kelanatinta

Episod 6

“Sebenarnya, tujuan saya mahu berjumpa kamu ni, untuk menyelesaikan masalah kamu..”, kata cikgu Zali pada Asrar sebaik sahaja, Asrar datang ke biliknya petang itu. Cikgu Zali merupakan guru agamanya yang merupakan salah seorang guru disiplin di sekolah itu. Kebijaksanaannya dalam menyelesaikan kes-kes di sekolah, semua pelajar di sekolah itu sudah sedia maklum. “Masalah apa cikgu? Asrar kurang faham maksud cikgu..”, kata Asrar lagi. Asrar memang sungguh-sungguh tidak faham.

“Assalamualaikum ustaz….”, salam seorang pelajar lelaki yang kini berada di hadapan pintu bilik itu, membantutkan perbualan Asrar dengan cikgu Zali. “Waalaikumusslam…sila masuk Muhaymin”, kata cikgu Zali lagi. ‘Muhaymin? Apa dia buat kat sini?’, desis hati kecil Asrar apabila tahu Muhaymin juga ada di situ. Dengan isyarat mata yang diberikan cikgu Zali itu, lantas saja Muhaymin duduk dikerusi sebelah Asrar, dan kini kedua-duanya menghadap cikgu Zali. Seolah-olah mereka berdua melakukan kesalahan yang amat berat kali ini. Dada Asrar semakin berdebar-debar tatkala itu, dia tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan masalah yang dikatakan cikgu Zali tadi.

“Asrar dah dapat agak, masalah apa yang saya maksudkan tadi?”, tanya cikgu Zali sekali lagi kepada Asrar yang kini terus menundukkan pandangannya ke bawah. Tidak berani bagi Asrar untuk mengangkatkan pandangannya apabila ada dua sekali lelaki ajnabi yang berada di hadapannya kini. “Maaf cikgu, ana sungguh, tak faham”, kata Asrar sejujurnya. “Beginilah, senang cerita…apa kamu berdua masih ingat lagi akan gambar lelaki yang dikatakan dijumpai di dalam almari pelajar aspuri? Dan perkara itu telah heboh hampir satu sekolah ini?”, tanya cikgu Zali kepada kedua-dua mereka untuk mengingatkan semula akan hal itu. “Gambar itu? Cikgu percaya akan cerita yang tersebar itu? Sungguh, Asrar tidak melakukan semua itu…Asrar tidak pernah menyimpan semua gambar tu..”, kata Asrar dengan nada yang kecewa. Baginya, cikgu Zali juga telah percaya akan cerita bohong itu. Dia merasakan seolah-olah dirinya di pandang hina dan dipersalahkan. Bahkan akan di hukum, paling memalukan, orang yang empunya gambar itu juga kini berada di hadapannya. Sungguh memalukan bagi Asrar. “Wahai anakku..sabarlah. Cikgu tahu kamu tidak akan melakukan perkara itu. Kami semua disini mengenali siapa itu Afsa Asrar. Sebab itulah cikgu suruh kamu berdua datang berjumpa saya petang ini. Tujuannya saya mahu menyelesaikan masalah ini secepatnya dengan adanya bantuan daripada kamu berdua. Muhaymin yang berada di sebelah Asrar, sejak tadi, hanya diam sahaja mendengarkan semua pengucapan cikgu Zali dan Asrar.

