kelanatinta
How to Copy Image URL

Shared via AddThis
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Episod 7

Kembalinya Asrar ke asrama pada petang itu hanyalah untuk bertemu dengan sahabatnya yang sangat dirindui, Azrah. Puas dia mencari Azrah di seluruh kawasan asrama, tetapi dia tidak menjumpai sahabatnya yang seorang itu. Sehinggalah tiba waktu riadah pun, dia tidak jumpa dimana Azrah. Namun, Asrar tak cepat putus asa, dia tetap mahu mencari Asrar pada petang itu juga. Dia sudah tidak sabar lagi mahu memeluk sahabatnya itu. Asrar pergi semula ke sekolah pada waktu riadah itu, mana tahu mungkin Azrah berada di sekolah pada waktu riadah hari ini.

“Azrah, kat sini rupanya anti, puas ana cari kat asrama tadi”, kata Asrar apabila melihat Azrah duduk termenung di koridor satu sudut di kawasan sekolahnya itu. “Azrah yang terkejut dengan kehadiran Asrar di situ, mula mngundurkan diri, menjauh daripada Asrar. Asrar kehairanan dengan tindakan Azrah itu, “Azrah, kenapa ni? Anti tak nak maafkan ana? Ana dah tahu semuanya, dan ana dah maafkan anti,ketahuilah, ana sangat sayangkan anti..”, kata Asrar sambil terus berjalan menghampiri Azrah, tapi sebaliknya yang Azrah lakukan. “Sayang? Jagan berani kau katakan sayang pada aku kalau kau tak faham maksud sebenar sayang!”, kata Azrah dengan nada suara yang agak tinggi. Marah dengan Asrar. “Apa yang anti maksudkan ni?”, tanya Asrar lagi. Pelik. “Ahh..jangan kau buat-buat tak tahu…kau ingat aku tak nampak, apa yang kau buat dengan Muhaymin kat lobi tadi? Kau ingat aku buta? Aku tak sangaka kau memang orang yang macamtu. Kata tak nak berjumpa dengan lelaki tanpa sebab…tapi, tengok petang tadi, apa yang kau buat dengan Muhaymin? Berdua-duaan kat lobi?”, kata Azrah terus menerus, Asrar yang mendengarnya hanya mampu tercegang dan terdiam sahaja. Tak disangka rasa bahagia yang baru mula hadir dalam hidupnya tadi. Kini telah dihapuskan dengan tuduhan-tuduhan yang melulu dari Azrah, teman baiknya sendiri. Hatinya betul-betul diduga. Asrar cuba menidakkan segala anggapan dan menerangkan yang sebenarnya kepada Azrah. Tapi semuanya hanya sia-sia. Azrah tidak mahu mendengarkannya. “Menyesal aku mengaku pada cikgu Zali, aku yang melakukan semua itu. Kalau aku tahu kau akan buat perangai macamni. Aku malu untuk mengaku kau ni kawan yang pernah aku kenali..”,kata Azrah lagi. Kali ini, kata Azrah telah membuatkan airmta Asrar sekali lagi gugur ke bumi. Dia kesal dengan segala yang diucapkan oleh Azrah padanya.

Namun Asrar tetap cuba menenangkan Azrah, tetapi Azrah tetap terus menjauhkan diri daripda Asrar. Tanpa disedari, belakang Azrah ada sebuah tangga. Asrar yang cuba untuk mengingatkan Azrah, di belakangnya ada tangga, akhirnya berakhir dengan satu tragedi yang tidak diingini. Azrah jatuh bergolek kearah tangga sehingga dia pengsan tidak sedarkan diri. “Azrah!!!”, jerit Asrar yang melihat keadaan Azrah yang berlumuran darah dikepala dan hidungnya.

Apa yang terjadi seterusnya??
tunggu ya sambungan akan datang...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Episod 6

“Sebenarnya, tujuan saya mahu berjumpa kamu ni, untuk menyelesaikan masalah kamu..”, kata cikgu Zali pada Asrar sebaik sahaja, Asrar datang ke biliknya petang itu. Cikgu Zali merupakan guru agamanya yang merupakan salah seorang guru disiplin di sekolah itu. Kebijaksanaannya dalam menyelesaikan kes-kes di sekolah, semua pelajar di sekolah itu sudah sedia maklum. “Masalah apa cikgu? Asrar kurang faham maksud cikgu..”, kata Asrar lagi. Asrar memang sungguh-sungguh tidak faham.

“Assalamualaikum ustaz….”, salam seorang pelajar lelaki yang kini berada di hadapan pintu bilik itu, membantutkan perbualan Asrar dengan cikgu Zali. “Waalaikumusslam…sila masuk Muhaymin”, kata cikgu Zali lagi. ‘Muhaymin? Apa dia buat kat sini?’, desis hati kecil Asrar apabila tahu Muhaymin juga ada di situ. Dengan isyarat mata yang diberikan cikgu Zali itu, lantas saja Muhaymin duduk dikerusi sebelah Asrar, dan kini kedua-duanya menghadap cikgu Zali. Seolah-olah mereka berdua melakukan kesalahan yang amat berat kali ini. Dada Asrar semakin berdebar-debar tatkala itu, dia tak tahu apakah yang dimaksudkan dengan masalah yang dikatakan cikgu Zali tadi.

“Asrar dah dapat agak, masalah apa yang saya maksudkan tadi?”, tanya cikgu Zali sekali lagi kepada Asrar yang kini terus menundukkan pandangannya ke bawah. Tidak berani bagi Asrar untuk mengangkatkan pandangannya apabila ada dua sekali lelaki ajnabi yang berada di hadapannya kini. “Maaf cikgu, ana sungguh, tak faham”, kata Asrar sejujurnya. “Beginilah, senang cerita…apa kamu berdua masih ingat lagi akan gambar lelaki yang dikatakan dijumpai di dalam almari pelajar aspuri? Dan perkara itu telah heboh hampir satu sekolah ini?”, tanya cikgu Zali kepada kedua-dua mereka untuk mengingatkan semula akan hal itu. “Gambar itu? Cikgu percaya akan cerita yang tersebar itu? Sungguh, Asrar tidak melakukan semua itu…Asrar tidak pernah menyimpan semua gambar tu..”, kata Asrar dengan nada yang kecewa. Baginya, cikgu Zali juga telah percaya akan cerita bohong itu. Dia merasakan seolah-olah dirinya di pandang hina dan dipersalahkan. Bahkan akan di hukum, paling memalukan, orang yang empunya gambar itu juga kini berada di hadapannya. Sungguh memalukan bagi Asrar. “Wahai anakku..sabarlah. Cikgu tahu kamu tidak akan melakukan perkara itu. Kami semua disini mengenali siapa itu Afsa Asrar. Sebab itulah cikgu suruh kamu berdua datang berjumpa saya petang ini. Tujuannya saya mahu menyelesaikan masalah ini secepatnya dengan adanya bantuan daripada kamu berdua. Muhaymin yang berada di sebelah Asrar, sejak tadi, hanya diam sahaja mendengarkan semua pengucapan cikgu Zali dan Asrar.

