kelanatinta

baru-baru ni ada terbaca tentang satu artikel...

macam menarik...

ni yang nak kongsi dengan semua...

apa pendapat anda??


1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam b
atas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan
di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat
keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang
menyenangkan.Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap
ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang
masalah dan seb
againya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka di
perlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi
kepercayaan.Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik
,bersih,kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut
menghargai dirinya

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau
walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita
tersebut dapat mengimbanginya.Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi
dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius
kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.
Wanita tersebut tah
u menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok
samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai
keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg susah. Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...