“Percayalah anti, Allah itu takkan menghukum hambanya yang tidak buat salah..ana juga tidak menyalahkan anti tentang hal ini. Ana juga percaya, anti adalah mangsa permainan budak-budak yang tak berhati perut itu. Sabarlah semua ini pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Dan kita akan cuba untuk menyelesaikan secepatnya..”, kata Muhaymin yang mula bersuara. Mahu saja Asrar menangis kerana malu pada Cikgu Zali dan Muhaymin, atas perbuatan yang tidak dilakukannya sama sekali. Dia malu, apabila Muhaymin juga tahu akan cerita itu. Sungguh, Asrar amat mengagumi lelaki itu, sejak dulu lagi. Cuma hanya doa sahaja yang mampu dia lakukan hari-hari, mohon pada tuhan andai mujahid yang bernama Muhaymin itu yang akan jadi pemimpin dalam hidupnya kelak. “Ana harap, anti tak salahkan diri dengan apa yang berlaku ni. Ini bukannya salah anti, bagi ana anti hanyalah teraniaya”, kata Muhaymin lagi, mungkin cuba memujuk Asrar.

“Betul apa yang dikatakan Muhaymin itu..kamu jaganlah menyalahkan diri sendiri, kami percaya bukan kamu yang melakukannya. Untuk pengetahuan kamu berdua..saya juga telah mengetahui siapa yng melakukan perkara itu”, kata cikgu Zali lagi. Dan kata-kata itu, membuatkan Asrar mengangkat pandangannya memandang cikgu Zali yang berada dihadapannya. Sungguh, dia benar-benar bersyukur, kerana akhirnya kebenaran itu terbongkar. Namanya akan bersih kembali. Tak dapat digambarkan perasaan gembira Asrar apabila mengetahui tentang hal itu.

“Siapa yang lakukan semua ni cikgu? Beritahulah Asrar, Asrar mohon”, kata Asrar bersungguh. Muhaymin yang mendengarnya juga, turut mengangguk-nganggukkan kepala tanda setuju. “Tapi, bolehkah, selepas kamu berdua tahu, jangan pula ada dendam dalam hati kalian pada dia, malah saya mahu kamu maafkan dia seikhlasnya. Lagipun, dia sudah menyesali akan perbuatannya terhadap kamu berdua..”,terang cikgu Zali kepada Asrar dan Muhaymin. “Asrar janji akan memaafkannya..Asrar janji cikgu”, kata Asrar lagi. “Saya pun cikgu”, balas Muhaymin ringkas.

“Saya harap, kamu dapat bersabar mendengar apa yang saya nak perkatakan ni..”, kata Cikgu Zali lagi, dia pasti berita yang akan disampaikan itu, akal mengejutkan kedua-duanya , tambah-tambah pada Asrar. “Orang yang melakukan semua ini adalah…Azrah Husna..sahabat baikmu Asrar”, kata Cikgu Zali lagi. Asrar yang mendengarkannya memang terkejut. Namun dia masih lagi boleh menahan kesedihan yang dirasainya. Muhaymin yang mendengarkan hal itu juga turut terkejut. Ini kerana dia mengetahui bahawa, Azrah itu adalah sahabat baik Asrar, dan satu sekolah pun tahu akan hal itu. Namun cepat-cepat, Muhaymin menyembunyikan rasa terkejutnya dari pengetahuan Asrar, bimbang akan menyinggung perasaan Asrar. “Apa dia ada bagitahu cikgu kenapa dia lakukan semua ini?”, tanya Asrar lagi. “Sungguh, sebenarnya dia lakukan semua ini kerana perasaan marahnya dengan kamu..dia marah, kerana kamu tidak mahu mengaku yang sebenarnya kamu ada simpan perasaan pada Muhaymin. Dan pada masa itu, Ain telah datang untuk menghasutnya supaya melakukan sesuatu dengan memburukkan namamu. Ketahuilah mu Asrar, Azrah melakukan semua ini atas dorongan Ainul Sakinah dan teman-temannya yang lain. Mereka telah mempergunakan Azrah sebagai senjata untuk memfitnahmu. Azrah telah menceritakan segalanya pada saya…”, terang cikgu Zali kepada Asrar. Lantas sahaja air mata Asrar menitis dipipinya kerana sedih dengan berita yang didengarinya itu. Tidak menyangka sahabat yang dikasihi, dipercayai dan disayangi sepenuh hati, sanggup menuduhnya yang bukan-bukan dan memfitnahnya hanya kerana mengikut nafsu amarah semata-mata.

