kelanatinta
hmm..sekarang susah sket nak update blog....
Anna mintak maaf ngan sahbat2 semua...
jarang sket nak update citer terbaru..buzy dengan buku ja sekarang nih...
16 jam dengan buku ja...tak cayer? percayalah...
16 jam..bagi Anna satu masa yang pendek untuk study + ibadah + aktiviti..
cukup ka tuh? hmmm...
lagi 8 jam? Anna peruntukkan untuk ibadah + tidor (rehat..)
insyaAllah..yang pasti masa untuk KEKASIH Anna yang SATU pasti ada..
itu WAJIB!! (kalo tak nanti Anna rindu ngan Rabbi..)
Anna sekarang sedang berusaha untuk prepare diri untuk final exam..
the MOST important FINAL EXAM on 23 Jun 2010..
hmm..only 2 weeks more...huh..tak tau lagi tahap confident sampai maner dah la ni...
confius pun ader jugak ni..takut+cemas+yakin..semua bercampur aduk..adoi..
dalam 16 jam tu jugak kene bahagi masa untuk berulang ke IJN..
jaga bonda yang tersayang di sana( bonda sakit..doakan bonda Anna ya ;-(..)
itu yang tak dan nak post citer terbaru...
Mohon doa dari sahabat semua agar Anna bisa lalui semuanya dengan tenang dan dipermudahkan segala urusan...
insyaAllah..jika ada kesempatan..Anna pasti akan update citer terbaru..huhu
Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Anna...
CINTAKU hanya pada yang SATU!!
Tiada apa yang boleh merampas cinta Anna kepadaNya...tiada!!
Tiada CINTA yang ANNA harapkan, selain dari CINTANYA..

Allah..
Anna tahu CINTAMU selalu ada untuk Anna..
Anna nak CINTAMU!!
Cinta manusia? Sungguh menyesakkan..sungguh melalaikan...
Anna tak berani untuk Cinta itu..Anna tak menagih Cinta itu..

Rabbi..
Tetapkan hati Anna dalam mencari CINTAMU..
Anna tak mahu berpaling dari CINTAMU..tak mahu!!
Anna damai dan tenang bila bersamaMU..
Hati Anna gembira dan bahagia bila selalu bersamaMu...
Hati Anna terisi bila sentisa bertasbih menyebut namaMu..

Anna tak yakin..
Jika bercinta dengan cinta selain cintaMU..
Anna akan dapat kebahagiaan dan kedamaian seperti mencintaiMU ini..
Bantu Anna Ya Rabbi..
Anna ingin rasa cinta ini kekal buat selamanya...

Andai telah tercipta seorang mujahid untukku..
Anna mohon Ya Rabbi..
Biarkan Cintanya kepadaMu juga tinggi melebihi cintanya kepada manusia..
Anna mohon agar Cintanya yang tinggi itu mampu membawa Anna lagi dekat denganMu..
Jangan KAU jadikan cintanya musibah kepada cintaku kepadaMU..
Mati Hidup Anna telah Anna serahkan pada yang SATU..
CINTA Anna, CINTA yang SATU...


Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Ya Tuhan..ANNA mohon padaMu..
kau lindungi ibuku..rahmatinya, berkatinya dengan rahmatMu..
ANNA sayang ibu..
Tenangkan hati ibuku, tenangkan hati kami dalam menghadapi ujianMu..
Kuatkan semangat ibuku, kuatkan semangat kami dalam menghadapi detik cemas ini..
Sesungguhnya, kami berpegang dan yakin pada janjiMu..
kuatkan IMAN kami dalam mengharunginya..
jadikan hati kami sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinannya..
hanya padaMu kami memohon..
hanya padaMu tempat ANNA mengadu..
hanya padaMu ANNA meminta...
Allah..Allah...Allah...
Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Hanya yang bernama guru, yang selalu mendidikku..
Hanya yang bernama guru, selalu memberi dan berkongsi ilmunya dengan anak didiknya..
Hanya yang bernama guru, yang sanggup berkorban menerangi jalan anak didiknya..
itu semua hanya ada pada seorang GURU...
GURU..aku mohon segala ilmu yang telah kau berikan dan bakal beri padaku, dihalalkan dan kau redhai dengan anak didikmu ini..
"SELAMAT HARI GURU"
p/s: Ini adalah khas buat semua guru yang pernah mengajar ANNA (di Sek. Fatimah Az-Zahra, SK Wira Jaya, SK Mejar Jeneral Dato' Ibrahim, SK Bandar Mentakab, PAFA Tentera kem Batu 3, SBPI Temerloh dan Masterskill University of Health Sciences)..dan buat semua guru di dunia secara amnya..
Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Alhamdulillah...berakhir sudah tour di Penang..
Emm..agak2nya masih ingat lagikah apa yang ANNA janjikan pada antum semua ya?
masih ingat lagi pada SURPRISE yang ANNA janji untuk kongsi ngan antum semua?
mesti ramai yang tertanya2 mana post ANNA nih kan? huhu..
Jom..ana ceritakan sedikit...
Orang yang ANNA maksudkan adalah.....
UMMI baru!..Alhamdulillah...akhirnya abah ANNA telah berjumpa dengan wanita yang bakal menenaminya melayari bahtera kehidupan yang baru...insyaAllah..
UMMI ini..alhamdulillah...bagi ANNA dia seorang yang mencukupi syarat2 yang ANNA pernah nyatakan pada post yang dulu...
Apa dia? semak la semula post Ahli Keluarga Baru ya...
Mula2 untuk berjumpa dengan orang baru ni...satu perkara yang mendebarkan bagi ANNA..
almaklumlah..orang yang baru first time kita nak jumpa dan nak kenali...
namun, semuanya berjalan dengan lancar..
Alhamdulillah...syukur dengan nikmat Tuhan yang tak pernah putus...
Jadi..rasa2 nya...dah terleraikah apa yang bermain di fikiran antum semua tentang siapa orang yang dimaksudkan sebelum ni? hehehe...
huh..ada yang menyatakan bakal suami ana la..ada yang menyatakan ana dah nak kahwin la..
walau apapun..syukran diatas segala ucapan dan doa yang diberikan ya...
tentang diri ANNA, insyaAllah dah sampai jodohnya..insyaAllah...
moga2 dipermudahkan segala urusannya...amiin..
Labels: 3 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta


