kelanatinta

Petikan dari reformasintifada.blogspot.com

Barat pernah berada di Zaman Kegelapan akibat dari keenganan membuka akal dan mata dan ego serta prejudis terhadap Islam.Hanya selepas Eropah bersedia untuk menerima segala yang berfaedah untuknya, maka barulah terbit cahaya di hujung akal mereka untuk menyalakan Zaman Pencerahan.Kesediaan mereka untuk mengambil apa sahaja yang bermanfaat, telah menyuntik kekuatan kepada Eropah keluar meninggalkan dunia gelap kepada kemajuan yang berterusan hingga ke hari ini.Umat Islam adalah umat yang hebat.Dalam satu episode yang mengagumkanberjaya menguasai dunia dengan ilmu dan tamadun .A.M Lothrop Stoddard didalam The New World of Islam berkata ,” Kebangkitan Islam adalah episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia.Ianya lahir di bumi yang tak terkenal kemudian dalam jangka masa hanya satu abad ia berkembang sehingga menguasai separuh alam.Dalam proses itu ianya meruntuhkan empayar-empayar besar dan serentak dengan itu membentuk hati-hati manusia sehingga akhirnya berjaya menegakkan dunia baru iaitu dunia islam.” (7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin)

Itulah kehebatan empayar Islam di zaman kegemilangan dahulu..

Jururawat IslamBagaimana kita melihat isu Jururawat Islam?Apakah yang dikehendaki oleh Jururawat Islam?Adakah menjadi satu kesilapan jika kita mengambil manfaat dari tokoh jururawat barat Florance Nightingale dan Virginia Herderson yang tidak Islamik?adakah lengkap dengan kita hanya menjadikan tokoh jururawat Nusaybah dan Rufaidah sebagai model kejururawat Islam?

Pendapat inurses,kita perlu kembali kepada fungsi dan tujuan kerjaya jururawat sebelum menjawab persoalan-persoalan tersebut.Fungsi kor Jururawat adalah memberi perawatan
kepada pesakit sehingga mendapat kesembuhan.

NAQAL HIKMAH

Islam pernah menawan 2/3 dunia hanya dalam jangka masa satu abad sahaja.Tamadun yang dihidupkan oleh Islam ini subur digerakkan oleh ciptaan-ciptaan baru,Tradisi keilmuan terus berkembang.Arkitek mampu membina bangunan tinggi yang
melawan gravity.Al-Khawarizmi mencita konsep algebra dan algoritma.Ibnu Sina menemui ubatan baru untuk merawat pesakit.Tidak dinafikan kegemilangan sains dalam tamadun islam mendahului zaman.Persoalannya sekarang,kenapa Eropah yang pernah mengalami zaman gelap sekarang diagung-agungkan sehingga hari ni?dalam tidak sedar Eropah telah menggunakan “hikmah” sebenarnya..

“Hikmah itu adalah barangan yang tercicir (dari tangan) orang
Mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang paling berhak terhadapnya”

Hikmah itu bisa sahaja diertikan sebagai segala perkara baik yang menepati keperluan Mukmin.
Ia pula bukan sahaja sesuatu yang dianggap ‘harus diguna’ malah digesa mengambilnya apabila
ditegaskan betapa Mukmin yang menemuinya menjadi manusia yang paling berhak ke atas
hikmah itu.Maka, apa sahaja yang terbaik dalam segala yang baik, seorang yang beriman mesti memanfaatkannya. Kebaikan tidak mempunyai identiti Timur atau Barat, Utara atau
Selatan.Asalkan pada asasnya tidak melanggar sunnatullah.


Teori 14 keperluan activity daily living (ADL) yang dicetuskan oleh Virginia Henderson akan
membantu pesakit..jadi ianya adalah“hikmah”
• Breathe normally.
• Eat and drink adequately.
• Eliminate body wastes.
• Move and maintain desirable postures.
• Sleep and rest.
• Select suitable clothes-dress and undress
.• Maintain body temperature within normal range by adjusting clothing and modifying
environment
• Keep the body clean and well groomed and protect the integument
• Avoid dangers in the environment and avoid injuring others.
• Communicate with others in expressing emotions, needs, fears, or opinions.• Worship according to one’s faith.
• Work in such a way that there is a sense of accomplishment.
• Play or participate in various forms of recreation.
• Learn, discover, or satisfy the curiosity that leads to normal development and health and use the available health facilities.


