kelanatinta

Hmm..nak kongsi dengan sahabat semua tentang pengalaman menjalankan praktikal di Hospital Bahagia Ulu Kinta(HBUK) di Perak baru-baru ni. Sungguh, pertama kali kami menjejakkan kaki di hospital itu, sebelum tiba di hospital, macam-macam perasaan, macam-macam ada dalam fikiran ni. Takut, seronok semuanya ada. Maklumlah, siapa yang tak tahu tempat tu tempat yang macamana? Selalu kita dengar yang bukan-bukan tentang hospital yang dikatakan hospital orang gila ni kan?

Pada hari pertama, kami telah diberi taklimat tentang segala peraturan yang perlu kami patuhi sepanjang berada di HBUK. Rupa-rupanya bukan kolej kami saja yang di hantar untuk menjalankan praktikal di HBUK ni, ada satu lagi kolej, iaitu Nilai College. Kami semua di layan sama rata, tetap dengan peraturan yang telah ditetapkan. Kami semua di bawa meronda hampir ke semua bahagian di HBUK ini. Tak disangka, HBUK ini sangatlah luas, lengkap dengan semua kemudahan infrastruktur. Bahkan tempatnya sangat cantik, selesa, aman dan bahagia, sesuai dengan namanya, yang selalunya digelar dengan nama Hospital Bahagia.

Semua pelatih dibawa untuk melawat dan melihat hampir semua wad yang ada, kecuali wad lelaki. Pada saya, pengalaman pertama kali melihat penghuni-penghuninya sangat menerujakan. Walaupun pertama kali, tapi dah boleh dapat gambaran akan suasana di wad-wad yang lain. Melihat penghuninya, kesian dan simpati pun ada pada mereka. Yelah, mereka tak minta untuk berada dalam keadaan yang macamtu, inilah yang dikatakan takdir untuk mereka.

Kadang-kadang menjerit, kadang-kadang menangis sendiri, tergelak sendiri kadang-kadang reaksi mereka seperti orang yang normal. Namun disebalik semua itu, hanya mereka yang tahu apakah hakikat yang sebenarnya. Kita yang melihat, semuanya hanya luaran mereka sahaja. Mereka ini sebenarnya, adalah manusia yang normal seperti kita semua. Yang membezakan, hanyalah mereka tidak dapat nak mengawal tekanan hidup yang mereka hadapi dengan sempurna. Finally, they have to treat as a psycho patient. But, although they have to take a medication, they are still a person who have feeling like the other people. Kita tak ada hak untuk memulaukan mereka, dengan mengatakan mereka ini ‘orang gila’. Apatah lagi jika kita ini adalah ahli keluarganya.

Mentality orang sekarang, harus diubah. Kita harus faham keadaan yang sebenar tentang kehidupan mereka. Bukan tugas kita untuk menghukum mereka kan? Sepatutnya kita memberi perhatian yang lebih kepada mereka. Dalam tak sedar, perhatian yang kita berikan kepada mereka mampu menyembuhkan mereka. Don’t believe me? Believe it! Nampak memang sukar dipercayai, tetapi itulah hakikatnya.

Sepanjang 2 minggu berada dengan mereka, macam-macam yang saya peroleh dan dapat saya pelajari. Semuanya berkisarkan tentang kehidupan manusia yang selalunya tidak bersyukur dengan nikmat yang tuhan berikan kepada kita. Berada dengan mereka, membuatkan saya befikir, apakah nasib mereka ini akan berterusan begini? Tiada yang mahu mengaku mereka sebagai keluarga? Terbuang dan terasing di hospital ini? Ada diantara mereka yang menceritakan tentang kehidupan mereka dulu-dulu. Ada yang hidup bahagia, tetapi berakhir dengan kedukaan sehinggakan membuatkan mereka tidak dapat menerima kenyataan dalam hidup mereka, dan memaksa mereka untuk membuat perkara yang diluar jangkaan mereka sendiri.

Kebanyakan penghuninya dimasukkan ke HBUK adalah diagnosed as a Schizophrenia(pesakit mengalami hallucination and dellucions dan berasa bahawa pemikiran, perasaan dan tindakannya dipengaruhi oleh orang lain). Atau kata lainnya, patient mendengar ‘suara’ yang mendorongnya untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya. Pesakit seperti ini tidak ingat apa yang dikatakannya, tidak ingat apa yang sebenarnya berlaku malah, dia sendiri tidak faham dengan apa yang dikatakannya.

Nanti ana sambung…
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...