Alhamdulillah...hari ni kami semua menyambut Nurses day...yang ke berapa? ANNA pun tak tahu...hehehe..
Seronok...dapat bunga! cantik! Memang ciptaan Allah itu semuanya cantik2..Subhanallah..
first time ANNA dapat bunga...happy..sambut ramai2 ngan all nurses...
rasa macam dah graduate je...tapi perjuangan masih lagi belum selesai...


So..to all nurses out there, ANNA wish u all HAPPY NURSES DAY!
Hope ALL the MUSLIM nurses will be a good, a successfull nurse whever you are...
Dont forget to be a EXCELLENT MUSLIM nurses...
Remember my friends,
wherever we are, we must do our duty honestly, sincerely lillahi ta'ala...
May God Bless we all in everything we do..insyaAllah...

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

IBU...
Kau inspirasi hidupku..
IBU..kau kekasih hatiku..
IBU..kau penyuluh hidupku..
Jatuh bangunku, kau selalu ada untukku..
Semangatmu, memberi semangat baru dalam setiap nafasku..
Doamu yang selalu ku pohon, tak pernah lekang dalam doa harianmu untukku, anakmu..

IBU..
Kaulah segalanya untukku..
Tiada dua ibu dihatiku..
Hanya kau ibu yang satu..
IBU..kaulah RATU di HATIku..
Ketahuilah wahai ibuku...
Anakmu ini amat menyayangimu...
IBU...SELAMAT HARI IBU!!

p/s: Ayuh wahai sahabatku semua...apa kita ingat akan pengorbanan ibu kita yang selama ini membesarkan kita dengan penuh kasih sayang? Apa kita ada melukakan hati ibu kita?
belum terlambat bagi kita untuk meminta maaf dan ampun kepada mereka..
Ingatlah kita semua..sesungguhnya syurga kita sebagai seorang anak yang dijaganya adalah terletak dibawah telapak kaki ibu...wallahu..
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Matiku untuk AGAMAKU, cintaku untuk TUHANKU, rindu dan sayangku hanya untuk kekasihku, NABIKU..
apa ada cintaku pada manusia? semua itu tidak menjamin apa2..
tiadanya cinta manusia dalam hatiku..
yang aku buru cinta tuhanku, cinta yang membawa aku ke syurgaNya...
cinta manusia? melupakan aku pada cinta dan kekasihku yang satu..
Apa betah cinta manusia itu melumpuhkan cintaku kepada yang satu? Ah, jika ada..itu cinta yang membawa musibah padaku, agamaku dan kepada cintaku yang satu..

apa perlu aku mencari2 cinta manusia yang tak pasti?
TIDAK perlu! Aku lebih cintakan KELUARGAKU..ya, keluargaku..
hanay mereka cinta manusia yang aku tagih dan aku perlukan...yang lain?
TIDAK perlu! cinta dari lelaki? TIDAK perlu!
jadi, nak kata apa? kolot? ketinggalan zaman? hipokrit? silakan..
terpulang..aku hanya dengan CINTAKU YANG SATU..itu yang aku tagih..
CINTA DIA yang aku mahu...

