kelanatinta
Apa itu CINTA?

Cinta adalah kecenderungan hati ke atas sesuatu. Namun cinta mestilah mengikut keutamaan, iaitu:
1-CINTA kepada Allah
2-CINTA kepada Rasul
3-Cinta pada diri sendiri
4-Cinta pada ibubapa, pasangan, keluarga.
5-Cinta pada saudara muslim.

"Katakanlah jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga-keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatirkan kerugiaannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya."
(At-Taubah:24)

Selepas CINTA Allah dan Rasul, maka barulah datang susunan cinta yang lain.

Sabda Rasulullah SAW,
"Kamu tidak akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehingga kamu berkasih sayang"
(Hadith riwayat Muslim)

Cinta antara pasangan kekasih dalam Islam

Melihat kepada maksiat-maksiat yang bakal terjadi akibat percintaan, bahkan dapat dilihat dengan jelas perbuatan maksiat dan mungkar ketika bercinta, jelas sekali Islam mengharamkan perbuatan tersebut.

Cuma hari ini, di mana alam persekolahan remaja , mahasisiwa/mahasiswi bercampur gaul antara lelaki dan wanita, di tambah dengan kemudahan perhubungan moden, serta arus pemikiran moden dan barat yang global, amat susah untuk menegah lelaki dan wanita daripada jatuh cinta.

Oleh itu, jika pasangan bercinta masih menjaga adab-adab dan akhlak, maka cinta itu adalah baik. Sebaliknya, jika ia melanggar hukum agama, maka sudah pasti perbuatan itu adalah haram, dan cinta mereka juga haram.

Adab-adab bercinta adalah sama dengan adab-adab bertunang. Pertunangan tidak menghalalkan apa-apa. Ia hanya sekadar suatu tanda dan perjanjian sementara sebelum termeterainya ikatan sah melalui aqad niqah. Jesteru, percintaan juga tidak menghalalkan apa-apa.

(Bab 1,C.H.Tips Kebahagiaan Rumahtangga)
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...