“Percayalah anti, Allah itu takkan menghukum hambanya yang tidak buat salah..ana juga tidak menyalahkan anti tentang hal ini. Ana juga percaya, anti adalah mangsa permainan budak-budak yang tak berhati perut itu. Sabarlah semua ini pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Dan kita akan cuba untuk menyelesaikan secepatnya..”, kata Muhaymin yang mula bersuara. Mahu saja Asrar menangis kerana malu pada Cikgu Zali dan Muhaymin, atas perbuatan yang tidak dilakukannya sama sekali. Dia malu, apabila Muhaymin juga tahu akan cerita itu. Sungguh, Asrar amat mengagumi lelaki itu, sejak dulu lagi. Cuma hanya doa sahaja yang mampu dia lakukan hari-hari, mohon pada tuhan andai mujahid yang bernama Muhaymin itu yang akan jadi pemimpin dalam hidupnya kelak. “Ana harap, anti tak salahkan diri dengan apa yang berlaku ni. Ini bukannya salah anti, bagi ana anti hanyalah teraniaya”, kata Muhaymin lagi, mungkin cuba memujuk Asrar.

“Betul apa yang dikatakan Muhaymin itu..kamu jaganlah menyalahkan diri sendiri, kami percaya bukan kamu yang melakukannya. Untuk pengetahuan kamu berdua..saya juga telah mengetahui siapa yng melakukan perkara itu”, kata cikgu Zali lagi. Dan kata-kata itu, membuatkan Asrar mengangkat pandangannya memandang cikgu Zali yang berada dihadapannya. Sungguh, dia benar-benar bersyukur, kerana akhirnya kebenaran itu terbongkar. Namanya akan bersih kembali. Tak dapat digambarkan perasaan gembira Asrar apabila mengetahui tentang hal itu.

“Siapa yang lakukan semua ni cikgu? Beritahulah Asrar, Asrar mohon”, kata Asrar bersungguh. Muhaymin yang mendengarnya juga, turut mengangguk-nganggukkan kepala tanda setuju. “Tapi, bolehkah, selepas kamu berdua tahu, jangan pula ada dendam dalam hati kalian pada dia, malah saya mahu kamu maafkan dia seikhlasnya. Lagipun, dia sudah menyesali akan perbuatannya terhadap kamu berdua..”,terang cikgu Zali kepada Asrar dan Muhaymin. “Asrar janji akan memaafkannya..Asrar janji cikgu”, kata Asrar lagi. “Saya pun cikgu”, balas Muhaymin ringkas.

“Saya harap, kamu dapat bersabar mendengar apa yang saya nak perkatakan ni..”, kata Cikgu Zali lagi, dia pasti berita yang akan disampaikan itu, akal mengejutkan kedua-duanya , tambah-tambah pada Asrar. “Orang yang melakukan semua ini adalah…Azrah Husna..sahabat baikmu Asrar”, kata Cikgu Zali lagi. Asrar yang mendengarkannya memang terkejut. Namun dia masih lagi boleh menahan kesedihan yang dirasainya. Muhaymin yang mendengarkan hal itu juga turut terkejut. Ini kerana dia mengetahui bahawa, Azrah itu adalah sahabat baik Asrar, dan satu sekolah pun tahu akan hal itu. Namun cepat-cepat, Muhaymin menyembunyikan rasa terkejutnya dari pengetahuan Asrar, bimbang akan menyinggung perasaan Asrar. “Apa dia ada bagitahu cikgu kenapa dia lakukan semua ini?”, tanya Asrar lagi. “Sungguh, sebenarnya dia lakukan semua ini kerana perasaan marahnya dengan kamu..dia marah, kerana kamu tidak mahu mengaku yang sebenarnya kamu ada simpan perasaan pada Muhaymin. Dan pada masa itu, Ain telah datang untuk menghasutnya supaya melakukan sesuatu dengan memburukkan namamu. Ketahuilah mu Asrar, Azrah melakukan semua ini atas dorongan Ainul Sakinah dan teman-temannya yang lain. Mereka telah mempergunakan Azrah sebagai senjata untuk memfitnahmu. Azrah telah menceritakan segalanya pada saya…”, terang cikgu Zali kepada Asrar. Lantas sahaja air mata Asrar menitis dipipinya kerana sedih dengan berita yang didengarinya itu. Tidak menyangka sahabat yang dikasihi, dipercayai dan disayangi sepenuh hati, sanggup menuduhnya yang bukan-bukan dan memfitnahnya hanya kerana mengikut nafsu amarah semata-mata.

“Bersabarlah anti, kuatkanlah hatimu untuk menerima semua ini. Ana yakin, semua ni pasti ada hikmahnya. Inilah tandanya bahawa Azrah itu juga masih lagi menganggap anti sebagai sahabatnya yang paling dia sayang. Buktinya…dia sanggup mengaku akan kesalahannya, dan menyesal akan perbuatannya. Allah itu telah memakbulkan doa anti, agar membuka dan memberi petunjuk pada Azrah…”, kata Muhaymin meyakinkan Asrar. Dia tahu, bahawa Asrar sangat menyayangi Azrah. Semuanya dia tahu tentang Afsa Asrar, yang sebenarnya adalah muslimah yang dicari selama ini. Cuma masa saja yang belum sesuai untuk dia menyatakan segalanya sekarang. Kewarasan akal fikirannya, mengajar Muhaymin untuk terus bersabar dan terus berdoa agar benar Asrar itu adalah serikandi dalam hidupnya kelak. “Syukran atas nasihat itu..”, kata Asrar kepada Muhaymin, namun pandangannya masih lagi tidak diangkat untuk memandang wajah mujahid, Muhaymin.

“Bersabarlah wahai anakku, kamu pasti menanti Azrah yang dulu kembali bukan? Selepas ini, kamu jumpalah dia, saya yakin dia juga pasti menunggu kamu di asrama nanti. Berjumpalah dengan dia, maafkanlah dia, dan terimalah dia semula dengan hatimu yang ikhlas…saya yakin itulah yang akan membawa kebaikan kepadamu nanti…”, kata cikgu Zali lagi. Asrar hanya mengangguk tanda faham apa yang dikatakan oleh cikgunya itu.

