dengan zaujahmu’

Tak tahu apa yang dirasakan kini, harapannya hancur? Sedih? Mujahidah tak tahu apa yang mahu difikirkan…

Mujahid: ‘Sudikah anti menjadi zaujah ana yang ke 2?’

Mujahidah: ‘Mungkin ini takdirNya..kasihi dan cintailah zaujahmu sebaiknya’

Mujahid: ‘Maafkan ana. Ini kehendak mak ayah ana. Ana tak boleh nak tolak. Ana nak jumpa anti. Kita

boleh bincang untuk grab kembali hati ibu ayah ana. Kemudian kita nikah. Ana tak boleh

lupakan anti’

Buat kedua kalinya, Mujahidah berfikir….semua ini sudah ketentuanNya. Dan Mujahidah yakin pasti Dia ada rencanaNya tersendiri. Mujahidah pasrah…

Mujahidah: ‘Ana yakin pasti ada hikmahnya’

‘Bersyukurlah kerana dia adalah pilihan mak ayah mu, itu bukti mereka juga sangat

mencintainya dan mengasihinya’

‘Ana yakin anta juga akan bahagia bersamanya’

‘Bagi ana tak ada apa yang diharapkan melainkan redha dari mak ayah’

‘Dan anta dan zaujah sudah memiliki redha itu..barakallahu fikuma’

‘Ana doakan semoga kalian bahagia sehingga ke akhirnya..insyaAllah’

‘Ana rela melepaskanmu demiNya wa syukran ‘ala kullu halen’

Mujahid: ‘Baiklah kalau begitu katamu. Ana harap tiada apa2 lagi mesej waima kata-kata daripada anti.

Ana tak mahu lagi ada perasaan pada anti.

‘Salam…’

Mujahidah menangis kesedihan dan kegembiraan. Kesedihan? Kegembiraan? Hanya Mujahidah dan Ilahi yang mengetahuinya. Tiada satupun diantara sahabatnya yang mengetahui ceritanya ini. Dipendam jauh ke dalam hati yang paling kecil. Satu pengkisahan kehidupan yang kini akan jadi sejarah dalam hidup Mujahidah. Mujahidah menyedari, dia adalah hamba yang dhaif, segala ketentuan dari-Nya diterima dengan redha. Mujahidah membiarkan masa yang menyembuhkan segala rasanya. Dia akan terus memburu kasih Ilahi, cinta Ilahi yang tak pernah berpenghujung….

Wahai diri, engkau tahu sebenarnya..

Engkau hanyalah hamba paling dhaif..

Engkau hamba pada Tuan segala tuan..

Sewajarnya sifat hamba itu mentaati..

Menurut tanpa titah tanpa betah tiada bantah..

***TAMAT***

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta


Zaman sekarang ni, kebanyakan diantara kita beranggapan bahawa seorang yang komitmen pada syariah dan agama tidak mengenal erti cinta, tidak menghargainya dangan sebenar-benar penghargaan dan tidak mengetahui hakikatnya.

Sayangnya! Orang yang berkata begitu hanya merepek.

Lupakah kita, cinta adalah senandung orang yang tulus beriman dan nyanyian indah dalam catatan orang yang mencintai Tuhannya. Bezanya, cinta mereka adalah mulia dan terhormat?

Cinta yang diukir oleh orang soleh dengan air mata mereka, ditulis para pejuang kebenaran dengan darah mereka, dan dilukis oleh orang-orang yang mulia dengan cucuran keringat mereka. Maka nama mereka pun terakam dalam lipatan sejarah dan menjadi monumen pengorbanan, keberanian dan ketulusan.

Ruan lingkup pesona cinta manusia terbahagi kepada dua iaitu:

Pertama: cinta bumi yang rendah iaitu luapan nafsu dan asmara.

Kedua: cinta Ilahi yang tinggi iaitu ketaatan, ibadah, kesyahidan dan kepimpinan.

Cinta bumi yang rendah hanya terikat pada zahir, iaitu pada mata hitam, lesung pipi, badan seksi, lembah yang hijau, kenangan bersama si fulanah, hari-hari bersama fulan dan sebagainya.

Sedangkan cinta Ilahi terkait dengan syariat-Nya, ketundukan kepada perintah-Nya, melaksanakan agama-Nya dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Cinta bumi hanya penderitaan, keluhan kerugian dan penyesalan. Cinta Tuhan Semesta Alam adalah ketinggian, kemuliaan, keselamatan, kebahagiaan dan kepimpinan.

