kelanatinta

Tahukah anda, mendedahkan mata kepada cahaya matahari tanpa pelindung mata yang sesuai boleh menyebabkan beberapa perkara berikut berlaku :

* Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata

* Menyebabkan lapisan sensitif dalam mata terbakar tanpa disedari

* Kerosakan pada hujung saraf

* Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)

Kesan ini terjadi bukan saja disebabkan cahaya boleh nampak, misalnya dari matahari, tetapi juga dari cahaya tidak boleh nampak (tenaga) seperti Infra Merah (IR) dan Ultra Ungu (UV).

Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan ‘sunburn’ (kesan pada kulit disebabkan panas matahari). IR pula boleh merosakkan tisu kanta mata dan kesannya mata akan menjadi kabur.

Kerosakan mata yang dialami kesannya akan dapat dirasakan beberapa jam kemudian, antaranya mata mula berasa pedih, berair dan menjadi kabur.

Tahap kerosakan mata seseorang yang melihat matahari tanpa alat pelindung bergantung selama mana pendedahannya kepada cahaya berkenaan.

Oleh kerana itu, ada dua kaedah untuk melihat atau mencerap matahari, iaitu menggunakan penuras yang direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop/binokular atau cermin kecil.
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
"Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." - Surah Ali Imran: 104

Meniti hari dengan penuh kesan dakwah dihati memang sungguh menceriakan. Lebih-lebih lagi apabila yang berjuang seiring itu adalah sahabat sejati. Kadang-kala saya terfikir, apakah kerana persahabatan itu dakwah berjalan dengan lancar tanpa secalit noda. Bahkan berkali-kali saya terfikir… Andai itu benar, berkali-kali saya merasakan kemalasan untuk menghadiri sesetengah meeting dek kerana segolongan manusia yang saya tidak gemar pembawakannya.

Berkali-kali juga saya meneropong diri. Kadang-kala saya menemui titik awal masalah, tetapi kebanyakannya saya buntu. Bila saya buntu, saya akan terus berfikir dan berfikir. Sehinggakan jika terjaga pada waktu tengah malam juga, fikiran saya terimbas akan sesetengah perkara itu.

Pada pandangan saya, ukhuwwah itu merupakan titik tolak runtuhnya sesebuah organisasi. Mengapa saya berkenyataan begitu? Anda pernah terfikir mengapa sesebuah parti politik boleh kehilangan ahlinya dek kerana lompat parti? Ahh.. anda fikir sendiri.

Saya merasakan bahawa ukhuwwah itu hanyalah salah satu nikmat dan ujian dalam berdakwah. Sungguh nikmat jika ada sahabat yang boleh sama-sama tegur-menegur akan kesalahan kita. Alangkah nikmatnya jika ada sahabat yang mampu seikhlas hati menolong di dalam kesusahan persis Khulafa’ al Rasyidin... Nikmatnyaa...

Tetapi, alangkah malangnya jika sahabat yang dianggap sahabat menconteng arang kemuka kita. Menikam terus kedasar hati lalu kita rebah lalu tidak bangun-bangun kembali. Dan saat itu, apakah kerana sahabat yang tidak berperikemanusiaan itu kita jatuh lalu terbuang ke satu daerah yang jauh dan sangat jauh dari trek dakwah itu sendiri? Apakah? Apakah?

Ya jika anda telah menjadi hamba UKHUWWAH tetapi buka hamba ALLAH.

Saya selalu terfikir. Saya berdakwah dan terlibat dengan dakwah bukan kerana ukhuwwah tetapi kerana Allah. Saya dipanggil Allah untuk terlibat di dalam dakwah, bukanya dipanggil oleh ukhuwwah.

Saya juga pernah beberapa kali jatuh dalam medan ini. Berkat pertolongan Allah, saya bangun kembali dan apabila saya menoleh kembali kebelakang, saya tersenyum dan berkata apapun takkan mampu mengatasi kuasa Allah dalam menjatuh bangunkan manusia...

WALLAHU ’ALAM..
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Alhamdulillah tepat jam 11.30 pagi tadi...
selesai sudah jawab exam Lembaga Jururawat Malaysia(LJM)...
syabas dan tahniah buat semua sahabat seperjuangan yang berjaya menjawab exam tadi dengan jayanya...insyaAllah, moga2 kita semua beroleh keputusan yang jayyid untuk exam ni..amin..
penuh debaran menanti tarikh hari ni...dan juga penuh penasaran menanti pengakhirannya...
Exam Lembaga Jururawat Malaysia inilah yang menjadi penentu career Anna...
Lulus exam ni..InsyaAllah Anna automatik akan menjadi seorang Staff Nurse(SN Anna)...hehehe..
amin..moga-moga Lulus dengan cemerlang (doakan Anna ye)...
hmm...kalau dah habis exam LJM ni..bermakna...Anna juga dah tamat belajar untuk peringkat ini..
bermakna...dalam miggu ni jugak, Anna akan balik ke kampung buat selamanya...
meninggalkan kolej dan sahabat2 disini...sedihnyer...
rasanya, tak ready lagi nak tinggalkan sahabat2 kat sini...aduhai, indah ukhuwah bersama mereka..
tetapi, hidup perlu diteruskan, perjuangan perlu diteruskan, dakwah perlu disebarkan, kan?
perancangan perlu diteruskan agar mengikut plan..huhu..

harapnyer selepas ni semuanya kembali berjalan dengan lancar..
dapat lagi kembali menulis kat blog ni..lama sudah tak post something kat blog ni..
rindu jugak nak kembali berkongsi ilmu dengan semua sahabat disini...huhuu..
sambil menunggu result exam LJM lagi sebulan...macam2 bleh dilakukan...
insyaAllah..moga apa yang dirancang berjalan lancar...






Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...