Setelah itu, mereka pun keluar dari bilik cikgu Zali untuk pulang ke asrama masing-masing. “Anti, ana mahu minta tolong pada anti, kalau anti tidak keberatan untuk tolong ana…”, kata Muhaymin apabila mendapati Asrar hanya berjalan dibelakangnya dengan senyap, mugkin masih lagi memikirkan hal tadi. “Ha? Ye..tolong apa?”, tanya Asrar. “Boleh anti tolong berikan buku ini kepada Fatimah? Fatimah mahu pinjam buku ini dari Luqman pagi tadi, jadi Luqman wakilkan ana untuk sampaikan buku ini pada anti, untuk diberikan kepada Fatimah…boleh?”, tanya Muhaymin semula. “Baiklah, ana akan sampaikan buku ini padanya nanti”, kata Asrar, sambil tangannya menyambut huluran buku daripada Muhaymin. “Syukran ya Asrar..”, kata Muhaymin. “A’fwan…”, kata Asrar yang mula utuk meneruskan langkahnya untuk pulang ke asrama. “Anti…err..ana harap, anti dapat terus sabar dalam menerima ujian Allah ini..ingatlah, lagi bayak Allah uji hambanya. Tandanya Allah itu sangat sayangkan hambanya…”, kata Muhaymin. Asrar yang baru nak melangkah, terhenti semula apabila mendengar Muhaymin berkata begitu. “Syukran..ana juga minta maaf kerana menyebabkan pelajar-pelajar lain memandang serong pada anta selama ini…”, kata Asrar membalas. Muhaymin hanya tersenyum mendengar kata-kata Asrar. Sudah lama dia memaafkan Asrar, kerana dia tahu ini bukan salah Asrar. “Jangan risau anti, ana sudah maafkan..yang lepas biarlah lepas…kita jadikannya pengajaran dan buka buku baru..”, kata Muhaymin dengan penuh berhemah. Tanpa disedari, ada senyuman yang kelihatan pada wajah Asrar apabila mendengarkan ucapan Muhaymin. Dan Muhaymin melihat senyuman itu.


bersambung....
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Episod 5

“Ain, aku tak nak lagi bersubahat dengan kau! Memang aku salah selama ni aku hanya ikut telunjuk kau…aku tak sangka kau memang seorang yang busuk hati!! Sanggup kau tabur fitnah tentang Asrar macamtu?”, kata Azrah dengan nada yang sangat marah. Pada mulanya Ain yang mendengarnya memang terkejut, tapi tiba-tiba dia dan kawan-kawannya tergelak. “Apa yang kau cakap ni Azrah? Aku salah dengar ke?”, kata Ain dalam nada mengejek. “Sudah Ain! Kau janagn nak berlagal tak tahu plak..kau ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat? Kau aku tak nampak?”, kata Azrah lagi. “Ingat Ain, kau jangan berani nak kacau Asrar lagi! Kau kacau dia lagi, maknanya kau kacau aku jugak!”, kata Azrah. “Hey Azrah, kau ingat kau tu sape hah? Kau belum kenal lagi siapa Ain. Ini Ain Sakinah tau”, kata Ain dengan penuh bangga, dalam diam dia mencabar Azrah. “Semua kenal siapa tu Ain Sakinah Dato Alimuddin, tapi sayang…perangainya tak seindah namanya”, balas Azrah, puas hati! “Ingat Ain, semuanya pasti akan terbongkar, kau jangan ingat aku tak berani”, kata Azrah lagi. Azrah terus berlalu pergi meninggalkan Ain dan kawan-kawannya. Panas hati Azrah masih lagi berbekas, sepanjang dia berjalan pulang ke asrama, tidak sekalipun di angkat kepalanya semasa berjalan. Semua yang berselisih dengannya dibuat tak tahu sahaja.

Sikap Azrah mula pelik sejak akhir-akhir itu. Dia mula untuk mempertahankan hak Asrar, seperti mana yang dahulu dia lakukan. Adakah ini tandanya Azrah yang dikenali Asrar dahulu sudah kembali? Adakah doa Asrar selama ini telah dimakbulkan Ya Rabbi? Asrar sendiri sedar akan perubahan Azrah. Dalam diam Asrar mula kembali tersenyum, dia tahu Azrah akan kembali seperti dahulu, dan dia sanggup lakukan apa sahaja untuk itu. Harapannya untuk menunggu Azrah kembali seperti dahulu tak pernah pudar bagi Asrar.
“Ya ukhti! Tunggu sekejap!”, jerit satu suara dari belakang. Asrar yang berjalan dengan Fatimah untuk ke makmal computer terhenti. “Asif, ana ambik masa anti berdua sebentar..ana hanya nak sampaikan pesan…cikgu Zali, nak jumpa Asrar selepas habis kelas petang nanti di bilik guru”, kata Aiman, seorang ahli BADAR. “InsyaAllah…syukran alaika”, ringkas balas dari Asrar. “Hmm..anti rasa kenapa plak cikgu Zali nak jumpa ngan ana? Ana ada buat salah ke?”, tanya Asrar yang hairan kepada Fatimah yang berjalan seiring dengannya. “Hmm..ada hal penting kot yang dia nak cakap ngan anti…anti ni kan anak kesayangan cikgu Zali…”, kata Fatimah yang saja bergurau dengan Asrar, saja mahu melihat lagi senyuman di wajah sahabatnya itu, senyuman yang sangat menyejukkan jiwa.

Tapi, dalam masa yang sama, dia pun gelisah tentang hal itu. Dia sebenarnya tahu apa tujuan cikgu Zali panggil Asrar. Bahkan dialah yang meminta tolong cikgu Zali untuk menjadi orang tengah, yang dia yakin dapat menyelesaikan masalah ini. “Anti ada apa-apa aktiviti ke petang ni?”, tanya Asrar. “Ana rasa, ana ada janji ngan adik-adik BADAR petang ni di surau..”, kata Asrar yang cuba mengelak daripada ajakan Asrar yang dia dah dapat agak dari mula tadi. “Ye ke? Tak apalah kalau macamtu…ana jumpa cikgu Zali sendirian je la..”, balas Asrar yang agak kecewa. Sungguh dalam hati Fatimah, dia mahu menemani sahabatnya itu, tetapi dia tidak mahu melihat Asrar malu nanti, apabila adanya dia untuk perjumpaan petang tu nanti, biarlah mereka yang terlibat sahaja yang mengetahuinya. Ini juga adalah kebaikan bagi kedua-dua belah pihak. Dia telah berusaha untuk melakukan setakat yang mampu. Semuanya kini, Fatimah telah serahkan pada cikgu Zali untuk menyelesaikannya sebaiknya. Fatimah sempat juga berdoa dalam hati, agar Asrar tabah menerima segalanya.


bersambung...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Episod 4

“Ya Allah, apakah ujian Mu ini adalah tanda Kau sayangkan hambamu ini? Demi Mu ya Rabb, aku terima semua ini dengan hati yang ikhlas. Aku redha dengan semua ujian Mu ini ya Allah”, doa Asrar di malam yang sepi, di malam yang sedang pelajar lain begitu lena dengan tidur mereka. Asrar, selalu mendekatkan dirinya dengan penciptanya. Suka dia untuk bangun malam dan bersujud kepada cintanya yang satu, Allah yang Esa. Tersedu sedan Asrar menangis malam itu, melepaskan segala resah yang sarat di hatinya, bersungguh-sungguh dia mengadu pada tuhannya. Asrar lebih suka mengadu segala yang ditanggungnya pada penciptanya Yang Maha Agung. “Ya Allah, Kau tetapkanlah hati hambamu ini di jalan Mu, janganlah Kau pesongkan hatiku, setelah Kau berikan petunjuk dan hidayahMu kepadaku. Aku mohon Ya Allah, jauhkanlah kau dari segala perasaan yang membuatkan Kau murka pada hambamu ini…”, sambung Asrar lagi. Sesungguhnya Allah itu amat menyayangi hambanya yang bertaqwa kepadanya, oleh itu, Asrar tidak dibiarkan keseorangan untuk menaggung segala rasa sedih di hatinya, disebalik kekhusyukan Asrar menadah tangan berdoa kepada cintanya yang satu, Fatimah telah terdengar esakan Asrar melalui celah pintu musolla. Fatimah sangat sayu mendengarkannya, dan terus masuk ke musolla untuk mendamaikan hati sahabatnya.