Bagaimana mungkin kita tidak mencintai ALLAH, padahal setiap nikmat yang kita rasakan adalah dari-Nya, dan tiada musibah yang menimpa kecuali Dia yang menentukannya?

Hanya Dia lah Yang Maha Baik. Ketentuan-Nya sangat adil, syariat-Nya membawa rahmat, ciptaan-Nya sangat indah, karya-Nya sangat sempurna, dan kurniaan-Nya sangat luas. Lantaran itu, mencintai-Nya wajib hukumnya, mendekatkan diri kepada-Nya adalah kemestian, bersyukur kepada-Nya adalah kepastian dan taat kepada-Nya adalah ketetapan.

Sebahagian dari orang-rang yang bercinta menjauhi cinta haram dan menjalinkan hubungan dengan cinta syari’I yang suci dan terjaga. Ia berpindah dari jagat kedustaan, dunia keasmaran, kegelapan cinta dan tempat penuh dosa menuju Syurga kejujuran, taman ma’rifah (pengenalan), kebun keyakinan dan luasnya medan keimanan..

Nah sahabatku! Inilah KEINDAHAN CINTA SEBENAR!!

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Kau tidak seperti dulu

Yang ku kenali dulu

Rupa hilang seri

Manakah manisnya

Kau tidak seperti dulu

Yang ku kenali dulu

Madah tak berlagu

Manakah girangnya

Patah hati

Jangan terdampar sepi

Jangan tersungkur mati

Patah hati

Jangan leburkan mimpi

Jangan memakan diri

Bukankah tuhan ciptakan malam

Untuk beradu menanti siang

Bukankah tuhan titiskan hujan

Menanti limpah kemarau panjang
memang sukar untuk merawat hati yang patah...
sungguh..memerlukan mujahadah yang berpanjangan...
Ya Rabb..Kau Maha Mengetahui apa yang ada dalam hatiku...
Aku melepaskan segala-galanya keranaMu..
Aku kini dan selamanya hanya mengharapkan cintaMu...
jika ada yang mengetuk lagi pintu hati..adakah akan ku buka?
Hanya padaMu aku memohon yang terbaik untukku...

Aku hanya berpegang janjiNya yang kesungguhannya pasti..
Tiada janji yang lebih pasti dari janjiNya..
Mendidik jiwa dalam mencari cinta sejati sangat melelahkan...
tapi itu yang ku tuju..sanggup aku lelah dalam menagih cinta ILAHI..
bukan lagi cinta MANUSIA..

Ya Rabb..aku mohon...
peliharalah aku..
perjalanan yang panjang..
banyak yang menantiku di hadapan
Aku mohon yang terbaik untukku...
memelihara patah hati pada manusia...
dengan menyuburkan cintaku padaMU...



Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Bismillahirrahmanirrahim...Subhanallah...Alhamdulillah...Allahuakbar...
Hari ini hari yang bermakna dalam hidup ANNA..
Akirnya hari yang dinantikan pengakhirannya tiba..
Hari ni keputusan exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) keluar...
Dengan lafaz syukur...alhamdulillah...
ANNA LULUS!! Allahuakbar!!
T.A.H.N.I.A.H ANNA ucapkan kepada semua sahabat yang berjaya..
terutama batch 200704/G1(MUCH)..Usaha + Doa + Tawakal selama 3 tahun berbaloi..
Alhamdulillah...gembira sangat..
Bermulalah perjalanan hidup yang sebenar dalam melaksanakan amanah..
InsyaAllah..
bagi sesiapa yang mahu semak keputusan anda..klik disini
Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Sebut hal C.I.N.T.A......
kebiasaannya kita akan fikirkan CINTA kepada insan..kan?
Itulah kita, CINTA insan dulu yang kita ingat...
C.I.N.T.A kepada DIA yang Satu..kita letakkan no.2..btol?
jadi..terpanggil untuk post kali ni nak ajak untuk kita semua sama MENCINTAI ILAHI...

