kelanatinta
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
(al-Hujurat:13)

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya (H.R al-Hakim)

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’



Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya (H.R Abu Daud)


Bak kata pepatah Arab, Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.
p/s: Alhamdulillah...sahabat2 ku amat memahami dan banyak menyokong dalam kehidupanku..thanks alot kepada semua sahabat...sayang kamu semuanya..bagaimana anda?



Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Yang mana satu tangisan kita??

Post kali ini, annabadi nak kita fikir untuk apa tangisan kita? Untuk siapa tangisan kita selama ini? Ayuh sama-sama kita fikirkan…


AIR MATA
ada kalanya penyubur hati, penawar duka dan ada kalanya ia menjadi buih kekecewaan yang menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor yang berlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada ALLAH SWT persis permata indah yang bergemerlapan terpancar dari segala arah dan penjuru.


Penghuni syurga
ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi ALLAH SWT dan RasulNya, bukan semata-mata kerana harta dan kedudukan serta hal duniawi. Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.

Perindu akhirat
pula menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil… alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia). Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung akhirat yang dirasakan dekat, mengalirlah air mata keinsafan mengharap kemenangan serta rindu akan RasulNya.

“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr:20)

Sekarang fikirkan tentang diri kita. Selama ini kita menangis untuk apa? Air mata kita untuk apa? Sudah pasti air mata kita untuk kekasih kita, pakwe/makwe yang sangat kita sayangi. Yang mana mereka melukakan hati kita, menyakitkan hati kita, menyedihkan kita ,bergaduh lah, macam-macam lagi kan? Betul tak? Ayuhlah tak perlu dinafikan lagi, memang itulah kebenarannya di zaman sekarang ini.

Sayangnya, sangat sedikit untuk kita menangis atau mengeluarkan air mata kita kerana Allah. Mengeluarkan air mata kerana takut dengan AZAB yang ALLAH janjikan. Sunnguh! Menyedihkan! Ayuh sahabat! Fikirkan semula semua ini.
Perkara ini jarang kita fikirkan.

Tatkala kita menangis,hanya berlandaskan emosi kita semata. Semuanya sia-sia! Tak mendatangkan apa-apa. Tapi tahukah kita, menangis kerana Allah itu adalah ibadah yang sangat Allah suka. Menangis kerana Allah dapat melembutkan hati kita untuk terus mendengar nasihat dan membentuk hati kita.


Tangis adalah basahan hidup. Justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis.. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah SAW, “Ada titis yang ALLAH SWT cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH SWT.”


Nabi Muhammad SAW bersabda “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.” Seseorang Hukama pernah bersyair, “Aku hairan dan terperanjat melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan.”


Ayuh sahabat! Jadikan diri kita ini menangis kerana memikirkan tentang ibadah kita. Risaukan tentang ibadah kita. Fikirkan keadaan kita bila bertemu dengan Kekasih kita, Cinta kita yang satu nanti yakni ALLAH s.w.t.

Tak malukah kita nanti, bila bertemu dengan DIA dalam keadaan yang tak pernah nak menyesali atau menangisi ibadah kita sepanjang kita hidup ini?
Apa kita fikir, nanti dah jumpa DIA baru nak menangis? Masa tu dah tak bermakna, kita akan ditunjukkan dengan amalan kita yang tak seberapa, dan kita akan menyesal. Masa tu, jika kita pohon pada ALLAH untuk kembali ke dunia untuk melakukan beribadah pada DIA pun dah tak guna. Semuanya sudah TERLAMBAT!

Maka jadilah kita orang yang akan menghuni NERAKA kerana tak cukup amalan kita! Mahu? PASTINYA KITA TAK MAHU!
Kita gembira jika apa-apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka. Namun ALLAH SWT telah berfirman,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak dikemudian hari kerana engkau belum tahu nasibmu dihisab kanan atau hisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, meyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa’at Rasulullah SWT yang dikasihi Tuhan. Ibnu Mas’ud r.a berkata, “Seseorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur , dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya diwaktu orang lain ketawa.

Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai bersuara keras dan marah.” Tanyakan kepada orang-orang yang soleh mengapa tidak berhibur. “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur dihadapan kami dan perhentian kami ialah ALLAH SWT”


p/s: Mereka boleh menangis tersedu sedan mengenangkan azab Allah, menangisi kejahilan diri..kita pula? Tanya semula IMAN kita..tanya! Jangan nanti kita menyesal di kemudian hari..Allahualam..
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Cinta itu ada pelbagai definisi bergantung kepada pengamatan dan penerimaan seseorang. Tak hairan jika kita tengok , kita baca di mana-mana artikel atau buku, berbagai-bagai maksud cinta diberikan. Semuanya makna cinta yang diberikan itu ada benarnya mengikut suasana dan keadaan CINTA ketika itu. Betulkan?

Tapi kebanyakan di kalangan kita, definisi cinta yang diberi atau yang diyakini itu hanya bersandarkan pada duniawi semata-mata atau lebih mengutamakan kebahagiaan duniawi semata-mata. Contoh?

1) CINTA itu adalah kebahagiaan dan keindahan yang tak mampu digambarkan rasanya.

2) Punya kekasih itu(baru kekasih, belum lagi jadi suami/isteri), seperti melengkapkan kehidupan kita sepenuhnya, bahagia bila bersama dengan orang yang kita sayangi.

3) CINTA yang berkekalan adalah cinta yang disulam dengan rasa jujur dan saling percaya antara satu sama lain.

Agak-agaknya setelah membaca ayat-ayat diatas, apakah yang anda fikirkan? Benarkah ianya CINTA yang berlandaskan duniawi semata-mata? Atau masih juga nak menafikannya? Ayuhlah sahabatku semua, kita ini sebenarnya tahu apakah sebenarnya CINTA yang dimaksudkan di atas ini kan? Tetapi, mengapa kita masih lagi ingin meneruskannya atau mahu mencubanya? Bukan itu sudah jelas? Itu NAFSU! Kita sedar tapi masih lagi mahu lakukannya? Ayuh, sedarkan hati kita!!

Firman Allah s.w.t, maksudnya:

“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya”. (surah Qaf:37)

Definisi cinta sebenar??

Bila bicara tentang CINTA…

Membuatkan aku malu dengan ucapan sendiri…biarpun lidah sudah menghurai dengan jelas, tapi hati masih lagi penasaran…padahal, pena begitu tergesa-gesa menuliskannya…kata-kata akan terucap indah walaupun pahit…dalam menjelaskan cinta, akal kita akan terbaring tidak berdaya…akhirnya, cinta sendirilah yang menerangkan cinta dalam percintaan yang sebenar…

Orang yang benar2 kenal dan beradab akan malu kepada Allah, dan cintanya hanya tertumpu pada Allah. Bila cinta pada Allah sudah penuh dalam hatinya, akan tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu. Jika hati atau cinta itu diberikan pada manusia akan dirobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya.

Oleh itu, seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah,pada Rasulullah SAW dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya. Itulah perletakkan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat.

"Katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga-keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiaannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya."

(At-Taubah:24)

Kita ini sibuk dengan makna cinta ciptaan kita. Tetapi, apakah kita fikir, malu kita dengan Sang Khaliq Yang Maha Mulia? CINTA UTAMA kita? Astaghfirullah..Hanyut kita dengan perasaan cinta sendiri. Jadi, ayuh kita fikirkan semula CINTA kita! Apa makna sebenar cintamu?? Cinta ILLAHI atau cinta DUNIAWI??

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s'gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang s'lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... s'lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

hati:Ayuh jadikan CINTA kita hanya SATU kepada DIA yang pemilik CINTA sebenar..
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Berubahkah aku hanya bila ada sesuatu
Terus aku pulang pada sikap sebelum kuberubah
Hanya sekedar sesuatu tak berapa lamapun itu
Jarang kuterendap dalam sikap dimana kuberubah

Reff :
Tuhan aku hanya manusia
Mudah berubah lagi dalam sekejap
Tuhan aku ingin berubah
Dan kubertahan dalam perubahanku

hati:Ya Allah bantu aku untuk berubah..
supaya aku istiqamah dalam perubahanku..
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Siapa menanam bibit CINTA, orang lain akan mencium aromanya. Titik-titik wangi akan keluar dari liang-liang hati. Langkahpun terasa ringan. Semua Nampak mudah. Tapi, jalan menuju CINTA sama misterinya dengan CINTA itu sendiri. Adakah kita semua setuju dengan ungkapan ini? Saya setuju…kenapa?

