kelanatinta
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalauia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang beratdia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan ersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu." Teman sejati memang sukar dicari apatah lagi ditemui .Maklumlah, manusia tiada yg maksum melainkan Junjungan besar kita (s.a.w).Tapi ,tak salah jika kita muhasabah diri dahulu.Adakah kita layak dinobatkan teman sejati bg kwn kita yg lain?

Ana pernah terbaca dalam sebuah buku yang disebutkan.....
HARGAI SAHABAT ANDA ,jika.....
-Sahabat anda bersifat ceria sama ada terhadap dirinya /anda.
Jika anda berasa ceria setiap kali bersamanya .Hargailah dia ...
-Sentiasa memberi ketenanangan dan tak pernah menyukarkan perhubungan
-Berbaik sangka malah menegur anda .Dia menegur kerana sayangkn anda dan harga sebuah persahabatan
-Tidak gemar mengata .Apabila duduk berbual / berbincang , dia tidak pernah mengata orang lain
-Ikhlas dalam apa jua keadaan .Ikhlas ketika berbual, menegur ,etc
-Jujur dalam persahabatan dan tidak pernah ada niat buruk sama ada ketika brsama-sama atau tidak-Memiliki tutur kata yg sopan dan mulia .Tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok didengar
-Berfikiran positif dan rasional .Tidak bertindak melulu dalam percakapan / perbuatan. Setiap kata
-katanya ada sebab munasabab yang dapat diterima
-Punya hati dan niat yang baik .
-A good listener .

Tidak dinafikan memang sukar ditemui dan mencontohi .Bahkan ana sendiripun tak memenuhi kriteria SAHABAT .Oleh itu , marilah kita sama-sama cuba dan mencontohinya..
Labels: edit post
Reactions: 
0 Responses

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...