kelanatinta

Episod 3

“Assalamualaikum kepada antum semua…”, huluran salam pembuka majlis pada waktu itu, membuatkan keadaan surau yang tadinya ada kedengaran suara-suara jemaah yang berborak, menjadi sunyi, semua menumpukan pendengaran masing-masing kea rah suara yang kedenganran, “Sementara kita menuggu isyak..ana ada satu tazkirah yang ingin ana sampaikan sebagai renungan kita semua…”, sambung lagi suara itu apabila melihat semua jemaah yang ada beralih pandangan kepadaanya dan menunggu kata-kata selanjutnya. Setelah diam sejenak suasana dalam surau Asy- Shakireen itu, “Ana yakin, semua yang berada di sini sangat arif tentang CINTA..cinta pada kekasih? Cinta pada sahabat? Cinta pada ibu bapa kita? Cinta yang manakah yang perlu kita utamakan? Tahukah kita semua, apakah itu Cinta kepada Allah ? Cinta model ini adalah cinta yang paling utama. Bahkan kata ulama kita, cinta kepada Allah adalah pokok dari iman dan tauhid seorang hamba. Karena memang Allah sajalah satu-satunya dzat yang patut diberikan rasa cinta.Segala cinta, kalau kita buat peringkat maka nyatalah bahwa cinta kepada Allah adalah puncaknya. Ia adalah yang tertinggi, paling agung dan paling bermanfaat. Begitu bermanfaat cinta kepada Allah ini, sehingga tangga-tangga menuju kepadanya pun merupakan hal-hal yang bermanfaat pula. Diantaranya berupa taubat, sabar dan zuhud. Apabila cinta diibaratkan sebuah pohon maka ia pun akan menghasilkan buah-buah yang bermanfaat seperti rasa rindu dan ridha kepada Allah.

Aduhai sahabat yang dirahmati Allah sekalian…mengapa kita mesti cinta kepada Allah ? banyak sekali alasannnya. Diantaranya adalah karena Allah lah yang memberikan nikmat kepada kita, bahkan segala nikmat. Sedangkan hati seorang hamba tercipta untuk mencinta orang yang memberikan kebaikan kepadanya. Kalau demikian, sungguh sangat pantas apabila seorang hamba cinta kepada Allah, karena Dialah yang memberikan semua kebaikan kepada hamba.
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kalian , maka itu semua dari Allah"
(QS Al Baqarah : 165)

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,disini ana mahu mengajak kita semua berfikir, sejauh manakah cinta kita kepada Dzaat yang satu? Sudah cukup teguhkah cinta kita kepada Pencipta kita yang Maha Agung? Beranikah kita untuk memikirkan cinta yang selainnya sedangkan cinta kita pada-Nya sahaja pun belum kukuh? Ayuh sahabat sekalian, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita, sesungguhnya jika kita menjaga cinta kita kepada Allah, nescaya Allah juga akan menjaga rasa cinta yang wujud dalam hati kita ke jalan yang diredhaiNya”, itulah tazkirah yang telah disampaikan oleh Luqmanul Hakim, yang tak lain dan tak bukan adalah ketua pelajar sekolah. Luqman adalah rakan seperjuangan malah sahabat baik kepada Muhaymin. Perwatakannya yang hampir sama dengan Muhaymin, menjadikan dia juga sering menjadi mujahid yang dicontohi akhlaknya. Namun perwatakannya yang tegas, membuatkan dia jarang untuk senyum, namun air wajahnya yang sentiasa tenang pasti mendamaikan setiap kali memandangnya.

Sementara menunggu azan isya’, semua jemaaah mengisi masa masing-masing dengan bacaan ayat al-quran dan ada yang berzikir. Namun di satu sudut saf, Asrar menangis sendirian, oleh kerana suasana surau bergema dengan suara orang mengaji dan juga alunan ayat-ayat suci yang dipasang dengan kaset, membuatkan tangisannya tidak didengari dan disedari oleh sesiapa, kecuali Fatimah. Fatimah yang menyedari, Asrar menangis tersedu-sedu duduk memdekati sahabatnya yang seorang itu. “Ya ukhti, anti menangis?”, tegur Fatimah sambil tangannya menarik bahu Asrar ke dalam pangkuannya. Menyedari Fatimah berada disebelahnya, Asrar dengan oantaas cuba untuk mengesat air matanya yang terus menerus merembes keluar dari matanya. Asrar seolah-olah tidak mampu lagi menanggung penderitaan yang dialaminya. “Jangan berhenti menangis, menagislah sepuasnya Asrar, ana ada disebelahmu, janganlah kau malu denganku..ana mengerti perasaanmu..kuatkan hatimu Asrar..”, kata Fatimah sayu. Asrar yang mendengar kata-kata Fatimah menjadi terharu, bahkan tangisannya bersambung kembali. Menangislah Asrar dalam dakapan Fatimah sehingga berkumandangnya azan Isya’.

