kelanatinta
Satu pertanyaan timbul dikalangan ahli Mahsyar, iaitu berapa lama mereka mesti berada di padang mahsyar ?. Tidak siapapun yg tahu. Perit derita dialami berada disitu, dalam tangis dan keluhan yg tidak berhenti-henti namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, dalam keadaan tidak tahu hendak mengadu kepada siapa. Mereka amat lapar tanpa sebutir makanan yg mengisi perutnya, tanpa setitik air yg membasahi tekaknya sejak sekian lama, malah sama sekali tidak pernah merasai hembusan angin yg boleh memberikan sedikit kelegaan.

Berdiri terpacak dengan kedua belah kaki tanpa berganjak setengahnya pula berdiri dgn kepala ke bumi, mereka berkeadaan demikian selama 300 tahun akhirat. Suatu jangka masa yg tidak lagi diukur dengan peredaran bulan atau matahari kerana matahari sudah tidak beredar seperti didunia dahulu. Sesaatpun manusia tidak akan tahan dalam pancaran matahari di atas kepala, betapalah hingga 300 tahun ukuran akhirat. Saidina Hasan r.a menjelaskan bahawa satu hari di bumi mahsyar itu bersamaan 50,000 tahun, setahun mengandungi 365 hari dikali dengan 50,000 tahun dan dikalikan pula dengan 300 tahun akhirat, dengan demikian penghuni mahsyar berdiri selama kira-kira lima ribu juta tahun.

Waktu yg begitu panjang itu hanya sekadar suatu tempoh bagi Allah SWT membiarkan manusia dibumi mahsyar, suatu tempoh deraan yg tidak tertanggung oleh manusia sementara menuggu hari perhitungan amal. Berdiri dalam berhimpit-himpitan seperti yg diibaratkan oleh Rasululluah s.a.w laksana anak-anak panah yg disumbatkan ke dalam bakul dengan bersesak-sesak. Demikianlah penghuni mahsyar berhimpit padat sehingga tidak ada ruang untuk bernafas, menahan dahaga bagaikan terbakar rengkung dan rasa lapar yg tidak dapat dibayangkan lagi.

Dikala itu tiba-tiba Allah SWT perintahkan seluruh penghuni mahsyar supaya berpaling kearah neraka. Ini arahan pertama dari Allah SWT kepada ahli mahsyar setelah mereka idak dipedulikan selama 300 tahun, tidak dipedulikan oleh Allah sudah merupakan azab buat mereka,betapa pula apabila mereka diarah menghadap ke arah neraka yg apinya menjulang, dengan arahan itu tidak seorang pun yg dapat berpaling dari neraka kecuali mereka yg mendapat rahmat Allah.

Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk mereka, pada mulanya ahli mahsyar bergembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke mulut ahli mahsyar, lantas daging muka mereka luruh berguguran kerana air yg dibawa oleh malaikat Zabaniah terlalu panas. Muka mereka hanya tinggal tengkorak yg hangus.

Demikianlah Allah SWT menunaikan janjinya bahawa Tuhan akan menjadi raja yg memerintah pada hari akhirat, suatu hari yg amat digeruni oleh para malaikat. Malangnya hari itu telah dilupai oleh para raja dan pemerintah di dunia, sehingga mereka melakukan kezaliman yg besar apabila enggan melaksanakan hukum dan peraturan Allah

Ketika Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya di dunia kebanyakan manusia ambil peduli. Allah SWT berfirman melalui Rasul-Nya menyatakan bahawa kasih sayang Allah mengatasi kemarahan-Nya, dengan sifat-Nya yg Maha Halus dan Maha Penyantun, manusia dirayu dengan penuh kasih sayang agar beriman dengan Allah dan hari akhirat tetapi tidak ramai yg menghiraukan rayuan Allah.

Pada hari Mahsyar tibalah masanya bagi Allah membuktikasn peringatannya tentang bahaya hari akhirat bagi mereka yg mendustakannya. Mahsyar bukanlah hari pembalasan yg sebenar. Ia hanya sekadar suatu perhimpunan sementara menunggu perhitungan amal. Namun kebanyakan ahli mahsyar mengeluh tidak tahan lagi berada lebih lama disana.

Dalam keletihan yg tidak terhingga dan rasa lapar dahaga yg menghiris kerana jutaan tahun (menurut ukuran masa) tidak ada sebutir makanan atau setitik air yg masuk ke perutnya. Ketika itu kedengaran dikalangan mereka yg berkata: "Tidak adakah dikalangan kita yg boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman".