wahai mujahidah! wahai sahabat2!!
apa yang kita agungkan pada cinta seorang manusia? apa? katakan?
apa yang meraka dapat jamin untuk kita? nyatakan..
adakah kerana HARTANYA? KEMEWAHAN yang mampu menghancurkan cinta kita kepada ibu bapa kita yang paling layak untuk segala2nya? pada keluarga kita? pada KEKASIH kita YANG SATU? pada CINTA kita yang HAKIKI? nah!,..jangan nak berfikir panjang dalam soal hati dan perasaan..kerana lama2 kita fikir dan layan persoalan yang tak pernah putus dalam hati kita tantang CINTA ini..akhirnya kita juga yang akan kecundang di tengah jalan..
tanyakan pada IMAN kita..apa PRINSIP hidup kita sebagai khalifah ALLAH?
Adakah prinsip itu berdasarkan syariat sejajar dengan ISLAM, AGAMA kita?
YA? apa lagi? teguhlah kita dengan prinsip kita..
TEGUH! JANGAN GOYAH! JANGAN GENTAR PADA PRINSIP YANG BENAR!
ayuh! ANNA seru pada semua sahabat2, mujahid2 dan mujahidah2 seluruhnya..bangkit! bangkit dari kelalaian dan angan2...
berpeganglah pada yang satu: "Mahasuci Tuhan kami; sungguh, janji Tuhan kami pasti dipenuhi."(Al-Isra':108)
subhanallah...alhamdulillah..allahuakbar..
Labels: 2 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum wbt..kepada semua sahabat2 yang mengenali ANNA(terutamanya di Masterskill)...

Untuk makluman semua, Persatuan MIM(Mahasiswa Islam Masterskill) akan mengadakan program Qiamullail seperti yang kita akan adakan selalu..tetapi ada perbezaan untuk kali ni..

Apa dia perbezaannya?
Kali ini, kita menggunakan konsep santai..iaitu, akan diadakan BBQ dan sekaligus dengan pengisian rohani...insyaAllah...

Bila? Dimana?
Pada 6 Mei 2010, jam 7.30 malam
Program ini akan dijalankan di surau lelaki dan perempuan tingkat 2 dan tingkat 3...
BBQ? tentu saja di bangunan belakang LHG...

Apalagi..jomlah kita semua beramai-ramai ke program ini!!
Nak join? Jom kita daftar nama di kaunter yang di buka di booth belakang(post Guard belakang)...
Kaunter di buka dari jam 10 pagi sehingga 4 petang...insyaAllah..
Segala pertanyaan boleh bertanya di kaunter pendaftaran..

p/s:Ayuh, sama-sama kita mengisi waktu kita yang terhad dengan merendahkan diri kita sebagai hambaNya untuk beribadah kepadaNya...memohon ampun dan redhaNya...insyaAllah...kita berjumpa nanti di malam program...insyaAllah...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta


Biasakan kita dengar orang selalu sebut ‘give and take’? senang untuk mengatakannya tetapi sukar untuk dilaksanakan…setuju tak?

Apa itu ’Give and Take’? bagi ANNA ‘Give and Take’ itu sangat penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Kenapa? Penting kerana…jika tiada ‘Give and take’ ini, kita akan mudah terasa dan mudah terbeban dengan perasaan dan emosi kita sendiri. Kita akan rasa diabaikan dan tidak dihargai. Setuju tak? Ini kerana kita hanya mahukan kemahuan kita sahaja dipenuhi..tapi..bagaimana pula dengan kemahuan orang lain? Pernah kita fikirkan?

Memberi a.k.a ‘Give’.

Ada sesetenagh diantara kita ini mempunyai sikap yang sangat suka memberi (benda, cnth:jam,belanja makan etc) kepada sahabat-sahabatnya. Memang habitnya mungkin. Kadang-kadang dalam situasi yang lain ‘memberi’ a.ka. ‘give’ boleh dikatakan dia sentiasa menegur atau memberi nasihat kepada kawan-kawan atau teman-temannya.

Menerima a.k.a ‘Take’.

Ada pula sesetengah antara kita ini yang memang senang hati menerima pemberian orang lain. Mungkin dengan niat untuk membahagiakan si pemberi. Dalam situasi yang lain pula, dia juga senang untuk menerima nasihat atau teguran yang diberikan kepadanya.

Realiti.

Dalam kehidupan kita sekarang, ramai diantara kita yang hanya ‘memberi’ saja…dan ada pula yang hanya suka ‘menerima’ saja…perasan tak? Cuba kita fikirkan semula…susah untuk kita nak ketemu dengan orang yang benar-benar mengamalkan kedua-duanya atau balance kan? Ramai yang hanya pandai bercakap, contohnya : “Ala..kene pandai give and take la..”.

Bagi ANNA ‘give and take’ yang sebenar ialah bila mana seseorang itu dapat balance kedua-duanya. Bukan hanya suka memberi saja…atau hanya suka menerima saja..betul tak? Jadi, ayuh kita fikirkan semula..kita ini di golongan yang mana? Suka memberi? Suka menerima? Atau kedua-duanya berjaya kita aplikasikan dalam kehidupan kita? Apa pendapat antum tentang ‘Give and Take’ ni?

boleh juga komen disini

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...