“Bersabarlah anti, kuatkanlah hatimu untuk menerima semua ini. Ana yakin, semua ni pasti ada hikmahnya. Inilah tandanya bahawa Azrah itu juga masih lagi menganggap anti sebagai sahabatnya yang paling dia sayang. Buktinya…dia sanggup mengaku akan kesalahannya, dan menyesal akan perbuatannya. Allah itu telah memakbulkan doa anti, agar membuka dan memberi petunjuk pada Azrah…”, kata Muhaymin meyakinkan Asrar. Dia tahu, bahawa Asrar sangat menyayangi Azrah. Semuanya dia tahu tentang Afsa Asrar, yang sebenarnya adalah muslimah yang dicari selama ini. Cuma masa saja yang belum sesuai untuk dia menyatakan segalanya sekarang. Kewarasan akal fikirannya, mengajar Muhaymin untuk terus bersabar dan terus berdoa agar benar Asrar itu adalah serikandi dalam hidupnya kelak. “Syukran atas nasihat itu..”, kata Asrar kepada Muhaymin, namun pandangannya masih lagi tidak diangkat untuk memandang wajah mujahid, Muhaymin.

“Bersabarlah wahai anakku, kamu pasti menanti Azrah yang dulu kembali bukan? Selepas ini, kamu jumpalah dia, saya yakin dia juga pasti menunggu kamu di asrama nanti. Berjumpalah dengan dia, maafkanlah dia, dan terimalah dia semula dengan hatimu yang ikhlas…saya yakin itulah yang akan membawa kebaikan kepadamu nanti…”, kata cikgu Zali lagi. Asrar hanya mengangguk tanda faham apa yang dikatakan oleh cikgunya itu.

Setelah itu, mereka pun keluar dari bilik cikgu Zali untuk pulang ke asrama masing-masing. “Anti, ana mahu minta tolong pada anti, kalau anti tidak keberatan untuk tolong ana…”, kata Muhaymin apabila mendapati Asrar hanya berjalan dibelakangnya dengan senyap, mugkin masih lagi memikirkan hal tadi. “Ha? Ye..tolong apa?”, tanya Asrar. “Boleh anti tolong berikan buku ini kepada Fatimah? Fatimah mahu pinjam buku ini dari Luqman pagi tadi, jadi Luqman wakilkan ana untuk sampaikan buku ini pada anti, untuk diberikan kepada Fatimah…boleh?”, tanya Muhaymin semula. “Baiklah, ana akan sampaikan buku ini padanya nanti”, kata Asrar, sambil tangannya menyambut huluran buku daripada Muhaymin. “Syukran ya Asrar..”, kata Muhaymin. “A’fwan…”, kata Asrar yang mula utuk meneruskan langkahnya untuk pulang ke asrama. “Anti…err..ana harap, anti dapat terus sabar dalam menerima ujian Allah ini..ingatlah, lagi bayak Allah uji hambanya. Tandanya Allah itu sangat sayangkan hambanya…”, kata Muhaymin. Asrar yang baru nak melangkah, terhenti semula apabila mendengar Muhaymin berkata begitu. “Syukran..ana juga minta maaf kerana menyebabkan pelajar-pelajar lain memandang serong pada anta selama ini…”, kata Asrar membalas. Muhaymin hanya tersenyum mendengar kata-kata Asrar. Sudah lama dia memaafkan Asrar, kerana dia tahu ini bukan salah Asrar. “Jangan risau anti, ana sudah maafkan..yang lepas biarlah lepas…kita jadikannya pengajaran dan buka buku baru..”, kata Muhaymin dengan penuh berhemah. Tanpa disedari, ada senyuman yang kelihatan pada wajah Asrar apabila mendengarkan ucapan Muhaymin. Dan Muhaymin melihat senyuman itu.


bersambung....
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...