"The unique function of the nurse is to assist the individual, sick or well, in the performanc
e of those activities contributing to health or its recovery (or to peaceful death) that he would perform unaided if he had the necessary strength, will or knowledge. And to do this in such a way as to help him gain independence as rapidly as possible" (Henderson, 1966)

Jadi tidak menjadi kesalahan jika kita mengambil prinsip-prinsip dan teori kejururawatan yang
telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh jururawat barat seperti Florance Nightigale dan Virginia Henderson dalam bidang kejururawatan..kerana kita mengambil “hikmah” “segala perkara baik” dari prinsip-prinsip tersebut.Ia akan menepati keperluan dalam memajukan perawatan.Kita
bukan mengagung-agungkan Eropah tetapi kita hanya mengambil “hikmah” untuk kita menjadi lebih maju..lebih kurang menjadikan yang baik itu teladan dan menjadikan buruk itu sempadan.

Kata-kata Imam Malik :“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”

Nilai Islam dalam Kejururawatan
“Pada masa dahulu seorang muslimah itu memainkan peranan dimedan jihad.Ia telahmelakukan kerja memberi minum tentera dan merawat orang yang luka.Bahkan kadangkala seorang wanita itu turut serta menghunus senjata.Contohnya Ummu Nusaibah binti Kaab kerana mempertahankan Rasulullah SAW dalam peperangan Uhud.”(Mustafa mashyur)

RUFAIDAH AL-ANSHARIYAH ATAU AL-ASLAMIYAH
Rufaidah adalah seorang wanita dari suku kaum Aslam dan anak kepada seorang tabib yang terbilang dikalangan kaumnya di Yathrib ( Madinah ) dan juga di Semenanjung Tanah Arab.
Beliau banyak belajar tentang perihal penyembuhan dan perawatan dari bapanya semasa beliaumembantu bapanya merawat pesakit. Rufaidah merupakan seorang gadis yang mempunyai
keperibadian yang mulia,lemah lembut dan bersopan santun. Sifat penyabar,dan penyayang nya t
elah membantu meringankan kesakitan dan penderitaan para pesakit yang dirawati.Rufaidah
telah mengistiharkan keislamannya dengan disaksikan oleh utusan-utusan Rasullah SAW di Yathrib setelah mendengar beberapa potong ayat Al Quran,dan keislamannya itu telah menjadikan beliau bersifat lebih sabar dan menyayangi dan mengasihi sesame insan. Beliau telah dengan penuh kerelaan mempertingkatkan usaha dalam dunia perawatan dan melatih ramai wanita dan remaja yang terdiri dari muslimah untuk mendalami ilmu perawatan. Beliaulahmerupakan pengasas sekolah kejururawatan yang pertama dikalangan umat Islam pada ketika itu.Semasa bermulanya peperangan jihad,Rufaidah telah memohon keizinan dari Rasullullah SAW untuk bersama sama sekumpulan wanita terlatih untuk menyertai medan p
eperangan bagi
membantu memberi rawatan kepada para tentera yang tercedera da
n yang memerlukan bantuan pengubatan. Selepas peperangan Badar,Rufaidah telah kembali ke Yathrib dengan memulakan satu era perawatan yang baru dengan mendirikan sebuah khemah sebagai marka
s untuk melaksanakan aktiviti rawatan dan perawatan. Beliau menghabiskan banyak masa di
khemah tersebut untuk berkhidmat kepada orangramai Ibnu Ishaq menyebutnya dalam kisah Sa’ad bin Mu’adz ketika dia terluka diparit pertahanan.Kemudian Rasullullah SAW bersabda: “Tempatkan dia di khemah Rufaidah yang berada di masjid, hingga aku menjenguknya sebentar lagi..” Dalam Al-Adabul Mufrad,Bukhari berkata: Diceritakan kepada kami oleh Abu Nu’aim: Dia berkata:” Ketika lengan Sa’ad terluka ketika peperangan Khandaq,maka dikatakan: “Bawalah
dia kepada seorang wanita bernama Rufaidah, kerana dia akan mengubati orang-orang yang
terluka “ Adalah Rasullullah SAW apabila singgah ke tempatnya,beliau bersabda:” Bagaimana keadaanmu di petang ini?” Sedangkan apabila waktu pagi, Nabi S.A.W bersabda: “ Bagaimana keadaanmu diwaktu Pagi?.” Disini jelas menunjukkan kegigihan dan kesungguhan Rufaidah dalam
melaksanakan tugas perawatannya seperti yang digambarkan bahawa beliau bekerja untuk satu jangkamasa yang panjang dan ini jelas diperakui oleh Rasullullah SAW. Maka sesungguhnya Rufaidah adalah perintis bidang Kejururawatan yang terulung.
Khemah Rufaidah di Masjid Nabawi yang dibinanya pada tahun 2 Hijrah bersamaan 624
Masehi,tetap menjadi contoh yang cemerlang dalam bidang Kejururawatan dizaman permulaan
Islam sehingga ke hari ini. Sumbangan dan dedikasi beliau jelas mendahului Florence Nightingale
iaitu 1200 tahun lebih awal.