*************************************************************************************************

“Azrah, macamana? Kau dah jalankan rancangan kita hari tu?”, tanya Ain kepada Azrah yang leka menyiapkan lukisan plannya di kelas pada waktu prep pagi sabtu itu. “Ha? Rancangan yang mana satu? Banyak sangat rancangan dalam otak aku ni”, kata Azrah dalam nada bergurau. “Ish kau ni, takkan lupa plak si Asrar tu lah…kawan baik kau yang kau sayang sangat kat tu”, tambah Ain. Ainul atau lebih suka dipanggil Ain, merupakan kawan Azrah, yang mula rapat dengan Azrah, apabila dia dapat tahu Azrah ini sangat suka pada Muhaymin. Ainul mempunyai perwatakan yang sangat cantik, tapi sayangnya hatinya tidak secantik perwatakannya. “Oooo…yang itu, dah beres dah..kau tunggu dan lihat je nanti apa yang akan terjadi”, kata Azrah dalam nada yang gembira. Seolah-olah rancangannya akan menjadi. “Tapikan..kau tak rasa bersalah ke kat Asrar, maklumlah..dia kan kategori orang-orang yang alim kat sini, tambahan pulak, satu sekolah tahu, kau dan dia kawan baik..”, terus sahaja Ain berbicara cuba perangkap Azrah. “Alah, aku dah tak kisah semua tu…aku tak ada kawan yang tak de perasaan macamtu, hipokrit semata-mata, apa dia ingat aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia? Dia ingat akau tak tahu yang dia pun dalam diam tergila-gilakan Muhaymin tu? Pleease…la Ain, ni Azrah tau…Asrar tu belum kenal lagi sapa Azrah ni tau…”, balas Azrah dengan angkuhnya. Ain yang mendengar kata –kata Azrah itu, tersenyum puas, akhirnya dia berjaya menarik Azrah ikut perangainya. Ain yang sebenarnya dengki dengan Asrar, kerana semua pelajar sangat hormat padanya. Semua pelajar menjadikannya contoh muslimah yang sejati. Semua pelajar memuji-muji akan kelebihan Asrar, tiada siapa yang tidak kenal Asrar, malahan ramai mujahid yang disukai Ain pun, semuanya tertarik pada Asrar.Ain telah menyimpan dendam untuk mengenakan Asrar melalui sahabat baiknya sendiri iaitu, Azrah.

“Perhatian..semua pelajar dikehendaki pulang ke asrama masing-masing sekarang, spot check akan diadakan dalam masa 30 minit dari sekarang..terima kasih”, pengumuman itu membuatkan Azrah tersenyum sendiri, Ain yang melihat reaksi itu, seakan faham apa yang berlaku sebenarnya.
Barang berharga milik salah seorang pelajar telah pun dijumpai semasa spot check diadakan. Pelajar yang terlibat pun telah dipanggil ke bilik disiplin. Namun, ada satu dugaan yang menunggu Asrar di kamar pengawas aspuri. Setelah semuanya selesai, semua pelajar dikerah untuk sambung waktu prep mereka, manakala semua pengawas aspuri diminta berkumpul di bilik bacaan aspuri.

“Baiklah, tujuan kita berkumpul sebentar ni kerana sahabat kita Faizah telah menemukan sesuatu, semasa spot check tadi, sekarang Faizah, boleh teruskan”, kata Fatimah, selaku ketua aspuri yang disegani. Lantas sahaja tercamapak diatas meja dihadapan mereka, 3 keping gambar Muhaymin yang telah dibulatkan dengan pen merah, dan bermacam-macam tulisan ada pada gambar itu, misalnya ‘Kau kasih hatiku, Muhaymin’, ‘Aku sayangkan kau Muhaymin’, malahan ada beberapa surat yang menyatakan hasrat cinta dan sayangnya pada Muhaymin. Terkejut semua yang ada di bilik itu ketika itu,masing-masing menggelengkan kepala melihat gambar mujahid yang mereka sangat hormati tiu, ditulis dengan ayat-ayat macamtu. “Ana tak sangka ada diantara kita ini, yang mempunyai sikap yang memalukan ini. Adakah selama ini ilmu yang kita belajar dan dapat disini adalah sia-sia belaka?”, kata Faizah dengan nada yang kesal. “Baiklah, dimanakah anti jumpa semua ini?”, tanya Fatimah lagi. Kewibawaannya terasa tercabar kerana ada anak buahnya yang mempunyai sikap macamtu, sungguh memalukan jika aspuri yang lain tahu akan hal ini. “Pada almari…Asrar, ya ukhti”, mendatar suara Faizah tatkala menyebut nama Asrar. Tercengang semua yang ada disitu, Asrar? Asrar yang mendengar namanya disebut, turut terkejut. “Ana? Tak mungkin..barangkali anti salah almari”, spontan Asrar berkata dengan keadaan yang masih tidak percaya. “Sungguh, ana jumpa ini semua dalam alamari Asrar, ana tidak keseorangan semasa menemukan semua ini, ana bersama dengan Khairiyatul masa tu”, jelas Faizah sungguh-sungguh. Faizah dan Khairiyatul sendiri pun tidak percaya pada mulanya, tapi itulah hakikat yang berada di depan mata mereka semua sekarang. “Tidak! Ini bukan milik ana, ana tak pernah simpan ini semua”, kata Asrar tegas. Asrar bukan jenis yang mudah mengalah pada kesalahan yang bukan dia lakukan. “Hazihi fitnah! Fitnah!”, kata Asrar lagi, kali ini dengan nada yang sayu. “Hmm..nampaknya ada salah faham disini, adakah antum semua percaya semua ini adalah milik Asrar?”, tanya Fatimah kepada semua yang ada disitu. “Demi Allah ya ukhti, kami semua memang tidak mempercayai semua ini, tapi bagaimana pula dengan bahan bukti yang ada dihadapan kami ini?”, kata salah seorang yang ada disitu. Asrar tertunduk malu kerana dia dianggap seperti itu. “Ana rasa kita patut siasat hal ini sesungguhnya, ana amanahkan pada antum semua, supaya merahsiakan hal ini daripada pengetahuan aspuri yang lain. Jika kita yakin bukan Asrar yang lakukan hal ini, kita mesti cari siapa dalangnya, ana harap kita semua dapat bekerjasama sebaiknya untuk mencari orang yang melakukan fitnah ini..”, jelas Fatimah tegas. Semuanya bersetuju dengan cadangan itu. Maka bersurailah mereka selepas itu.


bersambung...
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...