Ada juga terdengar suara dikalangan ahli mahsyar yg memberikan cadangan agar berjumpa Nabi s.a.w.. Ketika inilah baru mereka ingat akan Nabi s.a.w, ketika inilah baru mereka ingat agar berjumpa Nabi, walaupun semasa didunia dahulu mereka langsung tidak menghiraukan seruan nabi, malah ada yg mendustakan dan memusuhi Nabi serta membuat tuduhan terhadap nabi sebagai ahli sihir,orang gila dan sebagainya.

Ketika itu, kebanyakan para Nabi enggan menerima rayuan mereka sambil berkata "Bahawa hari ini masing-masing membawa diri, nafsi-nafsi, urusan aku terlalu banyak dan tidak sempat untuk memikirkan hal orang lain. Hari ini adalah hari bagi tuhan memperlihatkan kemurkaan-Nya, belum pernah Tuhan marah sedashyat hari ini".

Akhirnya mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad s.a.w dan meminta agar diri mereka diberi syafaat, Nabi memberikan syafaatnya sebagaimana yang pernah dijanjikan , tetapi hanya kepada orang-orang tertentu yang pernah mengikat perjanjian dengan Allah dengan keimanan yang tinggi dan amal soleh . Nabi Muhammad s.a.w telah diizinkan oleh Allah SWT sebagaimana yang tersebut didalam Surah Thahaa ayat 109 yang bermaksud…"Pada hari itu tidak berguna syafaat kecuali (syafaat) orang hanya Allah Maha Pemurah telah memberi keizinan kepadanya, dan Dia telah meredhai perkataannya".

Menurut Imam Al-Ghazali bahawa mana-mana orang yang berumur panjang,sedangkan dia terlalu teruk menanggung sabar kerana ujian keimanannya terhadap Allah, sabar dari segala runtunan hawa nafsu ,sabar menghadapi ancaman seteru-seteru Allah , maka bagi orang itu akan terasa pendek masa yang dilalui dihari Mashyar.

Justeru orang-orang yg beriman dan patuh kepada semua suruhan Allah serta menghindari segala pantang larang dari perkara-perkara yg haram ,maka banyak masalah yg ditempuhinya , kesukaran dan berbagai ujian kerana mentaati suruhan Allah . Apabila manusia dalam sengsara akan menjadikan manusia terasa terlalu lama hidup di dunia. Sekiranya dia berhati sabar menempuh segala halangan dan cubaan ,maka wajarlah ia menerima rahmat dari Allah dengan menjadikan masa yang singkat sewaktu berada di Mashyar.

Hal-hal inilah yang menjadi pendorong dan semangat terutama kepada mereka yang berjihad didalam harakah Islamiah ,kerana berada dalam gerakan Islam itu pasti akan menempuh berbagai ujian,dimusuhi dan dibenci oleh orang-orang yg tidak senang.Disebabkan menyokong gerakan Islam , akibatnya dia menerima berbagai sekatan,dihalang dari menerima bantuan,dicerca , dipulau dan dimaki.

Namun kesemua itu akan menjadi suatu yg mendatangkan rahmat kepadanya di mashyar kelak, apabila dia sabar diatas segala rintangan itu.Ketika manusia diperam dan dijeruk didalam lautan keringat dan airmata dihari Mashyar, maka Allah kurniakan rahmat terhadap mereka dengan menjadikan jangka masanya singkat di bumi Mashyar.Walhal bagi orang lain yg tidak mendapat rahmat dan syafaat , tetap merasai suatu jangka masa sehingga ribuan juta tahun.

Orang-orang yg beriman sering memikirkan kesengsaraan hari mashyar yg deritanya tidak terperi, dia sedar bahawa sebagai manusia yg lemah tidak mampu menanggung azab yg begitu lama di bumi mashyar, justeru itu dia sanggup menanggung kesusahan yg sebentar didunia semata-mata kerana hendak mentaati segala perintah Allah dan menjauhi apa jua larangan-Nya, serta memperjuangkan agama-Nya agar ia sentiasa terbela walaupun ramai dikalangan manusia yg membencinya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Kepada orang mukmin yng menanggung sengsara kerana beriman dengan Allah SWT , maka ia akan diringankan seperti lebih ringannya dia melakukan solat fardhu semasa di dunia".

Oleh itu selagi umur masih ada serulah orang-orang mukmin itu berfikir dan berusaha ,samada dia benar-benar merasa gerun dengan hari mashyar . Adakah dia memilih ingin rehat di hari mashyar atau hendak membuang umur dan membazirkan waktu dengan sia-sia didunia ini.
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...