kelanatinta

Yang mana satu tangisan kita??

Post kali ini, annabadi nak kita fikir untuk apa tangisan kita? Untuk siapa tangisan kita selama ini? Ayuh sama-sama kita fikirkan…


AIR MATA
ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis permata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.


Penghuni syurga
ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.

Perindu akhirat
pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Sekarang fikirkan tentang diri kita. Selama ini kita menangis untuk apa? Air mata kita untuk apa? Sudah pasti air mata kita untuk kekasih kita, pakwe/makwe yang sangat kita sayangi. Yang mana mereka melukakan hati kita, menyakitkan hati kita, menyedihkan kita ,bergaduh lah, macam-macam lagi kan? Betul tak? Ayuhlah tak perlu dinafikan lagi, memang itulah kebenarannya di zaman sekarang ini.

Sayangnya, sangat sedikit untuk kita menangis atau mengeluarkan air mata kita kerana Allah. Mengeluarkan air mata kerana takut dengan AZAB yang ALLAH janjikan. Sunnguh! Menyedihkan! Ayuh sahabat! Fikirkan semula semua ini.
Perkara ini jarang kita fikirkan.

Tatkala kita menangis,hanya berlandaskan emosi kita semata. Semuanya sia-sia! Tak mendatangkan apa-apa. Tapi tahukah kita, menangis kerana Allah itu adalah ibadah yang sangat Allah suka. Menangis kerana Allah dapat melembutkan hati kita untuk terus mendengar nasihat dan membentuk hati kita.


Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”


Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”


Ayuh sahabat! Jadikan diri kita ini menangis kerana memikirkan tentang ibadah kita. Risaukan tentang ibadah kita. Fikirkan keadaan kita bila bertemu dengan Kekasih kita, Cinta kita yang satu nanti yakni ALLAH s.w.t.

Tak malukah kita nanti, bila bertemu dengan DIA dalam keadaan yang tak pernah nak menyesali atau menangisi ibadah kita sepanjang kita hidup ini?
Apa kita fikir, nanti dah jumpa DIA baru nak menangis? Masa tu dah tak bermakna, kita akan ditunjukkan dengan amalan kita yang tak seberapa, dan kita akan menyesal. Masa tu, jika kita pohon pada ALLAH untuk kembali ke dunia untuk melakukan beribadah pada DIA pun dah tak guna. Semuanya sudah TERLAMBAT!

Maka jadilah kita orang yang akan menghuni NERAKA kerana tak cukup amalan kita! Mahu? PASTINYA KITA TAK MAHU!
Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun ALLAH SWT telah berfirman,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan. Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa.

Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”


p/s: Mereka boleh menangis tersedu sedan mengenangkan azab Allah, menangisi kejahilan diri..kita pula? Tanya semula IMAN kita..tanya! Jangan nanti kita menyesal di kemudian hari..Allahualam..
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...