kelanatinta
Inilah sebahagian daripada ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang mabuk cinta. CINTA, ia memang mudah diucap, tetapi adakah kita semua jelas dan memahami akan makna sebaliknya? Saya percaya tentu ramai yang ragu-ragu serta berteka-teki dalam permasalahan untuk membabitkan diri di dalam perkara ini.

CINTA sebenarnya adalah MAHABBAH yang bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang suci dan luhur. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dengan wang ringgit, seperti lagu Aris Ariwatan, Cinta Tak Kenal Siapa dan nyayian Budak Kaca Mata, Cinta Tak Perlu Dipaksa.

Berbalik kepada MAHABBAH tadi, secara khusus ia adalah suatu kecintaan padu yang sepatutnya hanya tertumpu untuk ALLAH S.W.T. Dalam tasawuf, MAHABBAH bererti patuh kepada ALLAH dan membenci perbuatan yang menyalahi perintahNya.

Tentang cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dalam Al-Quran: “….Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah cintai mereka dan mereka pula mencintaiNya….” Al-Maidah:45. “Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi dan mangampuni dosamu…”Al-Imran:31. Ternyata, walau macamana sekalipun, cinta terhadap Allah sepatutnya didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yang sebenarnya, Insya-Allah kita dapat membezakan yang mana intan dan yang mana kaca.

Falsafah ada menyatakan, ‘Cintai diri sendiri, sebelum memberi cinta kepada orang lain’. Tentu anda pernah mendengar nama Rabi’atul Adawiyah, seorang wali wanita yang hidup antara 95-185 Hijrah. Cinta beliau padaNya merupakan cinta suci murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan hidupnya semata-mata untuk beribadat kepada Allah S.W.T.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pada pandangan anda??? Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak tandanya cinta??? Atau…

Adakah dengan ucapan romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya cinta suci???

Jelaslah suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki berkata dia benar-benar mencintai seorang perempuan sedangkan pada masa yang sama mencemarkan maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah yang diharapkan menjadi teman melayari bahtera kehidupan untuk sama-sama mendarat di pulau impian.

Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya tidak akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta. AWAS!!! Semua perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan SYAITAN…secara jujur, seorang lelaki yang sememangnya jatuh cinta terhadap seorang perrempuan yang diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat serta penampilan yang meyakinkan insane yang mencintainya. Tetapi, berhati-hati kerana sesetengah daripada sikap yang sopan-santun itu, kekadang penuh pula dengan kepura-puraan.

INGATLAH!! Cinta yang murni, bukanlah cinta sang monyet, cinta yang melompat-lompat dan begitu rapuh…ia juga buka seperti cinta antara Romeo dan Juliet, mahupun cinta seperti Laila dan Majnun. Tetapi nikmat cinta itu lahir seperti cintanya Rasulullah dengan Khatijah dan Aisyah serta Saidina Ali dengan Fatimah. Janganlah terlalu terburu-buru meebut cinta murahan yang berkeliaran kerana ia bakal menjadi virus perosak kepada kehidupan yang penuh dengan peradaban.

WAHAI REMAJA….serahakanlah cintamu pada yang SATU. Tentu kamu juga pernah atau sedang dilamun cinta, namun bukan bermakna boleh berkorban jiwa dan raga. CINTAILAH ALLAH MELEBIHI SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YANG ABADI DAN HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DENGAN PELBAGAI NIKMAT YANG TIDAK TERHITUNG….insyaallah…semoga kita semua dicucuri rahmat dari Allah SWT…
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...