Florence Nightingale
(12 May 1820 – 13 August 1910) yang dikenali “The Lady With The Lamp”.Dia terkenal sebagai
pelopor dalam bidang kejururawatan dan sumbangannya bersama 38 volunteer nurses dalam Crimean War.Rufaidah atau Florence Nightingale?

Nilai akidah dan perjuangan
Memasukkan elemen ketuhanan dan ketauhidan dalam melakukan perawatan memberi nilai pada nilai jururawat Islam.Meletakkan sifat hamba pada hubungan dengan Allah dan melaksanakan sifat khalifah pada hubungan dengan manusia.Tidak salah saya mengatakan
‘bekerja’ sama dengan ‘berjuang.’Kembali kepada “Begin with the end in mind”> cita-cita yang
paling tinggi bagi seorang jururawat Islam adalah melihat pegangan utuh (aqidah) itu dijelmakan dalam bentuk penghayatan dan direalisasikan dalam kehidupannya dihospital. Mulakan langkah awal perjuangan dengan kesedaran aqidah.

Nilai Ibadah
Ibadah adalah berhubung dengan hubungan antara hamba dengan Pencipta.Dalam konsep perawatan, ibadah berkait dengan konsep doa dan tawakkal.Mulakan langkah pertama bekerja dengan doa,mulakan perawatan dengan doa dan akhirinya juga dengandoa.Nilai ibadah juga akan dicapai pada menjadikan hospital,katil pesakit sebagai mihrab.Ibadah dalam Islam tidak hanya pada ibadat khusus (solat,puasa,zakat ,haji dll) semata-mata tapi dari sekecil-kecil perkara(bed
making) sehingga sebesar-besar perkara(membantu pesakit melakukan solat).Syaratnya, menghubungkan keikhlasan pada nilai akidah(perhubungan secara lansung dengan Allah).Manfaatkan setiap masa untuk mendapat nilai yang bernilai ini.

Nilai ilmu
Menuntu ilmu merupakan satu pembelajaran sepanjang hayat.. “long life education”.Kriteria melayakkan diri menjadi staff registreted nurse (SRN) Lembaga Jururawat Malaysia adalah perlu mengikuti kursus kejururawatan 3 tahun di kolej kejururawatan yang diiktiraf,lulus peperiksaan LJM,Ini menunjukkan pentingnya Ilmu perawatan dan kemahiran kejururawatan dalam melahirkan seorang jururawat yang kompiten.Nilai ilmu juga bukan sahaja boleh melahirkan jururawat yang kompiten tetapi boleh melahirkan jururawat yang mempunyai nilai integriti.Nilai integrity itu hanya diperoleh dengan ilmu ketuhanan.

Nilai akhlak
Akhlak atau tingkah laku adalah buah kepada ubudiyyah atau pengabdian kita secara terus dengan Pencipta.Nilai akidah dan perjuangan,nilai ibadah dan nilai ilmu mampu melahirkan jururawat yang tinggi ilmunya,baik tingkahlakunya,bersih jiwanya dan sentiasa mengharapkan suasana hospital dan wad adalah suasana yang “bersih”.