Macamana ya? Ayuh kita fikirkan bersama...
1) Hayati sifat-sifat Allah Yang Maha Sempurna..pepatah juga ada mengatakan
"Tak Kenal Maka Tak Cinta"...nah, kita manfaatkan segenap pancaindera kita untu kenal
lebih dekat siapa PENCIPTA kita...
Bak kata orang.."dari mata turun ke hati, dari telinga terbit rasa suka"...
2) Dengan lidah kita, alunkan sentiasa zikir sebagai bukti menyatakan rasa cinta
kepada Allah s.w.t...
3) Tubuh kita ikut rukuk dan sujud menyembah Yang Esa...kita
menyembah Tuhan kita yang satu dengan sebenar-benar IKHLAS
kerana KASIH SETIA kepada-NYA...

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w:
"Sesungguhnya Allah Taala telah berkata:'Sesiapa yang memusuhi waliku maka Aku akan isytiharkan perang baginya, dan perkara yang dapat mendekatkan diri seorang hamba kepada-Ku
adalah apada apa yang Aku sukai terhadap kewajipan-kewajipan
yang telah Aku wajibkan ke atas mereka dan seorang hamba itu tidak akan dapat mendekati-Ku dengan melakukan perkara-perkara sunat sehinggalah Aku mencintainya.
Jika Aku sudah mencintai dirinya, maka Akulah pendengarannya
pada apa yang didengarinya dan Akulah penglihatannya
pada apa yang dilihatnya dan Akulah tangannya
pada apa yang dilakukannya dan Akulah kakinya pada setiap
yang dilaluinya. Dan jika dia meminta kepada-Ku,
maka pasti aku akan memberinya dan jika dia minta dilindungi,
maka Aku pasti akan melindunginya."(Riwayat al-Bukhari)


conclusion...
jom kita mulakan langkah untuk buktikan bahawa kita CINTAI DIA..
DIA kita SAYANG dan DIA sentiasa kita PEDULI..
walaupun nanti kita terlantar sakit dan tak mampu melakukan apa-apa...
yakinlah bahawa kita masih ada sekeping hati yang sentiasa segar
membisikkan kalimah CINTA kepada-NYA..Dan DIA Maha Mendengar...
Hatilah yang menjadi bahan bukti bahawa hanya Allah, DIA yang paling kita KASIHI...
Allahu Rabb..


Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Hijau...melambangkan ape yer?
Keindahan..kedamaian..ketenangan..peace!!
Kehijauan seperti ini adalah idaman Anna..
Angan-angan yang mungkin tercapai, mungkin tidak...huhu

Ada keinginan dalam hati Anna untuk membuat halaqah bersama semua sahabat...
bertaut hati dalam Halaqah Cinta..Taman Ilmu..indahnya..
kebahagiaan dalam berhalaqah tak dapat nak digambarkan...
Moga rasa ini akan terus subur dalam hati dan sanubari..

Bersama semua sahabat yang dikasihi..
kehidupan kita dirasakan bermakna...
Ukhwah yang dibina atas dasar Islam demi redha-Nya benar-benar hidup...
Allahuakbar..Subhanallah...
berkongsi ilmu..bertukar-tukar cerita..bertukar-tukar pendapat...
mengimbas memori lalu..indahnya kan?

"Hati yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut, paling bersih dan paling cekal.
Paling cekal dalam beragama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut terhadap saudaranya. Hati seorang mukmin itu suci bersih, pada hati itu terdapat pelita yang bercahaya."
-Ali bin Abi Talib r.a-


Seksanya menahan rindu kan?
Tapi rindu bertemu dalam Halaqah..Allah suka =)
Janji yang terpateri, akan kubawa meniti hari...
walaupun peritnya ak tertanggung kuhadapi..
lantaran jalan hidup yang penuh onak duri...
hingga pernah hampir ingin ku kuburkan janjimu daripada hati...
namun ku punya keyakinan diri..
janji-Mu pasti menjadi realiti..
Merindui-Mu mengajar aku erti SEKSANYA RINDU...
Allahu Rabb..


Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum buat semua sahabat Anna yang amat disayangi..
hmm..dah lama tak post kat blog ni kan?
Kali ini Anna nak kongsi sedikit tentang PELAMIN..
huhuhu..PELAMIN? haa..ana nak show sedikit antara contoh PELAMIN yang cantik..
hmm..mungkin post kali ni boleh membantu bagi pasangan2 di luar sana yang tak lama lagi nak MENDIRIKAN MASJID..hehe
kot kot ada yang berkenan di hati..bleh la tempah kat sini..
cantik tak? cantik kan?...huhu..nak tengok lagi?
klik sini sekarang..

Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...