kelanatinta


Biasakan kita dengar orang selalu sebut ‘give and take’? senang untuk mengatakannya tetapi sukar untuk dilaksanakan…setuju tak?

Apa itu ’Give and Take’? bagi ANNA ‘Give and Take’ itu sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Kenapa? Penting kerana…jika tiada ‘Give and take’ ini, kita akan mudah terasa dan mudah terbeban dengan perasaan dan emosi kita sendiri. Kita akan rasa diabaikan dan tidak dihargai. Setuju tak? Ini kerana kita hanya mahukan kemahuan kita sahaja dipenuhi..tapi..bagaimana pula dengan kemahuan orang lain? Pernah kita fikirkan?

Memberi a.k.a ‘Give’.

Ada sesetenagh diantara kita ini mempunyai sikap yang sangat suka memberi (benda, cnth:jam,belanja makan etc) kepada sahabat-sahabatnya. Memang habitnya mungkin. Kadang-kadang dalam situasi yang lain ‘memberi’ a.ka. ‘give’ boleh dikatakan dia sentiasa menegur atau memberi nasihat kepada kawan-kawan atau teman-temannya.

Menerima a.k.a ‘Take’.

Ada pula sesetengah antara kita ini yang memang senang hati menerima pemberian orang lain. Mungkin dengan niat untuk membahagiakan si pemberi. Dalam situasi yang lain pula, dia juga senang untuk menerima nasihat atau teguran yang diberikan kepadanya.

Realiti.

Dalam kehidupan kita sekarang, ramai diantara kita yang hanya ‘memberi’ saja…dan ada pula yang hanya suka ‘menerima’ saja…perasan tak? Cuba kita fikirkan semula…susah untuk kita nak ketemu dengan orang yang benar-benar mengamalkan kedua-duanya atau balance kan? Ramai yang hanya pandai bercakap, contohnya : “Ala..kene pandai give and take la..”.

Bagi ANNA ‘give and take’ yang sebenar ialah bila mana seseorang itu dapat balance kedua-duanya. Bukan hanya suka memberi saja…atau hanya suka menerima saja..betul tak? Jadi, ayuh kita fikirkan semula..kita ini di golongan yang mana? Suka memberi? Suka menerima? Atau kedua-duanya berjaya kita aplikasikan dalam kehidupan kita? Apa pendapat antum tentang ‘Give and Take’ ni?

boleh juga komen disini

Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...