Rufaidah atau Florence Nightingale?


“Islam itu TINGGI dan tiada yang lebih tinggi dari ISLAM”

Empayar Uthmaniyyah telah meninggalkan kita..peranan dan sumbangan Nusaybah dan Rufaidah tercatat dalam kanvas sejarah kejururawatan Islam..teori dan konsep kejururawatan Florance Nightingle dan Virginia Henderson menjadi silibus teori dalam subjek Fundamental of

Nursing..apakah paradigma yang sesuai untuk melahirkan jururawat yang competent dan berintegriti?
Kata-kata Imam Malik :“ Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemilang”
Jururawat Islam akan gemilang dengan menjadikan Nusaybah dan Rufaidah sebagai formula pertama dari 7 Fomula Individu Cemerlang,Dr Danial Zainal Abidin(Kenali kehebatan dan potensi diri) dan mengaplikasikan konsep “hikmah” dalam adaptasi teori dan prinsip Florence dan Henderson. Semoga jiwa jururawat muslim bermakna dengan nilai yang ada pada Jururawat Islam..
Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Ayuh kita fikir-fikirkan semula...
moga-moga kita dapat menerima sahabat kita dan menjadi seorang sahabat yang sejati...
Insya Allah...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Apakah definisi rindu. Rindu merupakan ungkapan yang menjadi mainan dalam kehidupan ramai muda mudi.
Definisi rindu melitupi aspek jiwa & perasaan y masih belum dapat didefinisi secara jelas & tepat oleh para saintis.
Secara bahasa or literally..rindu bererti you wish someone/something that is no longer with you, or close with you...to be with you.

Jadi, semakin lama kita tak berjumpa atau semakin sukar digapai sesuatu, maka semakin rindu & semakin ingin serta semakin bertambah harap pada sesuatu.
Amnya, rindu didefinisi & dikaitkan sesama manusia. Ibu & anak, among family members, sesama taulan & sahabat, suami & isteri, & y semakin menjadi permainan dunia adalah sesama pasangan cinta. Namun, ramai y kurang menyedari bahawa rindu adalah suatu perasaan yang seharusnya dijaga & dipelihara dgn sebaiknya utk orang y tertentu.

Secara khusus, perasaan rindu perlu dikhususkan pada Allah SWT & Rasulnya serta para sahabat. Tetapi perasaan rindu pada yang tidak kita pernah temui ini sukar diwujudkan andai kita tak mengenali siapa y kita rindui. Maka benarlah sebuah hadith y menyatakan "...peliharalah suruhan & larangan Allah. nescaya kamu akan raskan kehadirannya..." Maka bila kita bersungguh2 menjaga perintah Allah, jaga mana perbatasan halal & haram, jaga pandangan, & jaga macam2 y pada pandanngan mata rasional ideologi barat & liberal dalah sesuatu y absurd. Sebab, mereka tak meyakini & tak percaya akan kepastian Qiamat.

Semakin dalam kita menyelami sirah seorang y bernama Muhammad, semakin kita ingin berjumpa dgnnya..semakin kagum dengannya...dan semakin ingin menangis di depan makamnya di madinah. Semakin kita kenal pencipta kita, semakin kita berusaha utk tidak melakukan dosa, semakin kita cepat2 bertaubat, dan semakin cepat pula kita lakukan amal2 y sunat y pada kaca mata banyak remaja & pemimpin negara sebagai sesuatu y tidak rasional & backward.

...dan, dalam mengungkap definisi rindu ini, kita mesti lari dari perasaan takabbur sebab kita akan gagal menghayati nilai kehalusan & keindahan rindu. Ego akan menyebabkan kita terasa we have complete control on our ownself....namun pada hakikatnya Allah menjelaskan "Nay! Verily man does transgress. Because he considers himself self-sufficient" al-alaq 6-7- bilamana hati ego & bongkak, kita akan lari dari menyedari yang kita suatu hari nanti akan kembali pada Y Menghidupkan & Mematikan kita. Kita tenggelam dalam nikmat dunia y sementara. Kita takut korbankan jiwa, raga & harta pada jalan y sepatutnya. Maka ketika itu rindu kita hanya pada dunia, & hilanglah rindu pada tuhan & rasulnya.

