kelanatinta
Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perrempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang megerjakan solat sambil menangis teresak-esak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa: “Wahai Tuhan, Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia, serta setip getaran batin tidak ada Rab bagiku selain Engkau kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat.”

Saleh Al-Muri member salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: “Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya pemglihatanmu?” “Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggamtikannya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata didunia tapi akan dibakar di akhirat nanti.” Kata perempuan tua itu.

Saleh pun ikut menangis kerana terharu mendengar hujah wanita yang mengharukan itu. “Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya.” Pinta perempuan itu.

Lalu saleh membacakan ayat yang ertinya: “Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya”(Al-An’am:91)

“Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?”, kata perempuan itu lalu menjerit-jerit dengan kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: “Bagaimana keadaanmu sekarang?”. Perempuan itu menjawab : “Alhamdulillah sangat baik, sebaik saat rohku dicabut. Aku didudukkan dihadapan-Nya dan berkata : “Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepadaKu”.

Melalui cerita diatas, sedarlah kita bahawa betapa kuatnya rasa cinta dan takut perempuan itu kepada tuhannya. Apakah kita juga ada rasa takut yang seperti itu? Adakah sudah banyak khidmat kita kepada pencipta kita? Ayuh! Bersama-sama kita renungkan semula diri kita…renungkan..renungkan…
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...