kelanatinta
Bahagian 2

Seterusnya, cinta kerana Allah dilanjutkan kepada sikap setia, mengungguli, membela, menjaga maruah, menyimpan rahsia, menutup aib, memuliakan, menghormati dan sentiasa akrab diantara sesama umat Islam. Ada dua perkara penting berkenaan dengan cinta dan benci kerana Allah yang perlu kita ketahui. Pertama, ia tidak berada pada tahap yang sama, tetapi berbeza-beza lagi dinamik.

Cinta kerana Allah bertambah dan berkurang, mengikut kadar kemurnian tauhid seseorang dan kesungguhannya dalam mengikuti sunnah Rasulullah. Contohnya, cinta kita kepada seseorang yang kuat dalam berpegang kepada sunnah Rasulullah adalah lebih tinggi berbanding cinta kita kepada seseorang yang sederhna dalam berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah. Demikian juga, benci kerana Allah bertambah dan berkurang, mengikut kadar keingkaran seseorang terhadap Allah dan Rasulullah.

Kedua, cinta dan benci kerana Allah terhadap Muslim dapat berlaku serentak. Perkara ini juga lazim berlaku dalam cinta dan benci atas sebab-sebab duniawi. Satu contoh yang biasa, tenteng mencintai kucing. Siapa yang tidak mencintai kucing? Nah! Katakana pada suatu hari, kucing yang kita cintai mencakar perabot dirumah. Disini cinta dan benci berlaku serentak. Kita mencintai kucing tersebut, tetapi dalam waktu yang sama, kita membenci tindakannya yang mencakar perabot. Maka atas dasr benci, kita menegah kucing tersebut dari terus menerus mencakar. Namun atas sebab cinta, tegahan tersebut kita lakukan dengan penuh lemah lembut dan belaian istimewa.

Begitu juga cinta dan benci kerana Allah yang berlaku serentak terhadap seseorang Muslim. Katakana kita memiliki rakan sebilik yang Muslim, tetapi lali dalam mendirikan solat. Disini cinta dan benci kerana Allah berlaku serentak. Kita mencintainya kerana dia seorang Muslim tetapi membenci tindakannya yang tidak disiplin dalm mendirikan solat lima waktu sehari semalam. Maka atas dasar benci kerana Allah, kita memberi nasihat kepadanya.

Namun atas dasar cinta kerana Allah, nasihhat tersebut kita berikan dalam suasana tertutup, hikmah dan bertahap-tahap. Cinta dan benci kerana Allah secara serentak perlu kita fahami dengan kukuh lagi terperinci. Ini kerana pada masa kini berlaku fenomena seseorang itu membenci seorang Muslim yang lain secara keseluruhan semata-mata kerana satu dua kekurangan atau kesilapan yang dilakukan oleh Muslim tersebut. Ada juga yang hanya mencintai orang-orang yang berada dalam jamaahnya dan membenci orang-orang yang berada dalam jamaah yang lain, sealipun kesemuanya adalah Muslim. Semua ini bukanlah cinta dan benci kerana Allah, tetpi cinta dan benci kerana hasutan syaitan dan hawa nafsu.

Oleh itu, marilah kita melatih diri untuk cinta dan benci kerana Allah. Cinta dan benci tersebut hendaklah kita buktikan dengan perbuatan yang adil dan tepat. Pada hari akhirat kelak, Allah akan bertanya: “Dimanakah orang-orang yang saling mencntai kerana aku? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka di bawah naungan-Ku, dihari tida naungan kecuali naungan-Ku.”(Shahih Muslim. No:2566). Tidakkah kita ingin untuk berada di bawah naungan Allah pada Hari Akhirat kelak? Jika begitu, tunggu apa lagi? Ayuh kita bercinta! Ayuh kita bercinta kerana Allah!!
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...