Dalam dunia y hari ini economically defined, semuanya hanya berasakan keuntungan, self satisfaction & yang seangkatan dgnnya. Kita join parti tertentu y akan menjanjikan pulangan tertentu dalam hidup. Y menjanjikan kuasa & nama + harta. Kita join group tertentu supaya kita terkenal. Namun ada pula, golongan tertentu y punya ideologi tertentu, go against this law of economics,..jadi adalah golongan y perjuangkan hak wanita, perjuangkan alam sekitar, dan macam2 lagi. Kerana ketidakadilan sistem ekonomi oleh Adam Smith ini, kita memerlukan government intervention dalam bnyk perkara agar jurang y kaya & miskin tidak terlalu besar. Tapi apabila wang, nama, status etc jadi matlamat, maka penindasan,ketidakadilan, penipuan, & macam2 lagi terjadi, walaupun ketika itu kita memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ambil contoh Bush, walaupun pada hakikatnya, tindakan y dilakukan menakluki negara2 lain atas dasar menyebar demokrasi nampak bagus kot, tapi hakiktnya mamat ni hanya percaya pada polisi dia, kerana mungkin ia didalangi oleh ideologi zionis, kerana ingin status, nama harta n etc. & banyak lagi golongan thagut cam dia nih, di dalam mahupun di luar negara.

Tapi, bila ada golongan y merindui tuhan & rasulnya, apa2 y dilakukan adalah berdasarkan apa y didefinisi oleh insan y bernama Muhammad itu serta atas suruhan Ilahi. Maka, apabila golongan2 ini bangkiit, (golongan yg hanya berjuang utk Islam); law of economy, democracy, etc tergoncang. Why? they are shaken because, these people's aim are not this world, but hereafter. Maka golongan2 ini akan ditindas, diperangi, ditidakkan haknya & macam2 lagi. Itulah y terjadi kepada manusia y bernama Muhammad & para sahabatnya, y membawa Islam setelah kewafatan Isa AS *diangkat*.

Maka dimana ingin kita letakkan rindu kita? Harta dunia? Pangkat manusiawi? Gelaran2 duniawi? Kekuasaan y palsu? atau pada Tuhan & rasulNya. Pilihlah y terbaik kerana setiap pilihan itu ada akibatnya tersendiri. Mungkin jalan terakhir itu penuh duri & dugaan serta cabaran tapi, ia punya nilai y sangat tinggi.

Tika mana kita lalui jalan itu, ingatlah syurga Allah menanti. Ramai antara kita terkeliru agaknya...sangkanya kita Islam, maka syurgalah tempat kita akhirnya.
Tapi syurga itu hanya utk y mati dengan syahadah..Laa ilahaillallah. Bukan y hidup, yes maybe mengucap, tapi solat tertinggal2, puasa pun xsure camne...etc. Sebab, keadaan mati kita nanti terdefinisi oleh kehidupan kita. Kalau kita hari ini, tak beramal dengan amal Islam, takutlah nanti mati kita berjaya dikafirkan oleh jeneral2 syaitan. Sebab..syaitan berjanji dgn Tuhan yg dia akan sesatkan kita, keluarkan kita dari Islam walau apa cara sekalipun, & pada saat terakhir nanti, bapak2 syaitan y akan turun agar kita keluar dari ADDEEN ini.

KIta mengaku Islam, maka kita kena percaya bahawa Allah Tuhan kita, Muhammad rasul kita....dan tiapkali dalam Quran menyebut tentang percaya pada Allah & Rasul, pasti & pasti Allah menyertakan percaya pada hari kiamat. Kebetulan?

Tidak, ini kerana percaya pada hari kemudian membentuk kita utk taat pada Allah & rasulnya, rindu pada Allah & rasulNya, serta sebaik mungkin berjalan diatas jalan y penuh duri.

* Pembetulan Oleh Pihak Administrator iluvislam
Labels: 2 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)

Iblis menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)

Ikhlas.
Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita -apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas.