Selesai sahaja Asrar berdoa, dipeluknya Asrar yang masih menangis itu, “bersabarlah wahai sahabatku,sesungguhnya Allah itu sangat menyayangimu”, kata Fatimah untuk memujuk sahabatnya yang seorang itu. “Asrar, ana selalu ada untuk berkongsi susah dan senang dengan anti..berceritalah segala keresahanmu padaku, agar kau lebih tenang..”, kata Fatimah lagi. “Shukran ya ukhti, anti sangat baik kepada ana..ana runsing tentang gambar tu..”, kata Asrar, mula untuk meluahkan rasa bimbangnya. “Demi Allah, ana tak lakukan semua itu…tak pernah terlintas dalam hati ana untuk menyimpan gambarnya..”, kata Asrar lagi. “Ya ukhti, sesungguhnya ana dan yang lain juga amat percayakan anti, kami yakin anti bukan macamtu..kami kenal siapa itu Afsa Asrar..sebab itu ana ambil keputusan untuk siasat hal ini..ana pasti ada yang tak kena..”, kata Fatimah, menenangkan hati Asrar. “Sama-sama kita berdoa, agar segala salah faham ini akan terungkai nanti..percayalah yan ukhti, kebenaran itu selalu menang”, tambah Fatimah lagi, menguatkan semangat sahabat yang dikasihi. “Kita ini hambaNya, selalu sahaja akan diuji dengan pelbagai dugaan..mungkin ini adalah dugaan untuk anti..semua ini pasti ada hikmahnya..himah itu nanti, pasti akan membahagiakan anti ananti, percayalah..”, kata Fatimah lagi, sambil menatap wajah Asrar yang basah dengan airmata. Mendengarkan kata-kata Fatimah itu, hati Asrar seolah-olah lebih kuat untuk menghadapi semua ini, terukir satu senyuman pada wajahnya. Jelas keayuannya, apabila Asrar tersenyum. Mungkin senyuman itulah yang telah berjaya menambat hati ramai mujahid.

*************************************************************************************************

“Assalamualaikum… Tabahkan hatimu ya ukhti, sesungguhnya dugaan yang Allah bagi itu adalah untuk menguji iman hambanya semata-mata. Moga-moga apa yang terjadi ini akan menambahkan lagi keimanan kita padaNya. Janganlah anti bersedih dengan semua yang berlaku pada diri, bahkan ucapkanlah syukur padaNya. Dekatkanlah lagi diri kita pada cinta kita yang satu. InsyaAllah semuanya akan kembali normal seperti biasa. Ikhlaskanlah dirimu untuk menerima segala ujian dan dugaanNya. Teruskan semangatmu untuk menjadi muslimah yang sejati..insyaAllah kebahagiaan menunggumu dihadapan..” -Sahabatmu,Fatimah-

Nota biru itu, telah membuatkan Asrar bertambah semangat tntuk meghadapai segalanya. Sedikit sebanyak, nota itu membuatkan Asrar berasa tenang dan dapat berfikir secara rasional, tentang hal yang dihadapinya tatkala ini. Sekali lagi, terukir senyuman pada bibirnya yang comel.

“Amboi, ustazah tu..senyum je memanjang..dapat apa tu? Surat cinta ke? Ke tengah tatap gambar buah hati? Hahahaha…”, tegur Azrah yang lalu di koridor di hadapan kelasnya. Turut gelak, Ain yang berada disebelahnya dan beberapa kawannya yang lain. Tempat duduk Asrar yang bersebelahan dengan tingkap dan dekat dengan koridor itu, membuatkan sesiapa sahaja yang lalu pasti akan nampaknya. Asrar yang mendengar kata-kata Azrah itu, hanya tersenyum. Tetapi dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya Asrar denagn ucapan Azrah itu, teman baiknya sendiri.
“Sudahlah Asrar, jangan anti ambil hati dengan kata-kata Azrah..ana pasti dia pun tak pasti dengan apa yang diucapkannya..sabar ya..”, kata Atul, yang duduk bersebelahan dengan Asrar dalam kelas. Asrar hanya membalas dengan senyuman, dalam hatinya terus berdoa, agar dikuatkan hatinya untuk berhadapan dengan semua ini.

Mungkin dengan berbekalkan 30 juz al-Quran yang ada dalam hatinya, hatinya sentiasa diterangi dengan cahaya, mudah baginya untuk memngagak sesuatu perkara yang kadang-kala orang lain tidak tahu. Tiba-tiba terlintas di fikiran Asrar, tentang apa yang diperkatakan Azrah tadi. Asrar mula berasa hairan, seolah-olah Azrah tahu apa yang terjadi pada dirinya dalam seminggu ini. Namun jauh-jauh dibuangkan segala syak wasangkanya pada Azrah. Asrar terus memberitahu dirinya bahawa Azrah itu tetap sahabatnya dan Azrah juga masih menganggapnya sebagai sahabat. Begitu sayang Asrar kepada Azrah, sehinggakan dia tidak mahu berburuk sangka padanya.

Semua lamunannya terhenti apabila, guru bahasa arabnya, sudah masuk ke kelas. Asrar mula untuk focus pada pelajarannya saat itu. Bahasa arab adalah subjek kegemarannya, kerana dia amat suka mendalami bahasa arab dan amat berguna bagi seorang hafizah sepertinya. Keaktifan semua pelajar dalam kelasnya membuatkan kelas itu sentiasa hidup dengan soalan dan gelak tawa pelajarnya. Itulah yang membuatkan Asrar lupa sekejap dengan segala masalah yang menimpanya. Namun begitu, jauh dalam hatinya, Asrar tak pernah berhenti berdoa, agar dirinya sentiasa terpelihara daripada segala fitnah manusia.

