kelanatinta
Wahai wanita..
Wanita solehah itu aurat dijaga..
Pergaulan dipagari..
Sifat malu pengikat diri..
Seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu..
Tidak terletak pada kecantikan wajahnya..
Kemanisan wanita solehah..
Tidak teletak pada kemanjaannya..
Daya penarik wanita solehah itu..
Bukan kemanisan pada bicaranya..
Yang menggoncang iman para muslimin..
Dan buka pula terletak pada
Kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..
Bukan dan tidak sama sekali..
Kepetahan wanita solehah..
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain..
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama..
Nafsu mengatakan wanita cantik dengan aparas rupa yang indah
bak permata yang menyeri alam..
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta
pandai dari segala aspek..
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya..
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai..
Wahai wanita …
Jangan dibangga dengan kecantikan luaran..
Kerana suatu hari nanti ia akan lapuk ditelan zaman..
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman..
Agar diri nini bersih dan sentiasa mendapat rahmat Illahi..
Wahai wanita…
Jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai..
Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu..
Wahai wanita…
Jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu..
Kerana ada lagi insane yang lebih malang darimu..
Wahai wanita solehah..
Jangan risau akan hal jodohmu..
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kena kecantikannya..
Bersyukurlah diatas apa yang ada..
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama..
Salam perjuangan untuk sahabatku..
Wanita solehah…
edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...