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama.

Kemudian Nabi bersabda,
'Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)
Cuba bayangkan amalan-amalan kita selama ini, apakah ianya benar-benar ikhlas kerana Allah. Apakah anda muslimah memakai jilbab yang labuh supaya kamu dipuji orang ramai dan seronok dengannya Pernahkah anda gembira jika anda dipuji orang-orang tua apabila anda ke masjid
Na'uzubillah.

Lantas, oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.

Bila anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riyak hampir saja timbul lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.

Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)

Apakah kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia Na'uzubillah. Anda selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riyak dalam hati. Rugilah anda. Bukanlah mengatakan solat di masjid itu riyak. Cuma kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak. Tepuk dada tanya hati.

Ya Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi riyak. Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata.
Rasulullah s.a.w bersabda, Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn. Mereka bertanya, Apakah itu, wahai Rasulullah Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya sebanyak empat ratus kali. Mereka bertanya, Untuk siapakah ini disiapkan, wahai Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak dengan amalan mereka. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Na'uzubillah.
Betapa bahayanya riyak ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.
Manusia mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang mengetahui.

Tanda-tanda ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan kewajiban kepada Allah.
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya keikhlasan diri sendiri.
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap istiqamah.
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau kemaksiatan.
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi teladan kepada orang lain.

Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri (yang riyak).

Sumber Ishlahul Qulub @ Menggapai Surga dengan hati, Amr Khalid.
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
H.R. Abu Daud

Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggarnbarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Umat Islam walaupun mereka mernpunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan 'ttakut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah s.w.t. Manakala “takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah s.w.t.

Kita berdoa agar Allah s.w.t. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat. Insyallah.
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Artis: Durrani
Lagu: Azmee Manap
Lirik: Warash/ITO Lara

Sebutir permata diperlubukan..
Memancar sinaran di kegelapan..
Biarpun tersimpan dalam lumpur..
Serimu takkan luntur..
Terlukis diwajah keriaangan, tergambar sebuah ketenangan..
Namun tak siapa yang mengerti..
Rahsia dalam hati, wanita tertawa, wanita menangis..
Wanita tersenyum, wanita berduka..
Biar apa yang menanti, kau tetap teguh berdiri..
Dalam satu perjuangan, yang tak berkesudahan..
Engkau korbankan segalanya..
Tak pernah pinta balasnya..
Kau titiskan airmata, namun tersenyum jua..
Wanita engkaulah sang Lantera..
Tanpamu sepilah persada maya..
Semoga kau damai sejahtera untuk selama-lamanya..
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta


Wahai sahabat…

Musim berganti, menggamit memori..

Merungkai sebuah kenangan..

Tahulah engkau wahai sahabatku..

Engkau ratu disanubari..

Menjalar ditiap urat nadi..

Kita yang berjauhan ini, tak perlu kau kesalkan..

Hanya sandarkan harapan pada Tuhan dan pasrahkan pada Tuhan..

Tuhan hanya menduga kesusahan yang tiba, pasti tidak kan selama-lamanya..

Semoga kita berjaya menjadi Gadis mulia..

Semoga kita Berjaya menjadi wanita faqihah, sebijak minda Aisyah..

Juga selalu ku doakan..

Moga kita menjadi perempuan tabah, setabah Asiah..

Menjadi serikandi kebanggaan sehebat jiwa Sumaiyyah..

Semoga kita menjadi hiasan dunia seindah akhlak Rabiatul Adawiyah..

Wahai sahabat, jauh disudut hatiku,

Ku berdoa agar kita semua menjadi wanita dan kekasih kecintaan tuhan kita yang Esa..

Sayangnya diriku padamu, hanya semata-mata kasih dan Cintaku padaNya..

Labels: 1 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Sebelum kita melelapkan mata membuai mimpi dimalam hari,renungkanlah dahulu diri seikhlasnya dan berusahalah agar hari esok akan lebih dari hari ini.