*************************************************************************************************
Setelah dua minggu berlalu…

“Ya ukhti, ada perkara yang ana bincang dengan anti”, kata Fatimah. Fatimah mengajak Asrar untuk duduk berbincang tentang beberapa hal di dalam bilik pengawas pada suatu petang. Hanya mereka berdua sahaja yang ada dalam bilik itu. Asrar agak berdebar-debar juga apabila melihat reaksi Fatimah yang agak serius, mungkin perkara yang hendak dinyatakannya begitu penting, itulah yang ada dalam fikiran Asrar. Namum, lagi berganda debaran yang dialami oleh Fatimah. Fatimah tahu, setelah apa yang disampaikan nanti, perubahan yang besar bakal berlaku pada kehidupan Asrar. “Hmm…ada apa Fatimah? Ana tengok, macam penting sungguh perkara yang anti nak bincangkan dengan ana ni...ada apa-apa yang ana boleh tolong ke?”, terus Asrar tanya setelah menunggu beberapa ketika, Fatimah masih lagi senyap. “Asrar…masih ingatkah lagi anti tentang gambar tu?”, tanya Fatimah setelah ditanya Asrar sebentar tadi. “Ya, mestilah ana ingat, itulah yang ana bimbangkan sehingga sekarang..limaza? anti dah tahu siapa yang lakukan semua ini?”, soal Asrar teruja. “Hmmm…ana harap anti dapat menerima dengan tenang apa yang ana nak cakapkan ni”, kata Fatimah setrusnya sambil menepuk lembut bahu Asrar. “Untuk pengetahuan anti, kami telah bertanya kepada beberapa orang pelajar tentang hal ni, dan kami telah cuba memastikan kebenarannya. Ini semua adalah dari sumber-sumber kami yang dipercayai..tapi kami belum boleh tangkap dia lagi, kerana kami belum ada bukti yang kukuh lagi..”,terang Fatimah dengan hati-hati. “Ye ker? Boleh ana tahu, siapa orang yang disyaki tu?”, tanya Asrar. “Dia adalah orang yang paling dekat dengan anti…”,jelas Fatimah lagi, sebolehnya dia tidak mahu menyebut nama orang itu. “Orang paling dekat dengan ana? Siapa? Yang paling dekat dengan ana..Azrah…Atul…takkan diorang kot, mustahil la plak..”, kata Asrar lagi sambil cuba mengingat orang-orang yang rapat dengannya. “Azrah”, sepatah balas Fatimah. “Azrah? Takkanlah..dia takkan buat macamtu..ana kenal siapa Azrah..”, kata Asrar yang tidak percaya dengan apa yang dikatakan Fatimah.

“Anti, ana tak main-main ni..sungguh, memang dia, tapi ana tak cukup bukti lagi untuk tangkap dia”, kata Fatimah lagi. Pada masa yang sama, mengalir laju air mata pada wajah tenang Asrar. Fatimah jadi serba salah melihat keadaan itu. “Sabar ya ukhti, kuatkan hatimu..ana yakin ini bukan kerja Azrah seorang, pasti ada yang mempengaruhinya”, pujuk Fatimah cuba menenangkan Asrar. “Limaza? Apakah dosa ana pada dia anti? Tahukah dia, ana amat menyayanginya?”, kata Asrar, sedang airmatanya terus laju mengalir dipipi gebunya. “Anti kena kuatkan semangat..kita harus selesaikan perkara ini dengan segera..sebab itu ana perlukan pertolongan anti..mahukah anti tolong ana?”, kata Fatimah lagi. “Anti, demi Allah, Yang Maha Mengetahui segalanya..ana sedia membantu anti, ana tak mahu Azrah lari jauh..ana sayangkan dia..ana mahukan sahabat ana, Azrah yang dulu..”, kata Asrar sendu. Fatimah amat memahami perasaan Asrar tika itu.

Petang di asrama…

“Hai, ustazah yang baik ni duduk sorang-sorang je ker? Mana temanmu yang sangat setia tu? Ops…silap plak, bukan teman…tapi kasih hati yang sangat dicintai..hehehe..”, kata Ain yang lalu di hadapan Asrar bersama-sama dengan Azrah disebelahnya. Azrah, sedikit pun tidak memandang wajah Asrar. Terus saja Asrar teringatkan perkara yang dikatakan Fatimah tadi. “Hmm…rindu sangat nampaknya kat kekasih hati ye…samapai tak dapat dah nak bercakap…hehehe”,kata Ain lagi dan terus berlalu pergi. ‘Ya Allah, kau kuatkan hatiku dalam menghadapi segala dugaanmu’, doanya dari dalam hati. Sedih hatinya tatkala itu, hanya tuhan saja yang tahu.

Assalamualaikum wbt.. Sahabatku Azrah, Masihkah lagi anti sudi baca surat ini, yang datangnya dari Asrar…jika tidak, jangan anti teruskan bacaan ini , buangkan saja dalam tong sampah … Shukran jika anti masih lagi ingin membaca surat ni..anti, tahukah anti , ana dah tahu siapa dalang disebalik semua yang menimpa ana kebelakangan ini…apakah maksud semua ini? Azrah, mengapa anti berubah terlalu ketara? Mana hilangnya Azrah, yang ana kenal dulu? Apakah salah ana? Sungguh, banyak persoalan yang bermain difikiran ana, yang ana tahu, semua jawapan tu ada pada anti…limaza? Ana tak percaya anti melakukan semua ini atas kehendak sendiri. Ana pasti ada yang pengaruhi anti..tidak kisahlah siapa pun yang bersama anti..ana harap sangat anti sedar apa yang telah anti lakukan ini, adalah salah dan menimbulkan banyak fitnah. Azrah, dimanakah kejujuran, ketulusan dan kaikhlasan yang ada dalam diri anti tu? Ana harap sangat-sangat, anti fikirkan semula tindakan yang telah anti lakukan dan juga apa jua yang akan antu lakukan selepas ini. Ketahuilah anti, sesungguhnya ana sangat sayangkanmu, sahabatku.احب إليك حبّا شديدا -Asrar-

bersambung....


Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Episod 3

“Assalamualaikum kepada antum semua…”, huluran salam pembuka majlis pada waktu itu, membuatkan keadaan surau yang tadinya ada kedengaran suara-suara jemaah yang berborak, menjadi sunyi, semua menumpukan pendengaran masing-masing kea rah suara yang kedenganran, “Sementara kita menuggu isyak..ana ada satu tazkirah yang ingin ana sampaikan sebagai renungan kita semua…”, sambung lagi suara itu apabila melihat semua jemaah yang ada beralih pandangan kepadaanya dan menunggu kata-kata selanjutnya. Setelah diam sejenak suasana dalam surau Asy- Shakireen itu, “Ana yakin, semua yang berada di sini sangat arif tentang CINTA..cinta pada kekasih? Cinta pada sahabat? Cinta pada ibu bapa kita? Cinta yang manakah yang perlu kita utamakan? Tahukah kita semua, apakah itu Cinta kepada Allah ? Cinta model ini adalah cinta yang paling utama. Bahkan kata ulama kita, cinta kepada Allah adalah pokok dari iman dan tauhid seorang hamba. Karena memang Allah sajalah satu-satunya dzat yang patut diberikan rasa cinta.Segala cinta, kalau kita buat peringkat maka nyatalah bahwa cinta kepada Allah adalah puncaknya. Ia adalah yang tertinggi, paling agung dan paling bermanfaat. Begitu bermanfaat cinta kepada Allah ini, sehingga tangga-tangga menuju kepadanya pun merupakan hal-hal yang bermanfaat pula. Diantaranya berupa taubat, sabar dan zuhud. Apabila cinta diibaratkan sebuah pohon maka ia pun akan menghasilkan buah-buah yang bermanfaat seperti rasa rindu dan ridha kepada Allah.

