kelanatinta
Menghadapi masalah was-was ketika melafazkan niat solat dan juga berwudhuk? Sehinggakan terpaksa mengambil masa yang lama untuk solat dan wudhuk?

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Setiap amalan adalah berdasarkan niatnya. (Al-Bukhhari dan Muslim) menurut hadis ini, majoriti ulama(kecuali ulama mazhab Maliki) mengatakan niat adalah wajib didalam mengerjakan sesuatu amalan, terutamanya amal ibadat, untuk membezakan antara amalan dengan adat. Tempat niat adalah di dalam hati, seperti seseorang yang hendak makan, selaras dengan maksud niat dalam bahasa Arab ialah keazaman yang kuat di dalam hati. Niat adalah seumpama azam di dalam hati dan bukannya sesuatu yang dipadankan dengan serentaknya nafas dan juga lafaz. Melafazkan niat dengan lisan tidak pernah diajar oleh Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diamalkan oleh para sahabat baginda. Begitu juga dengan niat yang dibacakan dalam hati, itu masih lagi lafaz.

Yang dikatakan dengan niat itu adalah lintasan hati. Contohnya, seseorang yang ingin bersolat, apabila dia telah berdiri di atas sejadah, atai di dalam masjid, dan beliau dalam keadaan berwudhuk dan bersedia untuk bersolat dan bukannya untuk main bola ataupun untuk tidur. Maka keazaman itulah yang dikatakan sebagai niat.

Sayangnya didalam masyarakat kita, terdapatnya doktrin yang menyusahkan umat Islam bila mensyaratkan lafaz dan juga lafaz di dalam hati. Ini semua bertentangan dengan konsep Islam yang mudah dan dan juga sesuai di semua zaman dan tempat.

Diharapkan jika, kita semua dapat memahami bahawa niat itu hanyalah lintasan hati, kita tidak lagi dibebani dengan rasa was-was samada niat itu tidak masuk ataupun tidak kena.
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...