1. hari ini aku dah baca Al-Quran ke belum?
2. Cam mana solat fardu ku hari ini?lewat ke tak?
3. Adakah aku mengingati Allah setiap masa dan ketika?
4. Sekerap manakah aku beristighfar sekurang-kurangnya 70 kali sehari?
5. Sejauhmana aku mendidik diri agar patuh dengan suruhan dan larangan Allah?
6. Sudahkah aku berdoa untuk kesejahteraan ibu bapa ,keluarga,sahabat dan semua umat islam seluruhnya?
7. Adakah aku membantu orang lain kerana Allah S.W.T?
8. Sudahkah aku berniat untuk solat tahajjud pada malam hari?
9. Adakah aku merasa riak dan takbur apabila melakukan kebaikan?
10. Apakah yang aku lakukan untuk merealisasikan konsep amar makruf nahi mungkar?
11. Adakah aku menjaga telinga,mata,mulut dan anggota lain dari melakukan maksiat?
12. Adakah aku berterima kasih dan bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepadaku?
13. Adakah aku berwudhuk sebelum tidur?
14. Adakah aku ingin memperbaiki diri dengan lebih baik untuk hari esok??

Adakah kita lakukan check list seperti ini setiap hari? ayuh kita mulakan perubahan dalam hidup kita untuk menjadi muslim yang cemerlang...
kelanatinta

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:

"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Kesimpulan Hadis:

1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.

2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.

Sedarlah wahai sahabat sekalian, bersabar itu tidak merugikan kita, bahkan menjanjikan nikmat yang tak ternilai yakni SYURGA. Tak mahukah kita merebut nikmat yang dijanjikan itu?? Tepuk dada tanya IMAN kita...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

dari: http://www.zahazan.net

Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.( HR al-Bukhari dan Muslim )

HURAIAN

Kalimat “barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat”, maksudnya adalah barang siapa beriman dengan keimanan yang sempurna, yang (keimanannya itu) menyelamatkannya dari azab Allah dan membawanya mendapatkan redha Allah, “maka hendaklah dia berkata baik atau diam” kerana orang yang beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya tentu diatakut

kepada ancaman-ancaman-Nya, mengharapkan pahala-Nya, bersungguh-sungguh melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan-Nya. Yang terpenting dari semuanya itu ialah mengendalikan gerak-geri seluruh anggota ba dannya kerana kelak dia akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan semua anggota badannya, sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya kelak pasti akan diminta ber tanggungjawab.” (Al Isra’ (17) ayat 36)

Dan firman-Nya:

“Apa pun kata yang diucapkan pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid.” (Qaaf (50) ayat 18)

Bahaya lisan itu sangat banyak. Rasulullah s.a.w. juga pernah memberikan amaran :

“Bukankah manusdia terjerumus ke dalam neraka kerana tidak dapat mengawal lidahnya.”

Para hukama sering mensihatkan berkata itu umpama ubat, sedikit digunakan mungkin kurang mujarab, sebaliknya berlebihan mungkin boleh member mudharat, oleh itu gunakanlah secara hikmah dengan nasihat orang yang ahli terutamanya pakar perubatan.Pakar perubatan yang dimaksudkan adalah iman.Tepuk dada tanyalah iman, wajar aku berdiam atau memberikan pandangan ? Tepuk dada tanyalah iman …..

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: "Beriman kepada Allah s.w.t Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Jihad pada jalan Allah s.w.t. iaitu berjuang pada jalan Allah s.w.t. dan Sahabat bertanya lagi: Kemudian apa? Rasulullah s.a.w bersabda: Haji Mabrur iaitu ibadat Haji yang diterima"

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Masud r.a katanya: Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w:

"Apakah amalan yang paling utama? Baginda s.a.w. bersabda: Sembahyang pada waktunya. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berbakti kepada kedua orang tua. Aku bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda s.a.w. bersabda: Berjuang pada jalan Allah. Kemudian aku bertanya lagi kepada Baginda s.a.w., semata-mata ingin menemani dan menjaga perasaan Baginda s.a.w."

Adakah jihad ke arah pembangunan dan ekonomi seperti yang disyorkan oleh media massa itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t? Apa matlamat jihad pembangunan dan ekonomi itu, disandarkan kepada apa ? Keranamu Malaysia ? Dimata dunia ? Dapatkah harta benda kita di bawa ke liang lahad dan menjadi penolong kita di akhirat ?

