kelanatinta
Bahagian 1

Cinta dan benci ada dua jenis. Pertama adalah cinta kerana sebab-sebab duniawi seperti paras rupa, kekayaan, kedudukan, pujian dan sebagainya. Apabila seseorang memuji kita, kita mencintainya dan apabila seseorang mencela kita, kita membencinya. Cinta dan benci jenis pertama ini lazim berlaku dalam kehidupan seharian.

Cinta dan benci kerana Allah s.w.t. Cinta kerana Allah adalah apabila kita mencintai seseorang disebabkan dia mentauhidkan Allah dan mengikuti risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Manakala benci kerana Allah s.w.t adalah apbila kira mebenci seseorang disebabkan kekurangan atau keingkarannya dalam mentauhhidkan Allah dan mengikuti risalah Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Jika kita memiliki perasaan cinta dan benci kerana Allah sebagaimana seperti di atas, maka ia adalah tanda kesempurnaan dan kemanisan iman yang terkandung dalam diri. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, member kerana Allah dan menolak kerana Allah, maka telah sempurnalah imannya.” (Shahih Sunan Abu Daud, no:4681).

Dalam sebuah hadis yang lain, baginda menerangkan: “Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya dalam dirinya maka dia akan merasa kemanisan iman: 1) Bahawasanya Allah dan Rasul-Nyalebih dicintainya berbanding selain kedua-duanya, 2) Bahawasanya dia mencintai seseorang, tidaklah dia mencintai orang itu melainkan kerana Allah dan 3)bahawasanya dia membenci seandainya dia kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan dalam neraka.” (Shahih al-Bukhari, no:6941)

Cinta dan benci kerana Allah bukanlah perasaan semata-mata, tetapi ia adalah gerak hati yang dibuktikan dengan perbuatan. Cinta kerana Allahterhadap seseorang, yakni terhadap Muslim, minimum dibuktikan dengan pengucapan salam dan menampakkan wajah yang manis apabila saing bertemu. Ini dilakukan tanpa mengira samada Muslim tersebut kita kenal atau tidak.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidaklah kalian akan memasuki syurga sehinggalah kalian beriman dan tidaklah kalian beriman sehinggalah kalian saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan kepada kalian sesuatu yang jika kalian lakukan nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam diantara kalian”.(Shahih Muslim, no:54). “Janganlah engkau meremehkan sedikit ua daripada perbuatan baik, sekali pun sekadar engkau menampakkan wajah yang manis kepada saudara engkau.”(Shahih Muslim, no:2626)
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...