Aduhai sahabat yang dirahmati Allah sekalian…mengapa kita mesti cinta kepada Allah ? banyak sekali alasannnya. Diantaranya adalah karena Allah lah yang memberikan nikmat kepada kita, bahkan segala nikmat. Sedangkan hati seorang hamba tercipta untuk mencinta orang yang memberikan kebaikan kepadanya. Kalau demikian, sungguh sangat pantas apabila seorang hamba cinta kepada Allah, karena Dialah yang memberikan semua kebaikan kepada hamba.
"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kalian , maka itu semua dari Allah"
(QS Al Baqarah : 165)

Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,disini ana mahu mengajak kita semua berfikir, sejauh manakah cinta kita kepada Dzaat yang satu? Sudah cukup teguhkah cinta kita kepada Pencipta kita yang Maha Agung? Beranikah kita untuk memikirkan cinta yang selainnya sedangkan cinta kita pada-Nya sahaja pun belum kukuh? Ayuh sahabat sekalian, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita, sesungguhnya jika kita menjaga cinta kita kepada Allah, nescaya Allah juga akan menjaga rasa cinta yang wujud dalam hati kita ke jalan yang diredhaiNya”, itulah tazkirah yang telah disampaikan oleh Luqmanul Hakim, yang tak lain dan tak bukan adalah ketua pelajar sekolah. Luqman adalah rakan seperjuangan malah sahabat baik kepada Muhaymin. Perwatakannya yang hampir sama dengan Muhaymin, menjadikan dia juga sering menjadi mujahid yang dicontohi akhlaknya. Namun perwatakannya yang tegas, membuatkan dia jarang untuk senyum, namun air wajahnya yang sentiasa tenang pasti mendamaikan setiap kali memandangnya.

Sementara menunggu azan isya’, semua jemaaah mengisi masa masing-masing dengan bacaan ayat al-quran dan ada yang berzikir. Namun di satu sudut saf, Asrar menangis sendirian, oleh kerana suasana surau bergema dengan suara orang mengaji dan juga alunan ayat-ayat suci yang dipasang dengan kaset, membuatkan tangisannya tidak didengari dan disedari oleh sesiapa, kecuali Fatimah. Fatimah yang menyedari, Asrar menangis tersedu-sedu duduk memdekati sahabatnya yang seorang itu. “Ya ukhti, anti menangis?”, tegur Fatimah sambil tangannya menarik bahu Asrar ke dalam pangkuannya. Menyedari Fatimah berada disebelahnya, Asrar dengan oantaas cuba untuk mengesat air matanya yang terus menerus merembes keluar dari matanya. Asrar seolah-olah tidak mampu lagi menanggung penderitaan yang dialaminya. “Jangan berhenti menangis, menagislah sepuasnya Asrar, ana ada disebelahmu, janganlah kau malu denganku..ana mengerti perasaanmu..kuatkan hatimu Asrar..”, kata Fatimah sayu. Asrar yang mendengar kata-kata Fatimah menjadi terharu, bahkan tangisannya bersambung kembali. Menangislah Asrar dalam dakapan Fatimah sehingga berkumandangnya azan Isya’.

*************************************************************************************************

“Azrah, macamana? Kau dah jalankan rancangan kita hari tu?”, tanya Ain kepada Azrah yang leka menyiapkan lukisan plannya di kelas pada waktu prep pagi sabtu itu. “Ha? Rancangan yang mana satu? Banyak sangat rancangan dalam otak aku ni”, kata Azrah dalam nada bergurau. “Ish kau ni, takkan lupa plak si Asrar tu lah…kawan baik kau yang kau sayang sangat kat tu”, tambah Ain. Ainul atau lebih suka dipanggil Ain, merupakan kawan Azrah, yang mula rapat dengan Azrah, apabila dia dapat tahu Azrah ini sangat suka pada Muhaymin. Ainul mempunyai perwatakan yang sangat cantik, tapi sayangnya hatinya tidak secantik perwatakannya. “Oooo…yang itu, dah beres dah..kau tunggu dan lihat je nanti apa yang akan terjadi”, kata Azrah dalam nada yang gembira. Seolah-olah rancangannya akan menjadi. “Tapikan..kau tak rasa bersalah ke kat Asrar, maklumlah..dia kan kategori orang-orang yang alim kat sini, tambahan pulak, satu sekolah tahu, kau dan dia kawan baik..”, terus sahaja Ain berbicara cuba perangkap Azrah. “Alah, aku dah tak kisah semua tu…aku tak ada kawan yang tak de perasaan macamtu, hipokrit semata-mata, apa dia ingat aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia? Dia ingat akau tak tahu yang dia pun dalam diam tergila-gilakan Muhaymin tu? Pleease…la Ain, ni Azrah tau…Asrar tu belum kenal lagi sapa Azrah ni tau…”, balas Azrah dengan angkuhnya. Ain yang mendengar kata –kata Azrah itu, tersenyum puas, akhirnya dia berjaya menarik Azrah ikut perangainya. Ain yang sebenarnya dengki dengan Asrar, kerana semua pelajar sangat hormat padanya. Semua pelajar menjadikannya contoh muslimah yang sejati. Semua pelajar memuji-muji akan kelebihan Asrar, tiada siapa yang tidak kenal Asrar, malahan ramai mujahid yang disukai Ain pun, semuanya tertarik pada Asrar.Ain telah menyimpan dendam untuk mengenakan Asrar melalui sahabat baiknya sendiri iaitu, Azrah.

“Perhatian..semua pelajar dikehendaki pulang ke asrama masing-masing sekarang, spot check akan diadakan dalam masa 30 minit dari sekarang..terima kasih”, pengumuman itu membuatkan Azrah tersenyum sendiri, Ain yang melihat reaksi itu, seakan faham apa yang berlaku sebenarnya.
Barang berharga milik salah seorang pelajar telah pun dijumpai semasa spot check diadakan. Pelajar yang terlibat pun telah dipanggil ke bilik disiplin. Namun, ada satu dugaan yang menunggu Asrar di kamar pengawas aspuri. Setelah semuanya selesai, semua pelajar dikerah untuk sambung waktu prep mereka, manakala semua pengawas aspuri diminta berkumpul di bilik bacaan aspuri.