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang akan mengikuti mayat dan dua daripadanya akan pulang. Hanya satu sahaja yang akan bersamanya dalam kubur. Perkara tersebut ialah: Kaum kerabat, harta benda dan amalannya. Semua kaum kerabat dan harta bendanya akan pulang, manakala yang kekal bersamanya ialah amalannya *

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu terbunuh pada jalan Allah (dalam perang Sabil), atau kamu mati (mati biasa - semasa mengerjakan kebajikan umum), sesungguhnya keampunan dari Allah S.W.T. dan rahmatNya adalah lebih baik (bagi kamu) dari apa yang mereka (orang-orang kafir dan munafik) itu himpunkan (meliputi segala jenis kesenangan hidup). - Surah Al-Imran 157.

Ayuh sahabat! kita sama2 beramal!
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Orang yang paling menyesal pada hari Kiamat ialah lelaki yang ada peluang menuntut ilmu di dunia tetapi ia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan lelaki yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan ia sendiri tidak mendapat apa-apa."

PENJELASANNYA ...
Hadis ini menggalakkan umat Muslimin supaya menggunakan segala kesempatan hidup di dunia untuk mempelajari ilmu-ilmu pengetahuan yang berguna kepada kehidupan keagamaan dan keduniaannya. Dengan ilmu pengetahuan yang betul, dapat dilakukan amalan-amalan ibadah yang betul. Amalan ibadah tanpa ilmu pengetahuan yang betul boleh menjerumuskan seseorang ke dalam bida'ah dan kekeliruan yang merosakkan agamanya.

Disamping itu ilmu pengetahuan boleh membuka ufuk pemikiran dan mendalamkan kesedaran dan keinsafan yang menguatkan keyakinan dan tauhidnya terhadap Allah s.w.t., dan dengan demikian akan meningkatkan darjatnya disisi Allah di hari Kiamat kelak.
Hadis ini juga menggariskan satu panduan yang penting iaitu tujuan belajar ialah beramal sama ada ia seorang pelajar atau seorang guru, kerana amalan itu merupakan nilai ilmu dan nilai seseorang yang berilmu.

Kata pepatah Arab "Ilmu tanpa amal laksana pokok tanpa buah" alangkah ruginya seseorang guru yang tidak mandapat apa-apa guna dari ilmunya sedangkan orang yang belajar darinya memungut keuntungan -keuntungan yang abadi
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Ya ALLAH, detik demi detik berlalu ku doakan..

Agar tautan HATI kami dibajai doa rabitah..

Ukhwah kami disirami ayat-ayat CINTA darimu..

Hanya kerana itu ikatan ini akan berkekalan..

Bersatu di atas jalan DAKWAHMU..

SAHABATKU yang amat dikasihi..

Hati yang paling Allah kasihi ialah HATI YANG PALING LEMBUT..

Paling BERSIH dan paling CEKAL..

Paling cekal dalam BERAGAMA, paling bersih dalam KEYAKINANNYA dan paling lembut terhadap saudaranya..

Hati seorang MUKMIN itu suci bersih..

Pada hati itu juga terdapat PELITA yang BERCAHAYA..

Sahabatku yang dirindui..

Marilah kita mendambakan CINTA dalam SUJUD nan SUCI..

Jadikan nyanyian ZIKRULLAH sebagai pendamai hati..

Menjadikan AZAN sebagai syair yang sentiasa dirindui..

Rimbunkanlah KEIMANAN di taman hati kita..

Moga-moga kasih ALLAH sentiasa dengan kita..

Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Foreign Language English to Arabic Dictionary

Shared via AddThis
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
"Tautan Hati", buku yang sarat dengan jiwa dan roh islamik ini amat sesuasi dibaca oleh golongan remaja zaman ini khususnya. isinya yang amat memenuhi tuntutan agama dalam pergaulan dan cara hidup Islam yang abadi dan hakiki wajar dicontohi oleh semua.

Ayuh kita semua teladani, apa yang cuba ditonjolkan dalam buku ini. tak rugi untuk kita jadikan ia simpanan peribadi kita..
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
The Translation People - English to Arabic Translation

Posted using ShareThis
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...