Cinta itu…cinta ini…realiti cinta macam ni…orang kata kalau kita bercinta…hmm..rata-rata, dimana-mana semuanya tak lari daripada perkataan CINTA. Remaja terutamanya, sibuk dengan hal cinta. Tak percaya? Tengok di sekeliling anda sekarang? Dengansiapa mereka sekarang? Apa yang mereka bualkan sekarang? Tak banyak, pasti ada juga sedikit yang mereka bualkan tentang CINTA. CINTA. CINTA.

Apa yang ada dengan cinta yang sibuk semua sedang perkatakan tu? Ada apa dengan CINTA mereka itu? Rahsia apa yang hebat sangat, sehinggakan semuanya bicarakan tentang CINTA? CINTA? CINTA?! Perkataan yang mampu membahagiakan, mampu merosakkan, mampu membuatkan seseorang menemui kejayaan dan juga mampu membuatkan seseorang manusia menjadi insan yang paling rugi. Hebatnya CINTA ni kan? Memang tak dinafikan CINTA adalah segalanya.

1) Bila rindu ku sebut namamu

2) Sehari tak jumpa bagaikan setahun

3) Demi cintaku paadamu, 7 gunung sanggup ku daki, lautan api sanggup kurenangi

4) Everything I do, I do it for you

5) Keranamu, makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah

6) Jika tak percaya, belah lah dada, tanya hati

7) Kau kekasih awal dan akhir!

8) Kau adalah nyawaku!

9) Aku tak boleh hidup tanpamu!

10) Tanpamu siapalah aku...

Pernah dengar kan? Atau sudah biasa sangat dengarnya kan? Ungkapan-ungkapan inilah yang biasa dikatakan oleh remaja-remaja, anak-anak muda sekarang, bahkan yang lebih tepat adalah sahabat-sahabat kita. Dengar saja ungkapan ni, kita sudah bahagia dengan alam maya kita, mambayangkan kebahagiaan yang tak terhingga. Astaghfirullah…ayuhlah sahabat semua, apa yang kita dapat berada dalam alam fantasi yang kita cipta sendiri? Apakah jaminan yang kita peroleh? Adakah kebahagiaan yang berlandaskan duniawi semata dan melupakan tentang akhirat itu akan kekal bahagia? Saya amat yakin semuanya sudah pasti dengan jawapannya…TIDAK AKAN KEKAL

Ayuh kita sama-sama tanya pada diri kita, tanya pada HATI kita tentang CINTA kita nih. Benarkah CINTA yang kita rasakan ni? Apa ini CINTA yang kita inginkan untuk bekalan kita sehingga ke akhir hayat kita? Yakinkah kita dengan CINTA kita sekarang ni? Ayuh saya mengajak semua untuk fikirkan semula tentang CINTA, hayati CINTA dengan sebenar-benar penghayatan...

Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Assalamualaikum. semua dijemput hadir utk bersama-sama memeriahkan Perarakan Maulidurasul dan Nyanyian Selawat pd 25/3/10 (khamis) bermula jam 7.30 pagi. pelbagai aktiviti menarik dijalankan:

1. Pertandingan menulis esei dgn tema Rasulullah, kekasihku.
2. pertandingan kuiz maulidurrasul
3. pertandingan sepanduk antara hostel
4. pertandingan ketua kontinjen hostel terbaik
5. perarakan mengelilingi masterskill & tmn kemacahaya
6. ceramah maulidurrasul

semoga dgn kehadiran anda, kita akan mndpt manfaat yg baik dan seterusnya beroleh pahala drpd Allah swt. mari tunjukkan kehadiran kita beramai2 sbg membuktikan kekuatan Islam dan menyatakan cinta kita kpd agama ini. kehadiran semua amat dialu2kan...ayuh semua sahabatku....
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

For The Rest Of my Life
by Maher Zain
I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you

I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

p/s: I'm dedicated this song for all my friends in the world..
may God bless all of us in everything we're doing...insyaAllah...

hear this song now!..http://www.youtube.com/watch?v=t2Uf-X9luhw

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...