“Baiklah, tujuan kita berkumpul sebentar ni kerana sahabat kita Faizah telah menemukan sesuatu, semasa spot check tadi, sekarang Faizah, boleh teruskan”, kata Fatimah, selaku ketua aspuri yang disegani. Lantas sahaja tercamapak diatas meja dihadapan mereka, 3 keping gambar Muhaymin yang telah dibulatkan dengan pen merah, dan bermacam-macam tulisan ada pada gambar itu, misalnya ‘Kau kasih hatiku, Muhaymin’, ‘Aku sayangkan kau Muhaymin’, malahan ada beberapa surat yang menyatakan hasrat cinta dan sayangnya pada Muhaymin. Terkejut semua yang ada di bilik itu ketika itu,masing-masing menggelengkan kepala melihat gambar mujahid yang mereka sangat hormati tiu, ditulis dengan ayat-ayat macamtu. “Ana tak sangka ada diantara kita ini, yang mempunyai sikap yang memalukan ini. Adakah selama ini ilmu yang kita belajar dan dapat disini adalah sia-sia belaka?”, kata Faizah dengan nada yang kesal. “Baiklah, dimanakah anti jumpa semua ini?”, tanya Fatimah lagi. Kewibawaannya terasa tercabar kerana ada anak buahnya yang mempunyai sikap macamtu, sungguh memalukan jika aspuri yang lain tahu akan hal ini. “Pada almari…Asrar, ya ukhti”, mendatar suara Faizah tatkala menyebut nama Asrar. Tercengang semua yang ada disitu, Asrar? Asrar yang mendengar namanya disebut, turut terkejut. “Ana? Tak mungkin..barangkali anti salah almari”, spontan Asrar berkata dengan keadaan yang masih tidak percaya. “Sungguh, ana jumpa ini semua dalam alamari Asrar, ana tidak keseorangan semasa menemukan semua ini, ana bersama dengan Khairiyatul masa tu”, jelas Faizah sungguh-sungguh. Faizah dan Khairiyatul sendiri pun tidak percaya pada mulanya, tapi itulah hakikat yang berada di depan mata mereka semua sekarang. “Tidak! Ini bukan milik ana, ana tak pernah simpan ini semua”, kata Asrar tegas. Asrar bukan jenis yang mudah mengalah pada kesalahan yang bukan dia lakukan. “Hazihi fitnah! Fitnah!”, kata Asrar lagi, kali ini dengan nada yang sayu. “Hmm..nampaknya ada salah faham disini, adakah antum semua percaya semua ini adalah milik Asrar?”, tanya Fatimah kepada semua yang ada disitu. “Demi Allah ya ukhti, kami semua memang tidak mempercayai semua ini, tapi bagaimana pula dengan bahan bukti yang ada dihadapan kami ini?”, kata salah seorang yang ada disitu. Asrar tertunduk malu kerana dia dianggap seperti itu. “Ana rasa kita patut siasat hal ini sesungguhnya, ana amanahkan pada antum semua, supaya merahsiakan hal ini daripada pengetahuan aspuri yang lain. Jika kita yakin bukan Asrar yang lakukan hal ini, kita mesti cari siapa dalangnya, ana harap kita semua dapat bekerjasama sebaiknya untuk mencari orang yang melakukan fitnah ini..”, jelas Fatimah tegas. Semuanya bersetuju dengan cadangan itu. Maka bersurailah mereka selepas itu.


bersambung...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta
Episod 2

“Erk…soalan aper ni Mai? Macam mengarut jer soalan anti ni…” kata Asrar. “Mengarut? Tak delah, ana tanya yang sesungguhnyer ni..mujahid mana yang telah curi hati Afsa Asrar ni?”, ulang Mai lagi. “Mai, anti kan sahabat yang paling ana sayang…jika sungguh ana ni dah ada…takkan ana tak bagitau anti?”, balas Asrar sepontan. “Ye ker? Ana ada dengar desas-desus mengatakan ada seseorang yang minat kat anti dalam diam”, kata Maisarah satu persatu. Kata-kata itu membuatkan Asrar terkedu seketika. ‘Ada orang minat kat aku? Siapa plak la ni?’ hati kecil Asrar terus bertanya. “Anti dengar tak apa yang ana katakan ni?” tanya Mai bila melihat Asrar seolah berfikir jauh. “Ha? Err… dengar la..anti ni jangan plak nak reka-reka cerita..tak baik tau”, spontan Asrar membalas. “Sungguh ya ukhti, ada orang yang sampaikan pada ana”, balas Mai lagi. Asrar hanya diam membisu. “Ya Asrar, tidak mahukah anti tahu siapakah mujahid itu?”,tanya Mai lagi. “Tidak mahu!! Ana tidak mahu siapa dia..ana rasa semua ini tak sepatutnya berlaku sekarang…banyak lagi perkara yang ana perlu tumpukan”, luah Asrar kepada Maisarah terus-terang. “Limaza ya ukhti? Sesunggunya bagi ana, dia adalah orang yang sesuai untuk anti, setanding dengan anti”, jelas Maisarah.

“Mai…ana ni serba kekurangan..cita-cita ana sendiri pun belum tercapai lagi. Apatah lagi untuk ana menerima semua ni..ini bukan masanya Mai..”, kata Asrar sayu. Ada titisan air mata yang mengalir dipipi gebu Asrar. “Anti menangis? Limaza? Ismahli…”, tanya Mai yang mula rasa bersalah dengan apa yang dicakapkannya. Sahabat yang amat disayanginya menangis! Kasihnya Maisarah kepada sahabatnya, Afsa Asrar sangat luar biasa, keakraban mereka mengatasi segala-galanya.

************************************************************************
**********************

“Tak..anti tak ada salah apa-apa…ana yang salah..”, kata Asrar sambil mengesat air matanya. Mai berasa pelik dengan jawapan Asrar, bermacam persoalan bermain difikirannya. “Mai..semua ni membuatkan ana teringat kisah ana dengan sahabat ana, Azrah semasa di zaman sekolah dulu. Gara-gara seorang mujahid, ana kehilangan seorang sahabat yang sangat ana sayang buat selama-lamanya”, cerita Asrar lagi. Mai yang berada dihadapannya mendengar dengan penuh teliti.

5 tahun yang lalu…

“Asrar…kau ni memang bodoh! Kalau ye pun kau tu alim sangat..kau kena ingat, kau pun manusia jugak..takkan sikit pun dalam hati kau, kau tak de perasaan sayang, ingin mencintai orang lain?”, kata Azrah kepada Asrar. Azrah bengang kerana Asrar menolak seorang lelaki yang dia sendiri tergila-gilakan. Seorang mujahid yang amat disegani di sekolahnya, semua orang mahukan mujahid ini, ketampanan dan kewibawaannya dalam melaksanakan tugas, tiada sesiapa yang boleh pertikaikan. Amirul Muhaymin El-Hafiz, itulah mujahid yang sering meniti dibibir para pelajar. Kewibawaannya, membuatkan setiap pelajar amat menghormatinya. “Azrah, aku tahu aku ni bodoh…aku tak kisah apa yang kau mahu katakan”, balas Asrar dengan nada yang bersahaja. Dia pun sudah tak tahu apa lagi yang harus dikatakan. “Aku lebih kasih akan cintaku pada-Nya..cintaku pada-Nya pun belum teguh, apatah lagi aku ingin mencintai orang lain? Aku tak layak Azrah…” katanya lagi. “Aduhai…kau ni memang betol la…aku pun dah tak tahu lagi macamana nak cakap kat kau…kau tahu tak, ramai yang mahukan dia, tapi sikit pun dia tak layan..dia menunggu kau Asrar, tunggu kau!” kata Azrah dengan nada yang agak tinggi, kesal dengan sikap Asrar yang tetap dengan pendiriannya.

“Azrah, perlukah kita bergaduh pasal mujahid ni? Aku tak nak gara-gara hal ni persahabatan kita akan jadi renggang, aku lebih sayangkan persahabatan ini Azrah”, kata Asrar dalam nada yang sebak. Jauh disudut hatinya dia tidak mahu bergaduh dengan sahabat yang sangat disayanginya, apatah lagi tentang lelaki ajnabi bagi dirinya. “Argh…ade je la jawapan kau Asrar, malas aku nak ayan kau ni…cakap banyak pun tak guna, kau bukan faham perasaan kami!” kata Azrah, lantas berlalu pergi tinggalkan Asrar di taman.

“Ya Allah, aku lebih sayang cinta-Mu..tetapkanlah hatiku pada cintamu”, doa Asrar. Duduk Asrar bersendirian di taman di asramanya pada petang yang redup itu. Jauh fikirannya melayang tentang apa yang dibicarakan dengan Azrah tadi. ‘Azrah, kalaulah kau tahu betapa kasih dan sayangnya aku padamu’, desus hati kecil Asrar. Tak lama lagi semua akan keluar dari sekolah ni, masing-masing akan ikut hala tuju masing-masing. ‘Semoga semuanya akan berakhir setelah aku keluar dari sekolah ini’ kata hati Asrar lagi. ‘Kau kuatkanlah hatiku Ya Rabb, dalam mengharungi semua ini’, terus hati Asrar memanjatkan doa kepada Illahi. Dalam tak sedar, segala tingkah laku Asrar telah diperhatikan oleh seorang lagi sahabatnya, Fatimah El- Zahra. Lantas sahaja Fatimah pergi mendekati Asrar yang berkeseorangan di taman dari tadi. Terjunkit bahu Asrar tatkala merasakan ada tangan yang menyapa bahunya. Asrar terus tersenyum tatkala melihat wajah Fatimah yang sentiasa tenang, setenang namanya. “Limaza, Asrar? Jauh anti termenung..anti ada masalah?”, tanya Fatimah kepada sahabat yang dikasihinya, apabila terlihatkan wajah sahabatnya yang redup dan sedih.”Tak ada apa-apa..ana ok je..”, kata Asrar sebaik sahaja mendengar pertanyaan Fatimah. Nahu sahaja dia meluahkan segala rasa yang ada dalam hatinya kini. Tapi, kerana sayang akan Azrah dan takut akan lebih memburukkan keadaan, Asrar lebih rela memendamkan perasaannya itu, daripada diketahui Fatimah. Sedangkan, diluar pengetahuan Asrar, Fatimah sudahpun tahu apa yang berlaku antara dia dan Azrah. Ini semua kerana ada teman-teman yang simpati dengan Asrar telah meyampaikan hal yang sebenar kepada Fatimah. Selaku ketua di asrama itu, kebanyakan cerita yang berlaku antara pelajar disitu, hampir kesemuanya diketahnuinya.

“Hmm…ya ukhti, kalau ada apa-apa yang merisaukanmu, perlukan seseorang untuk mendengarmu, carilah ana…ana akan sentiasa bersedia untuk medengar ceritamu”, kata Fatimah denagn penuh lembut. Dia tidak mahu memaksa Asrar menceritakan segalanya jika dirinya sendiri tidak mahu. Fatimah adalah seorang yang lebih matang dalam tindakannya. Kebijaksanaannya bertindak mengikut keadaan itulah yang membuatkan rakan-rakan dan semua junior sangat hormat padanya. “Kalau macam tu, ta’al ilalmath’am? Lambat kita pergi, lambat kita akan tiba di surau untuk bacaan al-mathurat nanti”, ajak Fatimah. Hanya anggukan dan senyuman yang dibalas Asrar, lantas mereka pun berjalan beriringan ke dewan makan asrama untuk makan malam.


bersambung...
Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
kelanatinta

Episod 1

Cinta itu memang membutakan…dengan cinta sahaja hati kita mudah untuk lupa apakah erti cinta yang sebenar..al-hawa tidak akan membawa kita ke mana-mana..lebih membawa kepada suatu penantian yang akhirnya akan mengecewakan..menyakitkan..akhirnya kita akan hanyut dengan dunia kita sendiri..

*************************************************************************************************
“Tu la kau, aku dah cakap kat kau siang-siang lagi…cepat-cepatlah cari pakwe..”, kata Azrah yang cuba untuk mengampu kawannya yang selama ini masih lagi dikatakan singe available. “Ada pakwe ni seronok…kau tahu? Kita akan berasa selalu bhagaia apabila bersama dengannya…kehangatan yang tiada taranya apabila kita berada dalam dakapannya”, kata Azrah lagi, sambil berpeluk tubuh , tersenyum-senyum, membayangkan barangkali.
“Ala Azrah…kalau ada jodoh tak kemana…aku pasti Dia dah adakan untukku..mase je belum sampai”, kataku. Sesungguhnya, jodoh pertemuan itu semua adalah ketentuannya. “Alahai kau ni, sok alim la plak..kalau nak tunggu yang tu..entah bile la aku dapat tengok kau ni berpakwe…” kata Azrah yang seakan mengejek dengan pendirian Afsa Asrar. “InsyaAllah, Azrah kau takkan dapat tengok aku berpakwe…tapi kau akan terus dapat tengok aku kahwin..” balasku. “Amboi, jauh jugak angan kau ni rupernye…pakwe pun tak de, berangan nak kawin”, kata Azrah terus-terang.
“Hmm…apa-apa je la Azrah..”, kataku ringkas membalas. “Jomlah pergi usrah, nanti naqibah kita tunggu lama plak..ni kan usrah kita yang terakhir kat skolah ni”, ajakku selepas siap-siap mengenakan tudung dan mencapai fail usrah. “Asrar, kau pergilah, aku tak pergi kot, ada keje sket kat skolah”, kata Azrah selamber. Akhirnya berjalanlah Asrar seorang ke surau untuk menghadiri usrah seperti biasa.

*************************************************************************************************
“Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan di halaman subuh rahmatmu tuhan
Tiap jejak yang bertapak, debu kejahilan akan ku jirus dengan madu keimanan,
Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir darinya suhanurani
Takkan berpaling pada palsu duniawi
Destinasi cinta yang kucari sebenarnya terlalu hamper
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenamg ku temui, hanya kecewa menyelubungi
Ku gelintar segenap maya, mendambarkan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat,
Moga dapatku berteduh direndang kasihmu…”

“Ya Allah, terkejut aku Mai..kau ni..”, kata Asrar spontan sambil melurut dadanya, kerana terkejut dengan sergahan teman sebilikya, Ummu Maisarah. “Hehehe…khusyuknyer dengar lagu, sampai orang masuk bilik pun tak perasan?”, tanya Mai. Terus saja Mai duduk di mejanya sambil maghadapku, tersenyum-senyum angkat kening. “Ni nape plak ni? Kau sakit ke? Terangkat-angkat kening tu?”, tanyaku kehairanan dengan reaksi Mai. “Tak de la..saje-saje je..kau ingatkan kat saper ni Asrar? Orang jauh?”, tanye Mai lagi. “Hah? Orang jauh? Ape plak orang yang jauh?”, tanyaku semula, pura-pura tak faham akan maksudnya. “Alahai Asrar, kita dah lama kenal…takkan dengan Mai pun nak berahsia? Ceritalah pada Mai, siapakah mujahid yang telah berjaya mendapatkan mujahidah, Afsa Asrar ni?”, tanya Mai terus menerus.


Labels: 0 comments | Links to this post edit post
Reactions: 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...